[TIGA BELAS]

11K 473 28
                                    

"Tak jumpa juga?" Hisyam menggeleng kepala. "Ada arahkan kepada Indra tak untuk uruskan hal ni?"

"Tak, Tuan. Saya cuma tanya dekat jiran rumah Cik Hasha. Mereka kata, mereka pun tidak tahu sebab Hasya dan teman rumahnya tidak cakap apa-apa."

"Hisyam, kalau setakat bertanya kepada jiran. Tiga hari lepas saya dah pergi tanya sendiri. Tak perlu susah-susahkan awak. Masalahnya, saya nak tahu dimana Hasha berada sekarang. Kemana dia pergi lima hari menghilang ni?!"

"Maafkan saya, Tuan Megat." Hisyam menunduk kesal. Sedar salahnya sendiri mengambil enteng arahan Tuan Megat. Padahal, terang lagi bersuluh majikannya itu sudah pandai naik marah sejak tahu Hasha menyepikan diri tiba-tiba.

"Tuan Megat." Rina masuk ke dalam ruang bilik pejabat Megat. "Awak tak reti nak ketuk pintu bilik saya dulu ke, Rina? Tak nampak ke saya sedang berurusan dengan Hisyam?"

"Maafkan saya, Tuan. Tapi..."

"Keluar! Saya tak habis lagi bercakap dengan Hisyam!" Terangkat bahu Rina dijerkah tiba-tiba. Selama dia bekerja di MCORP, tidak pernah dia nampak sisi singa jantan Tuan Megat begini. Dia menunduk ingin keluar dari bilik pejabat itu. Tapi, kakinya terhenti bila kepala Hasha terjengul di muka pintu.

"Keluar." Rina berkata kepada gadis itu tanpa bersuara.

"Tunggu apa lagi? Susah sangat ke arahan saya?!"

Belum Rina semoat berkata apa-apa, suara Hasha keluar dulu. "Saya ganggu ke?"

"Hasha Irdina Qaisara!" Hasha menyesal pula bersuara. Sangkanya tadi cuma ingin menolong Kak Rina dari dimarahi oleh Megat. Tapi, nampaknya dia sendiri masukkan ke dalam sangkar perangkap yang akan menjerat dirinya.

"Ya, Tuan. Maksud saya. Ya, Daddy?"

"Rina, Hisyam. Keluar. Hasha Irdina Qaisara masuk."

"Daddy nampak macam sibuk sahaja. Esok sahajala saya jumpa Daddy ya?"

"Aku tak suka ulang banyak kali, Hasha Irdina Qaisara. Masuk." Hasha berat melangkah setapak masuk ke dalam ruang bilik pejabat lelaki itu. Masa Rina dan Hisham melintas di depan dia, tangan Rina dipegang. "Kak Rina teman Hasha dalam ni. Please."

"Rina, out."

"Ya, Tuan. Sorry, Hasha. Kak Rina tunggu Hasha di luar." Laju sahaja langkah setiausaha Megat keluar dari situ diikuti Hisyam.

"Nak jadi tugu negara ke dekat situ?" Hasha menggeleng kepala.

"Kunci pintu."

"Huh?"

"Hasha Irdina Qaisara, kunci pintu." Hasha mengikut sahaja arahan lelaki itu. Dia yang ingin menapak ke depan terhenti apabila Megat suruh jangan bergerak. "Huh?"

 "Huh?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Stop. Jangan bergerak. Jangan banyak tanya. Ikut sahaja."

"Fine. Daddy ni moody macam PMS pula."

PAWKYWhere stories live. Discover now