"What? Daddy kena pergi Jepun?"
"Sorry, baby girl. Yes. But, I pergi untuk tiga hari sahaja."
"Dan, hari yang keempat itu hari majlis akad nikah kita, Daddy."
"Betul cakap Hasha itu, Megat. Boleh sahaja selepas selesai majlis kamu dan Hasha, kamu terbang ke sana untuk uruskan semua." Sampuk Abah yang sedang duduk dikerusi ruang meja makan. Hasha yang tadi mulanya ingin menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan tunangnya tidak jadi berbuat begitu. Lalu, punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan lelaki itu. "Abah pun cakap Daddy boleh uruskan perkara itu lepas majlis kita."
"Abah, benda ini penting. Lagipun, Megat tidak mahulah memikirkan apa-apa hal di Jepun semasa dan selepas majlis kami nanti."
"Habis itu, kamu nak letakkan semuanya urusan majlis kepada Hasha sahaja? Kamu berdua yang nak berkahwin. Jadi, patutnya kamu bersama-sama dengan Hasha uruskan majlis kamu berdua."
"Megat tidak suruh pun Hasha buat semuanya. Lagipun, Mama dan Mak juga dah tolong uruskan beberapa hal termasuk hal dewan dan makanan untuk tetamu. Termasuk juga dengan cenderamata untuk para tetamu nanti."
"Please, Daddy pergi lepas majlis kita. Hasha akan ikut Daddy ke sana."
"No. Aku tak nak kau diapa-apakan kalau kita berada di sana. Biar aku uruskan. Tiga hari sahaja, Hasha."
"Suka hati kamulah, Megat. Abah dah cakap pun, kamu tidak mahu dengar. Jaga diri sahaja kamu disana. Hasha yang ada disini, pandai-pandailah Abah, Bonda, Bapa dan Mak tengokkan tunang kamu ini." Kata Abah melipat surat khabar dan letakkan diatas meja makan. Lalu, bergerak meninggalkan ruangan itu yang kini tinggal Hasha dan Megat.
Megat mencapai tangan Hasha. Tangan mengelus lembut tangan gadis kesayangannya itu. Melihat tunangnya menunduk menekur lantai, jarinya memegang dagu runcing milik Hasha. Lantas, didongakkan sedikit agar pandangan mereka bersatu. Melihat ada titisan jernih mengalir dari mata coklat itu, jarinya menyeka menghapuskan air mata. "Hasha nak ikut."
"Sorry, baby girl. Disana semuanya sedang berantakan. Aku tidak mahu kau terlibat sama."
"Daddy dah tahu disana sedang ada masalah dan konflik. Kenapa berkeras juga mahu ke sana? Kalau ada apa-apa yang terjadi kepada Daddy, macam mana?"
"Ketua mereka disini. Sebaik aku sampai disana, mereka pasti akan bertenang sedikit apabila melihat muka aku. Jangan terlalu fikirkan yang bukan-bukan. Selepas tiga hari, aku akan pulang. Aku jan-" Jari Hasha menyinggah dibibir dia menghentikan kata-katanya. "Jangan berjanji. Hasha takut janji yang Daddy lafazkan ini tidak dapat Daddy tunaikan. Sebelum ini, Daddy pergi ke sana dan hilang tanpa berita. Cuma kali ini, Hasha mahu Daddy pulang ke sini hari ketiga itu dan keesokannya jabat tangan Bapa untuk melafazkan akad. Halalkan Hasha sepertimana dikatakan Daddy sebelum ini. Boleh?"
Berat benar hati Hasha ingin melepaskan lelaki itu pergi ke negara Jepun itu. Tapi, kerana tugas bakal suaminya itu yang bergelar ketua Yakuza, dia mengerti. Senyuman manis terukir buat jejaka itu sebelum dia menarik jarinya dari permukaan bibir Megat. Megat dahulu memegang tangan dia lagu digenggam dan dibawa ke bibir. Lalu, dicium. Lelaki itu bukan sahaja sudah memiliki hatinya. Malah, jiwa dan raga dia. "Daddy nak gerak ke Jepun bila?"
"Tuan Megat, beg Tuan dah saya letakkan dalam bonet kereta." Hisyam yang baru melangkah masuk ke dalam ruang villa menjawab soalan Hasha secara tidak langsung. Dia memandang kearah Megat. "Sekarang?" Megat mengangguk dan dia tidak suka jawapan lelaki itu. Kenapa terasa cepat? Kenapa dia dah rasa dirinya tahap mengada dan menggedik sampai tidak boleh berpisah sesaat dengan lelaki itu?
Megat rasa serba salah melihat muka tersenyum manis itu tadi bertukar muram. Kalau sahaja dia boleh bawa Hasha sekali ke sana, sudah lama dia angkut gadis itu pergi sekali. Selain, tidak mahu merisikokan apa-apa terhadap tunangnya, Megat juga tidak mahu melanggar pantang larang si Bonda. Kata Bonda, pengantin baru ini darah manis. Takut ada apa-apa terjadi pula nanti. Kalau di villa, ada juga dia fikirkan ibubapanya dan bakal mertuanya. Tapi, kalau disana. Dia dan Hasha... bahaya. Bahaya sangat-sangat. Sudahlah sejak Hasha bertudung ini, dia rasa makin berseri-seri gadis itu. Hasha juga kerap kali menegur dia kalau terlepas laku seperti cium di dahi dan seangkatan dengannya. Dan, bagi dia, dia lansung tidak terasa hati. Malah, bangga kerana Hasha ingin belajar dan berubah sedikit demi sedikit. Tapi, dia pula tetap nakal mengusik gadis itu.
"Tuan, boleh kita bergerak sekarang?" Nyaris Megat tidak tergolek apabila muka Hisyam betul-betul di depan muka dia. "Hasha mana?" Soal dia mencari kelibat tubuh gadis itu yang rasanya tadi ada di depan dia.
"Hasha keluarkan kasut Tuan dari alamari kasut diluar." Megat terus bangun menuju kearah pintu dan dia nampak tunangnya itu meletakkan kasut kulit hitam miliknya dibawah lantai depan pintu. "Hasha Irdina Qaisara, aku boleh ambil sendiri."
"Daddy macam tengah fikirkan something tadi. Jadi, Hasha tidak mahu ganggu. Itu Hasha disini." Melihat Hasha yang ingin menunduk untuk menyarungkan dia kasut, Megat memegang bahu gadis itu. "Kau akan jadi isteri aku, Hasha Irdina Qaisara. Bukan amah aku."
"Tapi, Hasha cuma nak tolong."
"Jangan. Aku tak mahu kau buat macam ini lagi. Aku tak suka tengok orang yang aku sayang melayan aku macam ini. Lagipun, aku masih ada kudrat untuk buat sendiri." Hasha diam sahaja melihat Megat duduk dibawah memakai kasut kulit hitam itu. Tapi, dia masih berkeras juga tunduk sama dan mengambil alih tugas mengikat tali kasut kulit hitam milik lelaki itu. Sepertinya Megat juga tidak bercakap apa apabila melihat dia seperti berkeras dengan tindakan dia. "Dah siap."
Megat berdiri dan diikuti dia juga berdiri sama menghadap lelaki itu. Dia tahu dirinya sudah bertudung dan patut menjaga tingkah laku tetapi tubuh lelaki itu tetap didakapnya erat tidak mahu lepas. "Jaga diri disana. Hasha akan setia disini tunggu Daddy pulang."
"Terima kasih, my lil baby girl. I love you, my future wife." Ucap Megat mengucup kepalanya yang berbalut tudung. Berat rasa hatinya untuk meleraikan pelukan mereka apatah lagi melepaskan lelaki itu pergi. Tapi, jejaka itu pergi kerana tugas penting. Mahu tidak mahu, dia harus faham dan memberikan ruang kepada Megat. Untuk menjadi seorang perempuan yang mengongkong pasangannya, itu bukan Hasha Irdina Qaisara. Malah, baginya melepaskan itu harus redha. Jika orang itu kembali, bermakna ada jodoh diantara mereka. Tapi, jikalau tidak, mungkin ada yang lebih baik diluar sana.
Melihat kereta hitam yang dipandu Hisyam itu meninggalkan kawasan villa Bonda, air matanya yang ditahan tadi berguguran juga. "Hasha." Memusingkan tubuh, dia melihat Bonda dan Mak sedang melihat dia. Pasti kedua-dua wanita yang dia sayangi itu menyaksikan segalanya. Dia berlari memeluk tubuh Bonda dan Mak. Esakan tangisnya tidak dapat ditahan lagi. "Daddy pergi sekejap sahaja, kan? Dia akan pulang ke sini, kan?" Soalnya dengan suara yang serak basah kerana menangis.
"In sya Allah, Megat akan pulang." Jawab Mak dan Bonda serentak memujuk hati dia yang sudah mula merindui lelaki itu.
Bersambung...
Jangan benci Aisy please kalau ada konflik lagi. Jangan bosan baca Pawky yea. 🙏
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...