[INTRODUCTION]

21.7K 437 0
                                    

Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha?

Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan...

Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!

TERIMA KASIH 😘...

SEBARANG SOALAN SILA AJUKAN PADA BAHAGIAN KOMEN!

PAWKYWhere stories live. Discover now