[EMPAT PULUH LIMA]

8.9K 341 26
                                    

Menurunkan tingkap kereta, seronok dia melihat Nicky sedang menunggu dia diatas tangga depan pintu jet peribadi milik bapanya. Tangannya dilambai. "Nicky!" Cepat-cepat dia turun dari kereta sebaik memarkirkan kereta di dalam hangar. Kakinya melangkah laju memanjat tangga memeluk tubuh bodyguardnya. "Cik Qaisara, apa khabar?"

"Saya sihat, Alhamdulillah. Kenapa awak tak datang sekali dengan Mak dan Bapa saya?"

"Maaf, Cik Qaisara. Saya masih ada tugas di Snowster ketika itu. Jadi, sebab itu saya tidak dapat menghadiri majlis sahabat Cik Qaisara."

"Tak apa. Apa-apa pun, pastikan awak hadiri majlis saya dan Megat. Janji?"

"Janji. Jangan risau, Cik Qaisara. Mari, Cik Qaisara."

"Ya. Mari kita gerak sekarang. Nanti lambat pula sampai ke sana."

Kali kedua dia masuk ke dalam ruangan jet peribadi milik bapanya. Dia melabuhkan punggung di satu kerusi yang empuk dan selesa. Manakala, Nicky mengambil kerusi yang berhadapan dengan dia. "Macam mana dengan jadual Megat?"

"Pasal jadual Tuan Megat, saya minta maaf sebab tak dapat banyak. Malah, Cik Qaisara juga minta saya rahsiakan hal ini daripada siapa-siapa. Kalau tidak, boleh saya bersepakat dengan Hisyam."

"Jangan Hisyam. Kalau dia tahu, habislah saya. Dia itu orang kuat Megat. Automatik Megat akan terus saya patah balik jam-jam itu juga kalau tahu saya nak ke sana."

"Kenapa Cik Qaisara tidak lakukan kejutan hari jadi Tuan Megat pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini sahaja?"

"Ini kali pertama saya nak sambut hari jadi Megat. Jadi, saya nak buat kejutan istimewa. Khas untuk dia. Hanya saya dan dia sahaja. Kalau boleh, selepas kejutan itu, saya nak ajak dia pulang ke Malaysia. Bantu saya apa-apa yang patut, sebelum hari majlis kami."

"Macam mana kalau urusan Tuan Megat masih tidak selesai lagi?"

"Saya akan tunggu." Kata Hasya dengan senyuman manis yang paling lebar terukir dibibir. Dia tidak dapat sembunyikan rasa keterujaan yang tersemat dalam diri dia sejak bangun dari pagi tadi. "By the way, ini kad bilik hotel Cik Qaisara. Mungkin Cik Qaisara perlukan jika Cik Qaisara hendak bermalam disana."

"Terima kasih, Nicky. Awak memang selalu sediakan payung sebelum hujan. Bagaimana dengan awak?"

"Saya? Semestinya akan ikut sahaja kemana Cik Qaisara pergi. Demi keselamatan Cik Qaisara sendiri. Lagipun, ini kali pertama Cik Qaisara ke sana, bukan?"

"Kali kedua. Tapi, kali pertama itu saya tidak dapat pergi ke mana-mana. Hanya di dalam bilik hotel Megat sementara dia menguruskan urusan di pejabat."

"Cik Qaisara jangan risau sebab saya tempah bilik hotel Cik Qaisara di MCORP Hotel."

"Ya, saya tahu. Sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih kepada awak kerana sudi menolong saya. Maafkan saya sebab dah melibatkan dalam hal ini. Apa-apa nanti, kunci mulut. Biar saya bertanggungjawab atas segalanya."

"Cik Qaisara, tugas saya untuk..."

"Ya, Nicky. Saya tahu awak punya tugas perlu berkhidmat kepada saya. Tapi, kali ini biar saya bertanggungjawab atas segalanya kalau ada apa-apa berlaku. Boleh?" Berat hati Nicky nak mengangguk kepala. Tetapi, sepertinya kalau dia menidakkan sekalipun, pastinya Hasha akan berbuat apa yang dikatakan gadis itu tadi. "Good. Saya nak berehat sekejap. Awak pun, berehat juga, Nicky."

"Baik, Cik Qaisara." Nicky hanya melihat sahaja tingkah anak perempuan Duke Venze itu menutup mata dan mencucuk earphone di telinga. Mungkin mendengar lagu.

---------------------------

Sebaik mendarat di Jepun, Hasha masuk ke dalam kereta bersama Nicky. Nicky memandu kereta menuju ke MCORP Hotel yang ada cawangannya di negara Jepun. Malah, bodyguardnya sendiri beritahu yang Megat mempunyai perbincangan dengan rakan-rakan klien dari pukul 7 petang hingga ke lewat malam. Patutlah hari ini telefonnya juga senyap. Selepas kes semalam dimana dia sentap dengan suara garau itu sedikit meninggikan suara, Hasha bertindak mendiamkan diri. Sangkanya Megat akan menelefon dia semula untuk memujuk atau apa. Malangnya, tidak ada.

PAWKYWhere stories live. Discover now