Kereta Megat sudah terparkir di depan butik. Tapi, sebelum dia dan Hasha hendak turun, dua orang sudah masuk ke dalam kereta mereka dibahagian penumpang belakang. "What's going on?" Soal Hasha memusingkan tubuhnya ke belakang. Kelihatan Eddy dan Tengku memandang antara satu sama lain sebelum memandang kearah dia dan Megat. "So...?"
"Jangan marah Edrina."
Hasha memandang kearah Megat sebelum memandang kearah Tengku dengan tanda soal. "What do you mean by that?"
"Mak Ngah aku ada. Dia beria nak mengikut sekali tadi. Mummy aku tak boleh datang sebab dia nak pergi tengok dewan untuk esok. Jadi, dia minta Mak Ngah gantikan dia untuk teman aku ke sini."
"Jangan cakap Mak Ngah kau bawa sepupu kau tu sekali." Melihat anggukan dari Eddy, Megat meraup muka dia kasar. "Aku tak akan join program hari ini."
"Tapi, Megat..."
"No means no, Eddy. Aku tak boleh go dengan Mak Ngah kau."
"Daddy, sekejap sahaja. Kita ambil baju. Lepas itu, kita balik."
"No, Hasha Irdina Qaisara. Kalau kau nak turun, kau pergilah. Aku tunggu dalam kereta."
"Sekejap sahaja. Please~" Hasha memegang lengan tunangnya mengharapkan lelaki itu akan mengikuti dia.
"Hasha, no means no." Jawab Megat dingin dengan suara tegas.
"Kalau macam itu, aku pinjam Hasha sekejap. Hasha, jom." Eddy tidak mahu cakap banyak. Cukup baik Megat ingin lepaskan sahabatnya sekejap. Dia dan bakal suaminya keluar dari kereta memberikan ruang kepada pasangan itu.
"Daddy."
"Kau nak keluar, keluar sahaja. Kau tak nak aku ubah keputusan, bukan?" Hasha ragu-ragu nak keluar dari perut kereta lelaki itu. Tetapi, masa ini Eddy perlukan pertolongan dia. "Hasha pergi sekejap. I love you, Daddy."
"Aku harap lelaki itu tak ubahkan hati kau daripada aku." Kata Megat perlahan sebelum dia menutup pintu kereta. Hasha rasa sesuatu dihatinya dan dia tidak sukakan perasaan itu.
Melangkah masuk ke dalam butik, Hasha bersalaman dengan Mak Ngah sebagai tanda hormat orang tua. "Hasha sini." Dia tidak berbual banyak dengan wanita tua itu kerana diselamatkan oleh Eddy.
"Kau okay tak?" Soal Eddy seperti tahu ada sesuatu yang bergelodak dalam hatinya. "Nothing. So, where is your wedding dress? I want to see it."
"Can't wait? Me too!" Hasha mengikuti Eddy masuk ke satu ruang dimana mereka dapat melihat baju kahwin sahabatnya itu. Semasa dia mengikuti gadis itu, kepalanya masih memikirkan Megat di dalam kereta. Tanpa sedar yang dia terlalu asyik berfikir, tidak sedar Eddy sedang bercakap dengan dia dan sudah kembalikan baju. "Kau tengok tak?"
"Huh?"
"Hasha, are you really okay? Sorry, kalau Mak Ngah aku spoil everything."
"No. It's not your fault. Nampaknya aku boleh tengok baju kau masa malam resepsi. Sorry."
"It's okay. By the way, ini baju kau. I hope you like it." Dia mengambil baju yang diberikan oleh Eddy. "Thanks, babe. Aku gerak dulu."
"Sure. Jumpa esok pagi untuk majlis akad nikah dan malam untuk resepsi. Your mom and dad, they were coming right?"
"Yes. By the way, they asked me to tell you don't be too formal for tomorrow night."
"Yeah, sure. Don't worry." Hasha memeluk sahabatnya itu sebelum keluar dari butik. Nasib baik dia tidak bertemu dengan Mak Ngah Eddy. Mungkin wanita itu sibuk menguruskan hal tentang pemakaian keluarga serta saudara-mara Eddy lain. Semasa dia melangkah keluar dari pintu butik, kereta Megat tiada di ruang parkir. Matanya meliar mencari dimanakah kereta lelaki itu. Manalah tahu kalau tunangnya itu menukar tempat parkir tapi sepertinya tidak. Hatinya menidakkan apakah yang difikir dalam kepala dia. Tidak mungkin jejaka itu akan meninggalkan dia sendiri disitu.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...