"Hasha."
"Mak. Bapa." Hasha menunduk sedikit kepalanya tanda hormat kepada kedua ibu bapanya sebelum menarik kerusi untuk duduk. "Hasha dah baik, sayang?" Soal maknya prihatin. Dia melemparkan senyuman buat wanita yang tidak dimamah usia itu, masih kelihatan cantik dan manis. "Dah. Maaf sebab Hasha dah buat Mak dan Bapa risau."
"Betul ini? Kalau kamu mahu apa-apa..."
"Tak ada apa-apa yang Hasha mahukan, Bapa. Hasha baik-baik sahaja." Dia meyakinkan bapanya tidak mahu lelaki itu risau. "Hadha dan Joey mana?" Soal Hasha kerana tubuh adiknya dan kekasih adiknya tiada di ruang meja makan. Selalunya waktu sebegini, dua orang itu sudah duduk di kerusi menjamah sarapan. "Tadi pagi selepas Subuh, mereka berdua pergi berjogging di sekeliling istana. Nanti pulanglah mereka."
Hasha mengangguk faham. "Bagaimana dengan Isaac dan kawan-kawan dia?"
"Mereka sudah diberikan hukuman yang sepatutnya. Hasha jangan risau. Bapa tak akan benarkan mereka mengapa-apakan kamu."
"Terima kasih, Bapa." Memang pada mulanya dia malas hendak ambil tahu tentang lelaki tidak guna jahat itu. Tapi, dia jadi risau kalau dia tidak bertanya Isaac dan kawan-kawan lelaki jahat itu akan bertindak berani terhadap dia lagi. "Hasha nak balik ke Malaysia bulan depan."
"Huh?" Duke Venze memandang isterinya sebelum memandang kearah puteri sulungnya. "Bukankah Hasha cuti semester selama tiga bulan? Kenapa begitu awal kamu mahu pulang ke sana?"
"Eddy perlukan pertolongan Hasha berkaitan majlisnya yang tidak lama lagi akan berlansung. Jadi, Hasha mahu minta izin daripada Bapa dan Mak untuk mengizinkan Hasha balik ke Malaysia. Boleh?"
"Bukan Bapa tidak benarkan kamu kembali ke Malaysia. Nicky akan ikut kamu."
"Tidak. Hasha mahu balik sendiri. Tidak perlu siapa-siapa mengikut Hasha."
"Hasha, kalau ada apa-apa yang berlaku nanti bagaimana? Hadha juga akan kembali ke Malaysia sebaik habis cuti semester seperti kamu."
"Jangan heret Hadha sekali dalam hal ini. Hasha cuma balik sekejap sahaja ke sana."
"Mak risaukan kamu kalau kamu sendiri sahaja disana, Hasha."
"Hasha tahu jaga diri sendiri, Mak. Lagipun, Hasha sudah lama membesar di sana berbanding disini. Tolong, izinkan Hasha."
"Bapa dan Mak tidak perlu risau, Megat akan menemani Hasha disana." Hasha memegang kemas sudu dan garfu yang ada pada tangannya. Walaupun, sudah seminggu Megat pergi tinggalkan dia terkapai-kapai sendiri dia masih tidak boleh melupakan pemilik suara garau itu. Dia tidak berani untuk memusingkan kepala menoleh kebelakang.
"Megat, kamu sudah sampai. Mari duduk bersarapan sekali dengan kami." Pelawa bapanya dengan nada mesra membuatkan Hasha rasa sakit hati. Tidakkan bapa dia tahu selama seminggu ini dia tidak sihat sebabkan lelaki itu. "Hasha minta diri dulu." Dia terus bangun menolak kerusi kebelakang.
"Tapi, kamu masih tidak makan apa-apa Hasha."
"Hasha sudah kenyang." Dia terus berjalan melepasi Megat. Tidak dia sangka, jejaka itu akan menangkap lengannya dan menarik dia. Tubuhnya berpusing merapati tubuh Megat. Sebelum sempat Megat merangkulkan tangan dipinggangnya dia menggunakan garfu ditangan meletakkan pada leher jejaka itu. "Don't you dare touch me, Megat Arshad Xylan."
"I never expected this attitude, young lady."
"And, I never expected that I'll see you again, Mr. Megat."
"I left my precious here. So, I come to take what mine."
"Kepunyaan apa yang Encik Megat tinggalkan di sini?"
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...