[LIMA PULUH EMPAT]

11.4K 387 13
                                    

 "Baby girl, nak pergi mana?" Soal Megat kepada Hasha sebaik melihat isterinya itu sedang mengemaskan sesuatu ke dalam beg pakaian miliknya yang dibawa Hisyam semalam. "Hasha nak balik rumah sekejap. Nanti lewat petang sedikit, Hasha datang sini semula. Kain baju kotor Daddy kena bawa balik untuk basuh."

"Pakaian kotor itu, baby girl boleh serahkan kepada Hisyam sahaja untuk bawa balik ke rumah. Boleh minta bibik tolong uruskan."

"Tak apa, Daddy. Hasha balik sekejap ya." Hasha memegang tangan suaminya ingin bersalaman sebelum meminta diri. Sebaik tangan Megat dicium, jejaka itu masih memegang kemas tangan dia. "Daddy nak pesan apa-apa ke?"

"Baby girl cuba lari daripada Daddy ke?"

"Lari? Apa Daddy merepek ini? Hasha ada depan Daddy kan ni? Tak lari ke mana pun."

"Hasha Irdina Qaisara, just tell me. What's going on here? Dah dua hari Daddy kena tahan di dalam hospital, baby girl seperti mengelak daripada Daddy. Kalau Daddy ada buat salah, just beritahu. Kita berbincang baik-baik. Bukan baby girl bawa diri ke sana dan tinggal Daddy di sini tertanya-tanya."

"Boleh tak kalau Daddy minta jururawat lelaki dan doktor lelaki sahaja yang uruskan Daddy?"

"Kenapa tiba-tiba?"

"Buat sahaja, boleh?"

"Jangan cari alasan budak-budak untuk keruhkan keadaan, Hasha Irdina Qaisara."

"Alasan budak-budak?"

"Baby girl, I love you."

"Isteri Daddy yang cuba berperangai budak-budak ini, nak balik ke rumah sekejap. Jumpa Daddy nanti."

"Hasha."

"No, it's okay. I'm fine. Kalau ada apa-apa, just text or call me, okay?" Hasha berjalan keluar dari bilik wad. Tapi, langkahnya berhenti sebaik mendengar Megat berkatakan sesuatu. "Ulang balik apa yang Daddy cakap tadi."

"Hasha."

"No. Ulang balik. Hasha nak dengar."

"Daddy tak sihat. Daddy penat. Tolong jangan susahkan Daddy lagi. Tunggu Daddy sihat. Okay?"

"Bye."

"Baby girl." Megat meraup kasar rambutnya kebelakang. Dia sedar yang dia sudah tersalah cakap kepada isterinya. "Tuan Megat, Tuan Megat nak ke mana?" Soal jururawat yang bertugas menjaga dia pada tengahari itu. "Tuan Megat kena berehat. Tuan Megat masih belum sihat lagi."

"Eh, kenapa ni?" Indra yang baru masuk ke dalam bilik wad abangnya terpinga-pinga melihat jururawat itu seperti sedang menahan tingkah Megat. "Doktor Indra, Tuan Megat cuba nak keluar hospital."

"Tak apa. Awak tinggalkan saya dengan Tuan Megat. Kalau ada apa-apa, saya akan panggil awak semula."

"Baik, Doktor Indra." Jururawat itu meninggalkan ruangan bilik wad Megat.

"What happen, big bro?" Soal Indra menarik kerusi duduk di sisi katil abangnya. "Jumpa Kak Hasha tak tadi?"

"Tak. Aku naik sini ikut lif staf. Kenapa?"

"Aku rasa, aku dah buat dia kecil hati dengan aku."

"Kau buat apa dekat Kak Hasha? Kau tak kasihan ke dekat kakak ipar aku yang penat menjaga kau selama kau di tahan di hospital ini?"

"Indra, kau ini tak membantu tau. Aku cuma suruh dia stop being childlish. That's all. Aku penat dan tidak sihat. Tapi, dia seakan mengelak daripada aku. Bila aku tanya kenapa, dia cakap tak ada apa-apa. Suruh aku minta tukar jururawat lelaki dan doktor lelaki."

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang