Hasha sudah terpacak di depan pintu pagar rumah tepat pukul 12.30 tengah hari. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Tapi, kelibat kereta kuda hitam milik Megat masih lagi tidak kelihatan. Dia menjeling kearah jam tangan yang berada di pergelangan tangan kanan dia. "1.30 petang. Sejam dah aku berdiri macam tugu negara dekat sini. Mana pula Daddy ni?"
Dia melihat telefon bimbit. Kosong. Tiada panggilan mahupun pesanan Whatsapp daripada lelaki itu. "Nampaknya kau kena masaklah hari ini, Hasha." Katanya sendiri. Dia ingin membuka kunci mangga pagar rumahnya tapi ada satu kereta mewah berhenti di depan dia.
"Kau nak pergi mana, Hasha?"
"Hadha, kau buat apa dekat sini? Kau datang sini dengan siapa?"
"Kekasih aku. Saja datang. Salah ke kalau nak melawat kakak kesayangan aku seorang ini?"
"Jangan nak berdalih tukar topik, Hadha. Straight to the point sahaja. Kau nak apa?" Hasha tidak mahu membuang masanya menghadap adik dia itu. Ada banyak lagi perkara berfaedah yang dia boleh buat selain melayan permintaan yang bukan-bukan dari Hadha.
"Masukkan aku RM700. Aku nak keluar dengan kekasih aku."
"Kenapa kau tak minta sahaja daripada kekasih kau? Kenapa perlu minta aku?" Hasha melihat kereta mewah milik kekasih adiknya. Bukan calang-calang orang. Tak akan kalau nak tanggum RM70p untuk adik dia pun tak boleh. Pelik.
"Joey, belikan aku kereta semalam. Segan pula aku nak minta dia belikan handbag yang RM700 tu. Pinjamlah dulu. Nanti aku bayar balik."
"Kereta? Hadha Eriena..."
"Kau tak payahlah nak sebut nama penuh aku. Macam budak-budaklah. Bagi sahajalah RM700. Kau ada ke tak? Kalau tak ada, aku minta bapa atau mak."
"Hadha..."
"Aku tanya kau Hasha. Kau ada ke tak ada? Jawablah."
"Ada. Nanti aku bank-in masukkan dalam akaun kau."
"Inilah baru kakak kesayangan aku. Bye. Masukkan sekarang tau. Joey nak bawa aku pergi shopping. Oh ya, jangan cemburu pula sebab kekasih aku belikan aku kereta." Hasha menepis tangan Hadha yang ingin mencuit pipi dia. Tidak kuasalah dia nak cemburukan benda yang remeh.
Sebaik sahaja kereta kekasih adiknya meluncur pergi, Hasha masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa. Remote TV diambil menghidupkan TV. Menukar-nukar siaran, Hasha masih tidak menemukan rancangan yang menarik. Posisinya yang duduk tadi bertukar baring. Telefon bimbitnya diambil.
Berjela notifikasi naik menunjukkan pesanan Whatsapp daripada Hadha. Semuanya capslock. Sengaja Hasha tidak mengangkat call atau menjawab. Dia nak biarkan Hadha tunggu sedikit duit RM700 itu.
Selepas selesai memindahkan wang RM700 ke dalam akaun Hadha, dia melabuhkan kepala di sofa. Matanya menjeling kearah jam di dinding atas pintu utama rumahnya. Jarum jam pendek berada di nombor 3 dan jarum jam panjang berada di nombor 12. Tanpa sedar, Hasha tertidur dengan perut yang kelaparan.
YOU ARE READING
PAWKY
RomansBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...