Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...
Megat terhambur ketawa besar di dalam kereta melihat Hasha dari jauh sudah terpacak di depan pintu pagar dengan pakaian sukan. Parkir sahaja di depan rumah sewa gadis itu, dia menurunkan tingkap. "Selamat pagi, tuan puteri."
"Saya tak ada mood pagi-pagi ni. Kalau daddy rasa nak kena hambur dek maki, silalah cari pasal dengan saya." Mati tawanya melihat riak serius gadis itu. Aura yang memang tidak boleh dibuat main-main.
Setelah Hasha masuk ke dalam kereta, Megat meamndu keretanya kearah taman tasik yang paling dekat untuk beriadah pada pagi itu. "Mummy nak sarapan apa pagi ni?"
"Kita nak jogging berapa pusingan?" Soalan Megat dibalas dengan soalan daripada Hasha. "5 kilometer?"
"Okay." Megat tidak suka melihat gadis itu tiada mood pagi-pagi begini. Padahal, pagi-pagi macam inilah mereka patut ceria. Dia rasa ingin menukar tempat beriadah pada pagi itu untuk menyerikan mood Hasha. "Daddy nak pergi mana? Taman tasik ikut simpang tu."
"Tukar plan. Ikut sahaja. Kalau rasa penat, tidurlah."
"Tipu. Daddy mesti nak u-turn. Tak sampai 10 minit, kejut saya dan kita sampai taman tasik tu juga."
"Aku tak sekejam tu lah."
"Yalah tu." Gumam Hasha perlahan. Dia kena hati-hati dan berjaga-jaga dengan tindakan lelaki itu. Tidak boleh percaya bulat-bulat macam itu sahaja. "Hasha Irdina Qaisara."
"Fine. Thanks, daddy." Hasha senyum senang terus memejam mata. Sangat berpuas hati. Kalau Megat betul-betul sengaja kenakan dia, tahulah dia macam mana nak ajar lelaki itu.
"Nah."
"Huh?" Mata Hasha tercelik semula apabila ada sesuatu mendarat diatas tubuhnya. "Apa ni?"
"Aku jumpa dekat dalam rumah aku semalam. Entah siapa tinggal. Buat semak dalam rumah sahaja. Jadi, aku bagi dekat kau. Kalau tak nak, aku bagi orang lain."
"Terima kasih. Comel. Saya suka." Dia memeluk benda lembut itu dan memejam mata.
Megat tersenyum. Sekejap sahaja, gadis itu sudah lena masuk ke alam mimpi. Nampaknya, Hasha memang seorang yang morning person seperti dia. "Sweet dream, cutie pie." Tangan kirinya memegang stereng kereta dan tangan kanannya mengusap lembut kepala gadis comel itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
=======
Hasha menggosok mata apabila terasa sinaran silau menyapa pandangan dia. Badannya menggeliat cuba diregangkan otot. Dia memandang kearah sebelah bahagian pemandu. Kosong.
"Daddy?" Dia menoleh kebelakang mencari lelKi itu tetapi tiada juga. Kerusinya ditegakkan semula. Tidak perasan pula bila dibaringkan kerusi itu kebelakang. "Pantai?" Hasha jadi risau ditinggalkan sendiri disitu.