Megat pelik melihat isterinya yang dari tadi asyik termenung sendiri. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran gadisnya itu tapi dia tidak tahu apa. Adakah Hasha tidak suka dengan kejutan dia yang ingin membawa isterinya itu bercuti berdua di pulau persendirian miliknya? Tapi, kalau Hasha tidak suka pasti dari masa mula-mula dari Malaysia lagi gadis itu menunjukkan rasa tidak suka. Bukannya sebaik mereka masuk ke dalam bilik tidur utama dan semuanya berubah. "Baby girl."
Hasha masih di dalam dunia sendiri. Lima kali sudah mulutnya memanggil nama manja gadis itu. Kakinya melangkah merapati kedudukan wanita yang dicintainya itu. "Baby girl..." Tangan dia menyinggah di bahu Hasha. "Are you okay?"
"Huh? Yes?"
"Are you okay? Is there something that you want to share or ask me, my lil baby girl?"
"Yes, I'm fine. I'm sorry."
"Maybe baby girl letih ya? Baby girl mandi dulu. Lepas itu, kita berehat. Petang sedikit nanti, kita jalan sama-sama tepi pantai. Okay?"
"Okay. Thanks, Daddy. Hasha mandi sekejap." Hasha bangun dari sofa dan berjalan kearah bilik mandi. "Daddy kemaskan barang baby girl letak dalam almari ya?"
Langkah Hasha yang ingin menutup pintu bilik mandi terhenti. "No!" Dia berlari ingin menghalang lelaki itu membuka bagasinya. Tapi, malangnya... Hasha terlambat. "Erk." Pandangannya tidak berani membalas pandangan mata suaminya.
"Wow!" Megat kagum melihat pakaian-pakaian nipis yang tersusun dalam bagasi isterinya. "Hasha."
"Bukan Hasha. Hadha yang kemaskan tadi."
"Bagus betul Hadha."
"Bagus?" Bagus apanya kalau yang dalam beg pakaian itu semuanya pakaian nipis-nipis dan mencolok mata. Kalau dia dapat Hadha, memang depan-depan juga dia seligi-seligikan kepala adik bongsunya itu.
Megat memandang isterinya yang sedang menunduk pandang lantai. "Daddy lagi hensem tau dari lantai tu, baby girl." Hasha diam tidak menjawab apa-apa. Tangannya memegang dagu runcing Hasha, lalu didongakkan sedikit ke atas agar pandangan mereka bertemu. "You look sexy, baby girl." Sanggup benar isterinya merisikokan diri berlari keluar bilik mandi dengan hanya berbalu tuala paras lutut. Seksi! Seksa jiwa dia menahan godaan.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...