[EMPAT PULUH SEMBILAN]

11.5K 372 12
                                    

Terlakar senyuman di bibir Megat saat melihat keriuhan yang berlaku di dalam ruang villa Bondanya. Bukan sahaja di tingkat bawah, tetapi juga di tingkat atas. Adiknya, Indra ke hulur ke hilir sibuk menggosok baju melayu bagi menyiapkan diri ke masjid. Saudara mara belah Bonda dan Abah juga turut ada memeriahkan suasana bersiap-siap untuk mengikut sama-sama ke masjid meraikan hari kebahagiaan dia dan Hasha tidak lama lagi. Ada yang berebut seterika untuk menggosok baju, ada yang berebut cermin untuk memakai mekap atau menggayakan tudung, ada juga yang berentap mulut di ruang meja makan untuk bersarapan. Macam-macam tingkah ada di dalam villa itu sekarang. Walaupun, riuh dan sedikit bising, itu lansung tidak menyemakkan kepala lelaki itu.

"Anak teruna Bonda seorang ini, termenungkan apa?" Terkejut dia apabila Bonda datang menepuk bahunya dari belakang. "Bonda, dah siap?"

"Sudah, Megat. Kamu dah siap ke?"

"Dah juga, Bonda. Abah mana?"

"Abah kamu betulkan rambutnya dan songkok. Tadi, Bonda baru siap pakaikan samping. Gaya itu tidak kena, gaya ini tidak kena. Akhirnya, bila Bonda nak protes, baru tahu diam dan ikut sahaja." Megat dengar sahajalah bebelan Bondanya itu. Aduhai, terbayang pula dia macam mana dia dengan Hasha nanti. Rasa tidak sabar pula. Sekali lagi, bibirnya mengukir senyuman sampai ke telinga. Puan Kamilia juga turut tersenyum melihat senyuman anak lelakinya itu. "Sudah tu, Megat. Kalau kamu duduk berangan di sini, memang ke sudahlah membujang. Mari, turun. Semua sudah bersiap. Tinggal nak masuk ke dalam kereta sahaja."

"Baiklah, Bonda."

Semalam, sebaik mereka sampai ke Malaysia, Bonda beritahu kepada Megat yang dia dan Hasha tidak boleh sebumbung. Makanya, dia memberikan ruang kepada keluarga bakal isterinya itu untuk bermalam di rumah agamnya. Jadi, Megat sekeluarga akan bergerak ke masjid dari villa Bonda dan Hasha sekeluarga akan bergerak dari rumah agam Megat ke masjid, dimana masjid yang akan berlakunya proses akad nikah antara pasangan itu.

"Semua dah ready nak ke masjid?" Soal Bonda selaku ketua rombong mereka pagi ini. "Sudah!" Jawab mereka semua disitu teruja. "Kalau dah ready, semua masuk ke dalam kereta. Macam Mak Ucu beritahu semalam. Okay?"

"Okay!" Sekejap sahaja, semua masuk ke dalam kereta yang sudah pun dihidupkan enjin dan beratur di depan rumah. Sebaik semua penumpang masuk ke dalam kereta, maka rombongan itu pun bergerak sejalan. Kereta hitam Megat dipandu Hisyam dan di dalam kereta itu ada Tengku dan Indra, adik lelaki Megat.

Hasha rasa gementar masih tidak keluar bilik. Eddy dan Hadha memandang dia seperti seorang pesalah. "Keluarga Megat dah bergerak. Tengku baru inform aku."

"Sekejap, bagi aku lima minit. Lima minit sahaja."

"Kak Hasha, tok kadi kalau dah sampai, dia tak tunggu lama. Ada lagi yang lain nak kahwin, bukan engkau seorang sahaja. Jom. Semua dah tunggu dalam kereta."

"Hadha, please. Sekejap."

"Kau tak nak kahwin dengan Megat ke, Hasha?" Soalan Eddy itu buatkan dia membulat mata memandang gadis itu. "Kenapa kau cakap macam itu?"

"Kalau kau nak kahwin dengan dia, kau dah ada dalam kereta sekarang ini. Bukan dalam bilik, menunduk mengukur lantai. Hasha Irdina Qaisara."

"Aku nak bangun tapi..." Hasha tidak tahu nak terangkan macam mana. Dia hanya mampu hulurkan tangan berharap sahabat baik dan adiknya itu boleh bantu dia untuk bangun berdiri. Saat tangannya disambut Hadha, adiknya itu memandang dia tidak percaya. "Sejuknya tangan kau, Kak Hasha. Kau okay tak?"

"Aku okay. Tapi, aku takut. Bukan takut apa. Aku ready, cuma aku takut kalau ini..."

"Sekejap, aku call telefon Megat."

PAWKYWhere stories live. Discover now