[DUA BELAS]

11.4K 462 17
                                    

Hasha mengepal tangannya menahan amarah. Kalau ikutkan rasa hatinya yang tengah panas. Dah lama tangan dia mendarat di pipi Hadha. Melampau betul adiknya itu sudah pandai mencari dia di universiti. Kalau cari cara baik, dia boleh lagi. Tapi, ini tidak. Hadha selamba sahaja tengking dia di depan orang ramai. "Kau dengar tak apa aku cakap?!"

Hasha malas mahu mencipta drama murahan disitu terus menarik tangan Hadha ke tempat yang lebih sunyi. Dia dengar derapan kaki dari belakang bermakna Eddy turut mengikut langkahnya. "Lepaslah tangan aku! Sakit, gila!"

"Habis tu. Kau ingat hati aku tak sakit?! Yang kau bawa perangai tak matang kau dekat sini kenapa?"

"Kenapa credit card aku tak boleh pakai?! Kau tak bayar ke, Hasha? Kau sengajakan?"

"Credit card? Sejak bila kau pakai credit card? Kalau kau pakai credit card sekalipun, kenapa aku pula yang kena bayar?"

"Hah. Kau tanya aku kenapa kau kena bayar? Eh, Hasha. Sedar sikit. Kau kakak. Tanggungjawab kau, tanggung belanja aku. Of course lah, kau yang kena bayar."

"Hadha, kau dah melampau. Hormat sikit. Hasha tu kakak kau. Jangan sampai aku tangankan kau!" Eddy mencelah tidak dapat menahan berang. Dia pandang adik Hasha macam nak ditelan sahaja hidup-hidup.

"Kau orang luar. Jangan masuk campur urusan aku dan kakak aku." Hadha menunding jari tepat kearah muka Eddy. Hasha menepis jari itu kuat. "Kau jangan nak melampau, Hadha. Kawan aku kau kena hormat. Dia lebih tua daripaada kau."

"Kenapa? Kau takut aku usik partner lesbo kau ni? Maklumlah, partner lesbo kau ni kan bukan calang-calang orang."

"Eh, kalau aku tak fikir kau adik Hasha. Dah lama aku bantai kau dekat sini. Cakap siang pandang-pandanglah." Eddy berganjak dari situ cuba tidak meletup.

"Malaslah aku nak buang masa dekat sini. Nah, ini bil kad kredit aku. Make sure, kau lunaskan semua pembayaran hari ini juga."

Hasha menunduk mengambil kertas bil yang dicampak Hadha kearah mukanya. "Hadha, kau belanjakan apa sampai RM5000 ni?!"

"Hadha!" Selamba badak sahaja adik dia melenggang pergi macam itu. Hasha tidak menunggu terus mengejar langkah gadis itu. Dia masih perlukan penjelasan tentang kad kredit yang dilanggan Hadha itu. Tapi, belum sempat dia menahan, tubuh Hadha sudah masuk ke dalam perut kereta yang pernah berhenti di depan rumahnya sebelum ini. "Hadha!!!"

Hasha jatuh terduduk. Dia buntu tidak tahu hendak berbuat apa. "Ya Allah, Hasha. Bangunlah." Eddy cuba mengangkat dia bangun. Tapi, tubuhnya dibiar keras duduk diatas rumput itu. Air matanya mengalir. "Eddy~"

"Hasha, janganlah menangis." Eddy memeluk tubuh Hasha. Dia rasa kasihan buat sahabatnya itu. "Dia nak aku mati kebulur ke, Eddy?"

"Huh?"

"Duit belanja aku cukup-cukup nak pakai tahun ni. Tapi, dia suruh aku bayarkan dia punya bil kad kredit." Hasha menghulurkan bil kertas itu kepada Eddy.

"Melampau betul Hadha ni."

"Hasha, telefon kau berbunyi."

Hasha mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Dia mengangkat panggilan tersebut. "Hasha."

"Ya, Mak. Kenapa, Mak?"

"Ada kawan Hadha datang rumah. Dia mengamuk. Katanya Hadha pinjam duit dia. Mak tak tahu nak cakap apa jadi Mak terpaksa juga bagi."

"Allahu. Mak tak apa-apa? Dia ada buat apa-apa ke dekat Mak?" Hati Hasha bertambah risau. Satu-satu benda terjadi yang melibatkan Hadha. "Alhamdulillah, tak. Tapi, untung kedai runcit Mak, budak tu dah ambil. Dia datang bawa parang bagai. Mak jadi takut, Hasha."

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang