Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...
Izzat membukakan pintu untuk tunangnya. Dia melihat gadis itu dari atas sampai bawah. "Sayang..."
"Uuu, Izzat panggil Eddy sayanglah." Hasha yang baru lepas mengunci pagar merapati kereta milik tunang Eddy. "Hi, Izzat."
"Hi, Hasha." Kini, dia melihat pakaian yang bersarung di tubuh Hasha dan kembali memandang Edrina. "Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tunangnya memandang kearah dia dengan menjungkit kening menyoal.
"Abang tahu sayang suka pakai hoodie. Tapi, perlu ke malam ni dinner kita pakai macam ni? Hasha pun."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Attire Hash Irdina Qaisara.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Attire Raja Edrina Dharwin.
"
Abang... I mean, kau jangan nak komen fesyen kitaorang. Betul tak, Hasha?"
"Kau nak bawa kitaorang makan mana, Izzat?" Soal Hasha melihat pakaian kasual Izzat yan nampak gah itu. Tak boleh pandang lama-lama, milik oranglah katakan. "Haah, nak bawa pergi mana? Bergaya sangat kau malam ini. Macam nak makan dekat hotel lima bintang."
"Hotel lima bintang tu tidaklah. Cuma steak house sahaja."
"Steak? Lagi? Mulut Western betul kau ni. Nasib badanlah dapat bakal suami yang tak suka telan makanan Melayu."
"Amboi, cakap pasal abang ke?"
"Tak. Cakap pasal orang lain. Jomlah, nanti lewat pula."
"Tak nak tukar baju dulu? Abang boleh tunggu."
"Tak." Eddy dan Hasha menggeleng kepala. Izzat akur sahaja memberi ruang kepada bakal isterinya itu masuk ke dalam kereta. Hasha sudah pun masuk ke dalam perut kereta. Dia berjalan menuju ke bahagian pemandu.
Kereta milik lelaki itu meluncur laju membelah jalan. "Megat jadi datang tak, Izzat?"
"Jadi. Kenapa, sayang? Sayang masih tak beritahu abang lagi kenapa sayang beriya sangat nak jumpa dengan Megat ni."