25 | Cooking or Fighting?

2.8K 205 8
                                    

"Olive, mana kau!" Ujar Arean dengan perlahan bersama riak wajah yang risau. Dia berlari lari sekitar hutan itu untuk mencari Olive. Tangannya yang luka akibat menghalang ranting yang menghalang laluannya hanya dibiarkan. Baginya, keberadaan Olive lebih penting.

'Mana kau Olive.'

Bukk!!

Tanah yang besar bergerak laju menghentam Frost dan menyebabkannya terpelanting.

Dragna dan Catrina yang turut berada di situ bergegas ke arah Olive.

"Sya keadaan dia tidak stabil, dia tidak boleh terus berada di sini." Ujar Catrina setelah memeriksa nadi Olive.

"Bawa dia pergi." Arah Sya. Dragna dan Catrina berpandangan antara satu sama lain lalu menganggukan kepala. Sya menghentak kakinya untuk meneleport mereka bertiga pergi.

"Sekarang urusan kau dengan aku." Ujar Sya sambil mendekati Frost dengan pandangan yang tajam. Frost yang baru saja hendak bangun terus disepak kuat oleh Sya menyebabkan dia kembali terjatuh.

Bongkah bongkah ais disekeliling Sya hanya dipandang sepinya olehnya, hanya dengan satu petikan jari. Bongkah tadi bertukar menjadi air dan seterusnya hilang.

"Kau dah main dengan orang yang salah." Ujar Sya apabila kelibat Frost hilang.

Frost muncul di belakang Sya bersama bongkah ais yang melitupi tangannya, gerakkannya ke arah Sya bertambah laju. Tangan diangkat tinggi untuk menyerang Sya.

Dumm!!

Sya menahan serangan Frost dengan sebelah tangannya sahaja lalu digenggam tangan Frost, serta merta bongkah ais tadi pecah.

Tangan Frost dibawakan ke belakang, belakang lututnya disepak menyebabkan dia terjatuh melutut. Gayanya tidak ubah seperti seorang penjenayah yang sedang ditahan. Sya menarik rambut Frost supaya Frost memandangnya.

Anak mata Frost dipandang, perlahan lahan ianya mula membeku.

Sya melepaskan Frost yang membeku itu lalu memetik jari menyebabkannya pecah. Sya hanya memandangnya dengan sepi sebelum beralih pada seluruh dimensi itu.

Dia melekapkan tangannya dilantai lalu membaca beberapa spell. Sedikit demi sedikit dimensi itu mula merekah.

"Mana Olive dengan Arean. Kenapa Arean tadi nampak tergesa gesa." Ujar Ellin seorang diri sambil memegang ranting. Kakinya dibawa tanpa hala tuju. Hanya mengikut firasat hati.

"Olive?" Panggil Ellin sebaik saja melihat seseorang berhoodie yang tidak jauh darinya.

Sya terkedu, dia kenal suara itu. Kakinya pula seakan digam untuk bergerak.

Ellin yang geram melihat Sya yang disangkakan Olive itu cuba memanggilkannya sekali lagi "Olive?" Ujarnya dengan sedikit kuat lalu mencampakkan ranting yang dipegangnya.

Sya tersentak apabila Ellin mencampakkan ranting pokok ke arahnya. "Perangai kau memang tidak pernah nak berubah kan." Ujar Sya dengan perlahan.

Sya kemudian menaikkan mask bagi menutupi wajahnya, dia memalingkan muka memandang Ellin lalu meneleportkan diri.

"Ouh bukan Olive." Ellin berkata sendiri lalu menggaru kepala. Rasa bersalah kerana mencampak ranting pada seseorang yang tidak dikenali.

Dia berjalan kembali ke arah rakan rakannya yang lain sambil mengulangi ayat yang sama 'aku tak bersalah, ranting tu tidak sakit pun.'

"Catrina, macam mana keadaan dia." Soal Sya sebaik saja melihat Catrina yang melangkah masuk ke dapur.

Pintu peti sejuk di buka, sekotak jus oren yang besar dicapai.

"Keadaan dia dah stabil, cuma ada beberapa tulang yang patah. Tentang benda hitam yang hampir memakan jantungnya itu dah berjaya dikeluarkan." Ujar Catrina lalu meneguk jus oren itu. Cawan langsung tidak digunakannya.

"Gelojoh." Komen Sya.

"Tapikan Sya, kalau itu klon Frost. Mana Frost yang sebenar?" Sampuk Arean pula yang baru tiba. Beg plastik yang dibawanya diletakkan di atas meja.

"Aku pun tidak pasti."

Setelah selesai minum, Catrina mengeluarkan beberapa jenis sayur dari dalam beg plastik itu lalu dibawa ke singki.

Lobak merah dan kacang panjang dicuci lalu dipotong kecil.

"Sya, tolong basuh beras." Pinta Catrina. Tanpa banyak cakap, Sya terus mencapai periuk nasi dan menuangkan beras ke dalamnya.

Arean disitu yang tercegat memandang dua orang gadis itu sibuk dengan tugas masing masing aku. "Aku nak kena buat apa?"

Sya yang mendengarnya terus tergelak.  "Kau pandai masak ke." Ujar Sya lalu tersenyuman mengejek.

"Kau sambung potong sayur ni." Lantas Arean berjalan ke arah Catrina lalu mengambil alih tugas Catrina.

Catrina mengeluarkan ayam dari peti sejuk lalu membasuhnya, setelah semangkuk kecil telah dipenuhi ayam yang dipotong dadu, dia meletakkan kuali besar lalu membuka api. Lada blender dimasukkan setelah menuangkan minyak.

"Arean,tolong kacau ni." Arean yang baru selesai memotong sayur terus mencapai sudip lalu mengkacau lada blender itu.

Catrina memasukkan ayam,dan sayur yang dipotong ke dalam periuk kecil yang digunakan untuk memasak ayam. Kiub ayam yang telah dihancurkan Sya turut dimasukkan.

"Arean tolong kacau air ni jap." Pinta Sya lalu berjalan meninggalkan dapur.

Tanpa berfikir panjang, Arean menggunakan sudip yang sama untuk mengacau air.

"Arean Akito!! Kau buat apa?" Arean memandang ke arah air yang dikacaunya dengan hairan.

"Kenapa warna merah? Bukan tadi warna putih ke?" Soal Arean dengan dungu.

"Arean Akito, apa kau buat dengan air aku!!"

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now