11 | Sweet Dream

2.9K 230 4
                                    

"Ai, kitaorang dah jumpa jalan nak cari penawar penyakit ni." Ujar Lena yang berada di sebelah katil Ai. Semua pesakit hanya dikuaratinkan melalui sejenis dinding lut sinar yang langsung tidak membataskan pergerakan pesakit.

"Ruginya aku tak dapat nak ikut korang." Ujar Ai.

"Ai, yakin ke kau hubungan kita akan pulih macam dulu?" Soalan yang sama diutarakan oleh Lena. Sungguh, dia tak sanggup nak hadap semua benda ni lagi. Tanpa Sya,siapalah dia. Dia tak kuat.

Ai terdiam mendengar soalan Lena. Dia sendiri tidak yakin, dia tak berani untuk berjanji apa apa.

"Jujurlah Lena, aku sendiri tak kuat. Aku dengan dia seakan akan bertukar nyawa, aku rasa serbasalah." Ujar Ai pula sambil memandang ke dua tapak tangannya.

"Masa melawat dah nak habis, aku keluar dulu ye." Lena mengucap selamat tinggal. Dia merupakan yang terakhir melawat Ai. Walaupun telah dikuaratin, pelawat hanya dibenarkan masuk sendirian.

"Stay strong."

Perlahan lahan Ai melelapkan matanya. Setelah beberapa minit, dia tiba di sebuah dimensi. Iaitu dimensi mimpi.

"Hye Ai." Sapa Sya setelah memastikan Ai sudah tidur dan tiada lagi kawannya.

Sya menyentuh dahi Ai dengan penuh berhati hati agar Ai tidak sedar akan kehadirannya.

"Sya?" Ai menggosok gosok matanya apabila melihat kelibat Sya di hadapannya.

"Hye Ai." Sya menyapa Ai lalu tersenyum ceria. Dia gembira kerana dapat bertemu dengan rakannya.

"Ni mimpi ke?"

"Bergantung pada kau."

"Sya, kitaorang rindu kau."

Setitis demi setitis mutiara jernih membasahi pipi Sya. Sya hanya tetap tersenyum. Langsung tidak membalas kata kata Ai.

"Sya, kitaorang tak kuat. Dah banyak perkara jadi dekat kitaorang." Ujar Ai lagi. Melihat Sya yang masih berdiam diri menjadikan dia terdiam seribu bahasa. Dia jatuh tertunduk.

"Ai,"

Ai mengangkat wajahnya apabila namanya diseru. Sya berada di hadapannya dengan satu senyuman yang mampu meredakan kemarahan seseorang.

"Ai, tolong aku Ai."

"Tolong jaga hubungan korang, aku tak sanggup nak tengok korang macam ni. Biar aku pergi dengan tenang Ai."

"Maafkan kitaorang Sya, kitaorang terlalu lemah untuk percaya satu sama lain lagi." Ai mula menangis teresak esak.

Pilu hati Sya melihatnya,ingin saja dia turut menangis seperti Ai. Tapi dia perlu kuat di depan Ai.

"Ai, bagitahu diorang untuk pergi ke Younre Forest. Ingat apa yang aku nak cakap. Korang, terlalu kenal antara satu sama lain dengan baik."

"Jangan sebab orang lain,korang bermusuhan. Ingat Ai, aku dah tak boleh nak tolong korang."

Begitulah kata kata Sya sebelum kelibatnya mula hilang.

"Sya!!" Ai terbangun dari tidurnya. Dia memandang kiri dan kanan,mencari kelibatnya Sya. Badannya sudah basah dengan peluh. Dia meraup wajahnya berkali kali dan memujuk dirinya itu hanyalah sekadar mimpi.

"Bergantung pada kau."

Kata kata Sya kini bagai radio rosak, berulang kali bermain di fikirannya.

"Apa maksud dia, bergantung pada aku." Ai berkata sendirian.

Ai cuba berkomunikasi dengan Zein melalui telepati. Menyampaikan apa yang firasatnya kuat mengatakan.

"Zein."

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now