[DUA PULUH]

11K 454 9
                                    

Megat menggosok dah Hasha yang dijentiknya tadi. Pantang buka mulut, ada sahaja nak diceloteh gadis itu. "Kau duduk belajar dua bulan ni elok-elok. Aku kena pergi Jepun sebulan dan London sebulan. Dua bulan aku tak ada dekat Malaysia ni, please behave."

"Tapi, kenapa tiba-tiba?"

"Ada kerja yang aku nak kena selesaikan, Hasha. Lagipun, aku pergi tidak lama."

"Dua bulan itu memang tidak lama pun." Sinis Hasha berkata.

"Kau akan rindu aku, Hasha Irdina Qaisara." Kata Megat itu tidak mampu dia nafikan. Sedangkan mereka jumpa jarang-jarang pun, dia boleh rindu. Inikan pula berpisah selama dua bulan. Siapa sahaja tidak rindu.

"Daddy tak rindukan saya?" Soalnya.

Megat menarik tubuh budak kecil itu ke dalam dakapan dia. "Ya. Aku akan rindukan kau. Kalau kau perangai yang bukan-bukan. Aku balik Malaysia denda kau. Jangan ingat aku tak boleh nak Malaysia sekejap untuk denda kau."

"Tahulah dia kaya. Tapi, tak perlulah baik hati sangat nak laburkan duit dekat tiket kapal terbang hanya semata-mata nak balik sini sekejap untuk denda saya."

"Kau lupa ke yang aku ada jet peribadi sendiri, Hasha?"

Hasha mendongak memandang mata lelaki itu. Ya, dia terlupa akan kenyataan itu. Nampaknya dia kenalah jadi budak baik untuk tidak risaukan lelaki itu. "Esok kau ikut aku. Hantar aku sampai hangar. Hisyam akan ikut aku. Indra akan tinggal disin jadi mata-mata aku untuk tengokkan keadaan kau."

"Esok dah Daddy nak gerak?"

"Ya. Sepatutnya hari ini, tapi aku beritahu klien yang aku kena jumpa seseorang istimewa. Esok, aku akan terbang ke sana."

"Istimewa? Siapa?"

"Engkaulah. Siapa lagi? Kau sahaja yang nak melekat dan tahan perangai aku."

"Ada sahaja yang lain."

"Tapi, tak ada lagi yang seunik engkau. Kau tu jenis melawan cakap aku, suka tunjuk keras kepala. Degil."

"Dah. Ya, saya dengar dan faham apa yang Daddy maksudkan."

"Jom. Teman aku lunch sekejap."

"Tapi..."

"Kau nak hampakan permintaan aku? Buatnya aku pergi esok tapi tak balik-balik, macam mana?"

"Daddy!" Hasha tidak suka apa yang lelaki itu katakan. Dia kalau boleh nak lelaki itu pergi macam ini, sihat. Balik pun dalam keadaan yang sama. "Aku cakap sahaja. Jom."

Hasha biarkan sahaja tangannya yang digenggam lelaki itu. Dia senang melihat kekar tangan sasa itu. Asyik sangat melihat tidak sedar mereka sudah berdiri di depan kereta Megat. "Abang Hisyam?"

"Hi, Hasha."

"Ingatkan Daddy datang sendiri?"

"Tak." Megat membukakan pintu penumpang belakang memberi ruang kepada gadis itu masuk dulu. Kemudian, dirinya sendiri masuk ke dalam perut kereta.

"Macam mana Daddy tahu hanya dekat Uni?"

"Eddy call aku. Cakap dia kena jumpa Tengku di pejabat. Jadi, dia minta tolong aku jemput kau. Sebab kau pun tadi datang kuliah dengan dia. Kenapa kau tak bawa sahaja kereta sendiri?"

"Jalan kami sekali."

"Tapi, buatnya kalau aku tidak ada tadi. Kau nak balik naik apa? Lain kali, bawa sahaja kereta sendiri. Ke kau nak kereta aku belikan itu jadi paparan sahaja di garaj rumah sewa kau?"

"Tak. Sorry, Daddy."

Megat mengusap lembut kepala gadis itu. "Aku cuma tak nak perkara macam ini terjadi lagi. Pastikan kau bawa kereta itu. Senang. Lagipun, Indra dia driver peribadi Rina. Aku risau, dia tidak sempat nak jemput kau balik kalau panggilan last minute macam ini. Hisyam lainlah. Aku boleh sahaja arahkan dia."

PAWKYWhere stories live. Discover now