13 | Unexpected thing

2.9K 229 3
                                    

"Argh!!" Catrina berteriak kesakitan apabila anak panah menembusi pehanya.

Dragna dan Sya yang sedang berlawan mula mengundurkan diri demi menyelamatkan Catrina.

"Abaikan aku, teruskan berlawan." Ujar Catrina walaupun dalam kesakitan.

"Sorry korang, aku tak patut libatkan korang semua." Ujar Sya sambil mengerahkan tenaga melindungi mereka berdua.

"Sya, kita senang sama sama. Jadi,susah pun kita kena sama sama." Ujar Dragna pula dengan serious.

"Kita tak banyak masa, cepat teleport balik." Gesa Catrina pula. Tidak tahan dengan kesakitan di pehanya.

Cahaya terang hasil daripada kuasa teleport Sya amat menyilaukan mata. Dengan mudah, mereka dapat melepaskan diri dari serangan para beast.

"Sya." Ujar Dragna dengan nafas yang tidak teratur. Mendengarnya membuatkan Sya mengangkat wajah memandang Dragna.

Terbuntang matanya apabila melihat anak panah yang berada di dadanya.

"D-Dragna, tolong bertahan." Ujar Sya dengan cemas. Catrina dan Dragna dalam kesakitan. Dia keliru mahu tolong siapa dulu.

"Sya, t-tolong Dragna dulu." Ujar Catrina sebelum tidak sedarkan diri.

"Sya." Panggil Catrina dengan perlahan dan berusaha untuk duduk walaupun tenaganya masih belum pulih.

"Catrina, jangan banyak bergerak. Kau masih lemah. Darah kau banyak hilang!!" Ujar Sya dengan risau lalu kembali membaringkan Catrina.

Catrina tergelak kecil. "Mana Dragna?"

Sya mengeluh kecil lalu menghalakan jarinya pada katil yang sebelah yang mempunyai jarak agak jauh.

"Dia masih belum sedar?" Soal Catrina lagi. Hanya anggukan saja diberikan oleh Sya.

"Catrina, aku rasa. Kita patut batalkan je niat kita nak lindungi kawan aku." Ujar Sya dengan lemah.

Dia tiada pilihan, pengembaraan rakannya akan bermula sekejap saja lagi. Dengan keadaan mereka sekarang, mustahil bagi melindungi orang lain pula.

"No!! A big no." Tegas Catrina. Dia tahu Sya tidak merelakannya, tapi dia terpaksa.

"Kau lupa apa kau kata pada kak Rai dulu? Kau nak jadi protecter diorang kan."

"Auch." Suara orang mengerang kesakitan menganggu perbualan mereka. Lantas Sya bergerak untuk memeriksa keadaan Dragna pula.

Tidak ubah juga Catrina, walaupun masih dalam kesakitan dan lemah. Dia tetap ingin berjumpa Dragna.

"Apa yang koran--" Dragna terbatuk sebelum sempat menghabiskan kata katanya.

"Dragna, jangan bercakap. Keadaan kau masih tak stabil lagi."

"Korang bebual apa tadi?" Dragna tetap berdegil. Dia memegang dadanya bagi menahan kesakitan.

Mulut Catrina ditekup kasar oleh Sya sebelum sempat dia memulakan biacara.

"Sya kata dia nak batalkan niat dia lindungi kawan di---." Telepati antara Dragna dan Catrina terputus apabila gelombang nada yang kuat menganggu.

"Tak pe Catrina, aku dah faham." Dragna memandang tepat ke dalam mata Sya, bukan dia tidak tahu telepati mereka terputus akibat Sya. Gelombang nada yang dihasilkan sendiri oleh Sya.

"Sya, kenapa?"

"Keselamatan korang lagi penting sekarang. Dengan keadaan kita sekarang, boleh ke kita lindung mereka."

Nada pasrah. Itulah nada yang didengari Dragna. Dia tahu, Sya terlalu sayang rakannya. Tapi Sya juga tidak mampu untuk membebankan dia dan Catrina.

"Memang kitaorang tak boleh tapi," Dragna tersenyum sendiri. Sudah tiba masanya...



Oh No guys,tiga heroin kita tak boleh nak tolong Lena dan yang lain!!

Habislah diorang dalam bahaya nak ke Younre Forest.

Hmm,apa apa pun. Tunggu eyh Mika update lagi

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now