"Lady Hasha Irdina Qaisara and Lady Hadha Irwana Qaisada, the daughters of Duke Venze." Hasha menuruni tangga itu sambil dipimpin Megat. Manakala, Hadha melakukan yang sama dipimpin oleh Joey. Mereka adik-beradik cuba biasakan diri dengan sinaran-sinaran cahaya kamera tukang ambil gambar yang ingin memotretkan gambar mereka.
"Hasha, Hadha. Nanti akan ada sesi menari kamu dengan pasangan kamu. Jadi, bersedia ya."
"Bapa? Tapi, Bapa tidak beritahu kami pun hal ini?"
"Jangan risau. Biarkan pasangan kamu yang memimpin gerak kamu dalam tarian nanti."
"Betul cakap Bapa kamu. Mari, my King. Sudah tiba masanya." Puan Zarina memegang lengan suaminya dan pasangan itu sama-sama menuju ke tengah dewan. Lagu alunan melodi indah dimainkan dan pasangan itu terus menari dihadapan ribuan tetamu.
Hasha melihat kemesraan dan kasih sayang yang terbit diantara ibubapanya. Matanya menjeling melihat kearah Megat yang berdiri disebelah dia. Saat mereka meninggalkan ruang balkoni besar aras dua, lelaki itu seperti berubah menjadi orang lain. Diam dan tiada lagi senyuman dibibir itu. 'Bukankah ini yang kau mahukan, Hasha?' bisik hati Hasha menyoal. Tapi, entah kenapa dia rasa bukan ini yang dia mahukan. "Megat."
"Tiba masanya untuk kita menari." Megat menarik tangan dia perlahan berjalan ke tengah dewan. Tangan sasa itu melingkar di pinggangnya. Dia mendengar alunan piano dimainkan dan bunyi renyai hujan memberikan rasa sebak dan sayu di hatinya. Mukanya disorokkan disebalik dada lelaki itu. 'Kenapa menangis, Hasha? Jangan menyesal atas apa yang sudah kau sendiri pilih.' bisik hatinya lagi.
Sebaik bunyi piano tamat, melodi lain memenuhi ruang dewan itu. Para tetamu yang hadir sudah mula ke tengah dewan untuk menari bersama pasangan masing-masing. Megat melepaskan tangan dia dan menjarakkan tubuh mereka. "Aku nak ke tandas sekejap." Beritahu lelaki itu dengan nada dingin meninggalkan dia sendiri.
"Kak Hasha, are you okay?" Hadha muncul dibelakang memegang bahunya. Dia menoleh dan bibirnya mengukir senyuman walaupun rasa berat. "Yes. I'm fine."
"Are you sure?"
"Yes. Kalau sesiapa aku, cakap aku diluar ingin ambil angin."
"Tapi, diluarkan hujan."
"Jangan risau. Aku cuma sekejap sahaja dibawah bumbung juga."
"Kak Hasha..."
"Carrot, biarkan Kak Hasha. Dia perlukan masa untuk sendiri." Joey memegang tangan Hadha menahan langkah gadis itu mengikuti langkah Hasha. "Joey."
"She need time to think. Kalau dia terlalu lama diluar sana nanti, baru I teman you cari Hasha."
"Okay."
"Dah. Muka tu jangan monyok macam tu. Tidak cantik lagi kekasih I ni nanti." Joey mengusik mencubit pipi Hadha. "Mari kita cari makan. Perut I lapar."
"You ni memang cepat lapar. Macam bela saka. Makan banyak-banyak pun, badan still maintain."
"Kenalah maintain baru ada stamina."
"Stamina apa?"
Joey menjetik dahi kekasihnya. Dasar gadis naif. Tapi, nakalnya tetap ada ingin mengusik. Lantas, dia menundukkan sedikit kepala pada paras cuping telinga. Lalu, dibisiknya sesuatu. "Kalau nak tahu stamina apa. Kenalah kahwin dengan I dulu." Pap! Hadha yang sudah merah muka menepuk lengannya kuat terus mengangkat kaki pergi. "Carrot, wait for me."
=========
"Hello, beautiful." Terkejut Hasha yang sedang duduk di tangga ditegur oleh seseorang. Dia tidak kenal siapa sekumpulan lelaki itu. "Don't be afraid. We just want to make a friend."
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...