[EMPAT PULUH EMPAT]

9K 344 7
                                        

Megat baru tiba di hangar peribadinya di Jepun dan kelihatan ramai orang sedang menanti ketibaan dia. Turun dari tangga, dia dibentangkan dengan karpet merah dan ada satu kereta sedang menunggu dia dihujung karpet itu. "Boss." Mereka semua yang berbaris di tepi kiri dan kanan karpet merah menunduk hormat kearahnya 90 darjah. Dia rasa sesuatu sedang direncanakan seseorang kerana sebelum ini, tidak pernah-pernah dilayan hormat sebegitu. Memandang Hisyam, dia memberikan arahan melalui mata agar orang kanannya itu setia disisinya sehingga mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.

Hisyam membukakan pintu kereta bahagian penumpang belakang untuk dia masuk. "Hisyam, kau akan ikut kereta kami." kata seseorang yang mereka pernah nampak dari yakuza lain. "Jangan risau. Hisyam akan naik sekali dengan aku. Ada perkara yang aku perlukan daripada dia." Kata Megat menyuruh Hisyam masuk.

Saat pintu ditutup, dia nampak pemandu dan orang yang duduk disebelah pemandu menjeling ke belakang melihat dia dan Hisyam. "Jangan bergerak. Jangan buat apa-apa yang menarik perhatian mereka diluar." Kata Megat mengacukan dua pistol yang dipasang gun silencer itu tepat di kepala pemandu dan penumpang depan. Melihat penumpang depan seperti mengingkar arahannya, jarinya menekan picu dan si penumpang itu senyap tidak bergerak. 

"Kunci pintu." Arahnya kepada pemandu. Pemandu itu yang tidak berani melawan arahannya terus menekan kunci pintu kereta. Satu tembakan dilepaskan di kepala pemandu itu. "Hisyam, kau drive. Pastikan mereka tidak dapat jejak kita."

"Baik, Tuan." Hisyam menarik tubuh pemandu yang kaku itu kebelakang dan dia ke depan. Menekan pedal minyak kuat, kereta itu laju meluncur. Megat melihat kearah belakang dan senyuman sinis terukir. Kelam-kabut kumpulan-kumpulan itu cuba mengejar kereta yang dipandu orang kanannya itu. "Nampaknya kita kena tukar kenderaan kita, Tuan."

"Buat apa yang kau rasa betul. Asalkan mereka tidak dapat jejak kita."

"Baik, Tuan." 

Sampai di satu terowong gelap, Megat dan Hisyam melompat keluar dari kereta yang laju itu. Bom! Menyala api kerana letupan kereta itu yang melanggar penghujung dinding terowong. Menyorok dibahagian gelap, Hisyam dan dia boleh nampak jelas ada beberapa kereta yang mengejar mereka tadi berhenti di luar terowong. Tanpa suara, dia dan Hisyam melarikan diri mengikut satu pintu rahsia yang ada dalam terowong itu membawa mereka terus melalui jalan rahsia bawah terowong tinggalan itu. 

"Nampaknya semua mengalu-alukan aku disini."

"Maafkan saya Tuan kerana tidak buat tinjauan awal."

"Jangan salahkan diri kau. Lagipun, kita memang tak jangka lansung mereka akan berkumpul ramai sebegitu."

"Yakuza Himisaki dan Yakuza Taoka sepertinya sudah bergabung tadi."

"Tapi, kenapa tiba-tiba? Bukan sebelum Tuan ke Snowster, kedua-dua kumpulan mereka terima Tuan dengan baik ke?"

"Nampaknya, sepanjang kita tiada disini, ada orang yang cuba melaga-lagakan Yakuza Xylan dengan Yakuza lain."

"Tuan, Cassandra." Hisyam memberikan telefon bimbit miliknya kepada dia. Macam mana dia boleh terlupakan gajet penting itu? Nasib baik orang kanannya itu ada segera mencapai gajet itu sebelum terjun dari kereta tadi. "Cassandra."

"Megat, you ada dekat mana sekarang?" Nampaknya perempuan itu menelefon dia selepas tiga jam dia masih tidak tiba di markas. "I ada di dalam pejabat."

"You ada dalam pejabat? Kenapa kereta you tak ada di luar?"

"I ada di atas. Tengah berehat. Kenapa?" Hisyam membuka pintu belakang markasnya. Dia melihat Cassandra dan ayah Cassandra sedang duduk di ruang tamu. Menggunakan lif yang tersorok di belakang tangga, dia menuju keatas bersama Hisyam. Memberikan blazer kepada Hisyam dan membuka sedikit butang kemejanya, dia bersandar diatas kerusi meja kerjanya. 

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang