Rina masuk ke dalam pejabatnya menghulurkan fail. Mata setiausahanya itu memandang kearah sofa dalam pejabatnya yang sudah ditarik menjadi tilam. "Siapa perempuan itu, Tuan Megat?"
"Nanti saya akan masuk ke dalam bilik meeting. Pastikan perempuan ini tidak tinggalkan pejabat sebelum saya habis mesyuarat."
"Kalau dia berkeras..."
"Saya rasa awak dah bekerja lama dengan saya, Rina. Tak akan awak tidak tahu lagi dengan prinsip saya yang macam mana?"
"Maafkan saya, Tuan Megat. Baiklah, Tuan. Bilik meeting dah ready."
"Bagus. Saya pergi dulu." Megat bangun dari kerusi empuknya lalu keluar dari bilik pejabat. Senyuman yang terukir saat melihat gadis yang masih lena itu bertukar riak serius dan dingin. "By the way, Rina... kalau Syamsul dah balik ke pejabat. Suruh dia jumpa saya segera."
"Baik, Tuan Megat." Rina turut ikut langkah Megat yang keluar kembali duduk di ruang kerjanya.
======
Hasha merenggangkan tubuhnya. "Ergh, sedapnya dapat tidur." Dia menarik bantal yang ada disebelahnya lalu dipeluk erat. Rasa mengantuk masih ada membuatkan dia tidak membuka matanya.
Dia terasa ada yang mengusap pipinya. "Eddy, janganlah kacau aku tidur." Tangannya itu ditepis. Tidak suka tidurnya terganggu.
"Eddy? Siapa Eddy?"
"Eddy, sejak bila kau ada halkum? Suara kau macam jantan do." Ketawa kecilnya mendengar suara garau Eddy. Ini tak bukan mesti Eddy install apps voice changer lepas tu perkenakan dia. Bukan dia kenal perempuan itu sehari dua.
Megat tersenyum senang mendengar tawa kecil gadis itu. Bagai melodi indah yang menyapa telinga dia. Comel dan manja. Walaupun, tangannya ditepis, dia tetap mengelus semula pipi lembut dan gebu gadis itu. "Siapa nama kau?" Soal dia ingin tahu.
"Eddy, kau selalu sebut nama penuh aku. Tak akan hari ini kau dah lupa nama aku?" Rasa nak dicubit-cubit sahaja pipi gadis itu. Masih lagi menyangkakan dirinya sebagai Eddy. Melihat dari cara percakapan gadis itu, Megat pasti yang si Eddy dikatakan itu adalah berjantina perempuan bukan lelaki yang disangkanya pada awal tadi.
"Eddy, kau dah balik dating dengan Izzat ke? Dia bawa kau pergi mana?"
"Nama kau siapa? Jawab dulu soalan aku."
"Ish, leceh lah kau ni. Nama saya Hasha Irdina Qaisara. Umur saya 24 tahun. Saya seorang mahasiswa. Eh, dah macam pengenalan budak sekolah tadika pula. Kau ni, Eddy." Hasha membuka mata. Senyuman manisnya mati melihat wajah seorang lelaki yang tidak dia pernah lihat sebelum ini. Tangannya menolak tubuh lelaki itu tapi malangnya tubuh lelaki itu keras kaku disitu dan dia pula tergolek kebelakang.
Nasib baik lelaki itu sempat menyambut tubuh dia dari jatuh. Kalau tidak, percuma sahaja tubuhnya menghentak jatuh atas lantai yang berkarpet itu. Walaupun, berkarpet... kalau jatuh mesti sakit. Berbalik kepada jejaka misteri itu, Hasha baru sedar yang jarak tubuh mereka sangatlah rapat dimana tubuh mereka menindih antara satu sama lain. Tangannya sekali lagi menolak dada lelaki itu tetapi tidak beriak. "Kau nak jatuh ke?" Hasha geleng kepala. Tapi, dia tidak selesa dengan keadaan posisi mereka. "Lepaskan saya. Saya tak selesa."
Megat memegang leher Hasha. Dia membetulkan posisi baring gadis itu. Apabila dia tahu yang gadis itu tidak akan jatuh dari katil kecil itu, dia bangun dan berdiri di tepi. "Nama kau Hasha?"
"Macam mana awak tahu nama saya? Jap, kira tadi tu... suara awak?" Melihat anggukan jejaka misteri itu, Hasha rasa nak rendam muka dia dalam air. Lepas ni pastikan dia membuka mata sebaik sahaja bangun tidur dari berlaku perkara sebegini rupa sekali lagi. "Awak siapa? Saya di mana?" Kali terakhir dia ingat, dia berada di dalam panggung wayang. Mungkin sebab cerita yang bosan, jadinya dia terlelap tidak sedarkan diri. Tapi, masalahnya sekarang ini. Dia tidur memang tidak ingat dunia. Sampai kena culik pun, boleh tidak perasan.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...