Hasha merenung diluar balkoni biliknya. Siapa sangka dia akan kembali semula ke dalam istana itu selepas berpindah ke Malaysia? Tok! Tok! "Come in." Katanya membenarkan orang yang mengetuk daun pintu bilik tidurnya untuk masuk ke dalam ruang itu.
"Hasha."
"Bapa." Dia menoleh saat mendengar suara tua itu. Walaupun, sudah lama dia tidak bertemu muka dengan bapanya, wajah tua itu bagai tidak dimamah usia. Masih nampak kekal muda dan ganteng walaupun rambut sudah pun beruban putih. Lainlah, maknya yang sering meminta dia untuk menginaikan rambut kalau dia pulang ke kampung. "Nicky beritahu yang kamu tidak mahu makan malam. Adakah kamu sedang diet, Hasha?"
"Tidaklah, Bapa. Hasha cuma tidak ada selera. Bapa sudah makan?"
"Sudah. Kamu betul ini tidak lapar? Kalau kamu lapar, Bapa boleh minta Nicky bawakan makan malam ke sini."
"Tidak perlu, Bapa. Kalau Hasha lapar nanti, tahulah Hasha uruskan sendiri. Lagipun, dapur masih di tempat yang sama bukan?"
"Ya. Bapa rindu kamu dan Mak kamu apabila menjejakkan kaki ke dapur. Dulu sewaktu kecil, kamu sering meminta Mak kamu untuk buatkan biskut coklat cip serta kek keju bersama beri biru." Hasha tersenyum. Itulah memori indah yang dia kenangkan sehingga kini. Waktu itu, mereka sering menghabiskan masa di dapur bertiga kerana dia yang suka membantu Maknya membuat aktiviti bakeri.
"Mak beritahu Bapa yang kamu nampak lain semenjak dua menjak ini."
"Tidaklah. Mak berfikir sangat. Hasha baik-baik sahaja."
"Mungkin Bapa tidak ada sama kamu, Hasha. Tapi, kamu tetap puteri kesayangan bapa selain Hadha. Ada sesuatukan yang bermain di fikiran kamu?"
"Entah. Hasha pun tidak tahu hendak bercakap macam mana. Semuanya tiba-tiba." Luah Hasha sedikit tanpa sedar. Bapanya sudah berjalan berdiri disebelah dia melihat pemandangan indah malam bandar kecil Snowster. "Cinta itu memang datangnya tiba-tiba, perginya juga tiba-tiba."
"Hasha tidak bercakap tentang perasaan Bapa."
"Bapa juga tidak bercakap tentang hal itu."
"Bapa... Hasha tahu yang Bapa sengaja nak Hasha luahkan semuanya kan?"
"Kalau anak Bapa ini sudi untuk berkongsi, Bapa sudi untuk mendengar." Saat kata itu terlepas dari mulut Bapanya, Hasha menangis. Dia menekup mukanya menahan esakan. Tapi, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan bapa dia. "Hasha cuba tak menangis. Tapi, Hasha tidak boleh. Hasha rindukan dia. Sangat-sangat rindukan dia."
"Dia juga pasti rindukan kamu, Hasha."
"Tidak. Cuma Hasha sahaja ada perasaan ini kepada dia. Tetapi, dia... entahlah."
"Cuba Hasha cerita kepada Bapa, orangnya itu macam mana."
"Orangnya macam mana... dia lain dari yang lain." Saat berkata itu, bibirnya tersenyum terkenangkan memori lama. Memori indah mereka walaupun seketika tapi memberi kesan kepada dia. "Nama dia Megat." Hasha ceritakan kepada Bapanya bagaimana dia bertemu dengan Megat pada hari peratama di bawa ke pejabat milik lelaki itu. Kemudiannya, penemuan demi penemuan wujud antara dia dan Megat. Sehinggakan dirinya yang terdesak inginkan wang, lelaki itu dicarinya lantas ditawarkan sebagai sugar daddy. "Sugar daddy?"
"Hasha cuma minta dia berikan Hasha duit dengan sebagai balasan, Hasha akan ikutkan permintaannya. Asalkan permintaan lelaki itu tidak melanggar apa-apa pegangan Hasha."
"Maafkan Bapa. Kalau Bapa tahu pasti semua ini..."
Hasha mencelah dulu. "Jangan Bapa. Hasha tidak pernah menyesal menemui Megat. Cuma Hasha rasa terkilan kerana dia permainkan Hasha sebegini. Malah, hal ini juga Hasha tidak salahkan dia kerana anak Bapa sahaja yang perasan sangat bahawa Megat itu akan balas perasaan Hasha."
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...