Hasha yang sedang lena tidur itu diganggunya. Jari Megat bermain di wajah gadis itu. Sekejap puncak hidung gadis itu diusik, sekejap alis bulu mata dan kening Hasha diusik dan sekejap jarinya bermain di bibir merah jambu air itu. "Baby girl, tak nak bangun ke?" Soalannya menunjukkan sangat yang dirinya itu sedang bosan. Nicky yang melihat dari tadi tersenyum sahaja. Senang melihat kemesraan Cik Qaisara dan Tuan Megat.
"Tuan, nak apa-apa ke?"
"Tak apa. Nanti kalau saya nak apa-apa. Saya ambil sendiri."
"Baik, Tuan."
"Hisyam."
"Ya, Tuan?" Hisyam berpatah balik kearah dia. "Saya pindahkan Hasha ke dalam bilik. Kalau ada apa-apa cari kami disana. Nanti dah sampai, ketuk sahaja pintu."
"Baik, Tuan." Hisyam memberikan ruang kepada tuannya mengangkat tubuh Hasha yang sedang lena itu masuk ke bilik tidur. Mereka sedang berada di dalam jet peribadi lelaki itu menuju ke Malaysia. Nampaknya, kehadiran Hasha membuatkan tuannya hanya berada di negara Jepun selama dua hari. Pagi-pagi tadi lagi, Tuan Megat menelefon dia meminta sediakan jet peribadi untuk pulang ke tanah air. Dia mengikut sahaja arahan lelaki itu menelefon pilot peribadi untuk bersiap sedia menerbangkan jet peribadi itu ke Malaysia.
Meletakkan tubuh Hasha diatas katil, Megat membelai lembut pipi gebu putih tunangnya itu. "Baby girl."
"Janganlah kacau." Merengek Hasha tidak suka tidur diganggu. Tapi, Megat bukan jenis makan saman pun. Dia tetap mengusik gadis itu agar bangun. Lagipun, tunangnya itu bersikap macam tak cukup tidur. "Baby girl."
"Daddy nak apa?" Tanya Hasha dengan suara serak basah masih belum membuka mata. Berat matanya rasa nak dibukakan. "Bangunlah, baby girl."
"Tak nak. Mengantuk lagi."
"Aku bosan. Kau asyik tidur sahaja."
"Hasha nak tidur. Daddy pun tidurlah juga. Meh, sini tidur sini ya." Hasha yang masih mamai itu tidak sedar dia menepuk katil sebelahnya mengajak Megat melabuhkan tubuh disitu. "Daddy tidur sini? Are you sure, baby girl?"
"Yes, I'm very sure. Tidurlah ya. Orang mengantuk ni." Melihat mulut Hasha ingin menguap, tangan Megat pantas dulu menutupkan mulut gadis itu. "Menguap, tutup mulut. Nanti masuk syaitan."
"Ok, Daddy. Daddy pun tidurlah ya. Gelap lagi ini." Nampaknya gadis itu masih tidak sedar mereka sebenarnya berada diatas awan dalam jet peribadi Megat sedang dalam penerbangan pulang ke Malaysia. "Betul ini nak Daddy baring dekat sini?" Soal lelaki itu ingin meminta kepastian daripada Hasha.
"Ya. Baringlah." Hasha menarik lengan dia membuatkan dia terjatuh atas katil itu. Nyaris tubuh sasanya tidak menghempap atas tubuh kecil gadis itu. Posisinya itu sedang dalam keadaan planking dimana dia di atas dan Hasha di bawah dia. "Baby girl."
"Hmm." Hasha merasa deruan nafas lelaki itu mengena pipinya. Bibirnya mengukir senyum. "Nice dream." Megat rasa nak hantuk kepala di dinding kerana tidak sangka gadis itu menyangka semua ini mimpi dan bukan realiti. Jantungnya berdegup lebih masa apabila tangan Hasha merangkul lehernya. Matanya terhenti pada bibir tunangnya. Bibir merah jambu air itu bagai candu buat dia. Rasa sekali, buatkan dia rasa ingin memagut berkali-kali. "I wish aku boleh cium dan gigit bibir kau, Hasha Irdina Qaisara."
"Why not, you're my hubby right?" Soal gadis itu. "Baby girl, baby girl mimpi Daddy dah sah jadi suami baby girl ke?"
"Huh? Bukan Daddy memang suami baby girl ke?"
"Open your eyes, baby girl."
"Kiss me first."
"Baby girl." Tegas suaranya cuba berdehem membetulkan peti suaranya agar dikawal. "Kiss me first, Daddy~" rengek Hasha beria minta dia pagut bibir merah jambu air itu.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...