Joey memandang kearah kekasihnya yang berada di sebelah dia. "Sampai bila you nak susahkan kakak you, Hadha?"
"Apa maksud you, Joey?" Wanita itu membalas pandangan matanya. "I know hari itu, you jumpa kakak you untuk minta duit daripada dia lagi. Kenapa, Hadha?"
"I tak minta dekat you, Joey."
"Yes, that's why you need to ask me. Just ask me the money and I'll give you."
"Please, Joey. Not this topic again."
"Bila masa you nak beritahu kakak you the truth? Dia dah pandang buruk kepada you. You tahu tidak?"
"Biarlah. Dia kakak I. Benci dia macam mana pun dekat I, I tetap adik dia. Air kalau dicincang macam mana sekalipun tidak boleh putus." Hadha tersenyum kepada Joey. Riak risau di wajah itu membuatkan dia geli hati. "Tapi, Hadha..."
"Joey, sudah. Jom."
"I akan beri sumbangan."
"No. I tak nak Mami you nampak I macam perempuan pisau cukur yang hanya kejar harta you, Joey."
"Tapi, you tak ambil atau minta lansung duit daripada I. Even, sepanjang kita bercinta setahun ini apabila keluar makan, mesti you bayar sendiri."
"Yalah. Kenapa you kena bayar untuk makan minum I? Sedangkan I ada duit sendiri. Dah, jom."
"Sabarlah."
"Tak nak. I rindukan anak-anak I."
"You ni, jumpa anak-anak you kerapkali pun masih rindu. I ni, jarang tau jumpa dengan you."
"Alolo, bunyi macam orang tu merajuklah. Jom. Mereka mesti dah tunggu kita lama."
"Wait here." Hadha hanya tersenyum mendengar sahaja araha Joey supaya dia tunggu di dalam kereta itu sekejap. Lelaki itu pula sudah keluar dari perut kereta.
"My queen..." Joey membuka pintu kereta untuknya dan menghulurkan tangan. Tanpa segan silu, dia menyambut tangan itu dan keluar dari perut kereta.
"Kak Hadha!!!" Tidak sempat mereka melangkah masuk ke pagar villa itu, tubuh Hadha diserang dengan pelukan sekumpulan kanak-kanak kecil. "Who miss me?!"
"We all!!!" Jerit sekumpulan kanak-kanak itu. "Kak Hadha, marilah masuk. Cepat. Jom." Hadha mengikut sahaja langkah kanak-kanak itu apabila tangannya ditarik. Joey pun turut ditarik sama. "Sabarlah. Tunggu, Abang Joey."
"Abang? Uncle Joey. Bukan abang." Jawab seorang kanak-kanak lelaki bernama Erfan yang berumur 6 tahun. Hadha yang mendengar terus terhambur ketawa. "Uncle? Dah tua juga boyfriend I seorang ini rupanya."
"Hadha Irwana Qaisada."
"Yes, Joey."
"Dah, Uncle Joey jangan marah Kak Hadha. Cepat Kak Hadha, jom!" Tinggallah Joey terpinga-pinga sendiri di situ bersama Erfan. Dia memandang budak lelaki kecil itu. "Siapa nama kau budak?"
"Erfan, bakal suami Kak Hadha."
"Pergh, ayat kau tak menang pula. Kak Hadha kau itu, bakal isteri aku."
"Tak. Bila Erfan besar, lagi tinggi daripada Uncle Joey... Erfan akan kahwin dengan Kak Hadha."
"Joey, you buat apa lagi diluar itu? Erfan, mari masuk. Ajak Uncle Joey sekali."
"Okay, Kak Hadha." Erfan menjeling kearah Joey. Joey pula rasa nak cekik-cekik sahaja budak kecil di depannya ini. Kakinya melangkah masuk ke dalam Teratak Villa Keluarga.
Hadha melihat betapa meriahnya ruang teratak besar itu. "Kak Hadha dah sampai."
"Yana, miss me?"
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...