"Bangun!" Hasha tergolek jatuh dalam dukungan dia. Nasib baik dia sempat menangkap tubuh gadis itu. Bahaya betul budak kecil seorang ini. Asyik-asyik nak jatuh katil sahaja.
"Daddy!" Marah Hasha apabila dikejut sebegitu rupa. Kus semangat dia. Nasib baik tidak gugur jantung. Sekejap. "Macam mana Daddy masuk bilik saya?"
"Wah, kau. Baru satu malam bermalam di rumah aku, dah berangan macam tuan rumah. Sejak bila pula bilik ini jadi bilik kau? Dah, bangun. Mandi."
"Eh, Daddy yang cakap semalam. Tidur di dalam bilik kau. Aku dah sediakan bilik engkau. Jangan gatal-gatal nak menyelinap masuk bilik aku." Hasha mengaduh sakit apabila Megat mencubit pipi dia. "Aduh, sakitlah."
"Suka ya kau tiru aku?" Geram betul Megat tengok Hasha meniru dia dengan cara percakapan dan memek muka sekali. "Mandi, kambing."
"Kambing?"
"Ya, kambing. Kenapa?"
"Kambing ni tanduk Daddy, baru Daddy tahu."
"Kau ugut aku pagi-pagi ini, Hasha Irdina Qaisara?"
"Erk. Gerak dulu." Hasha melompat dari dukungan lelaki itu. Lalu, mencapai tuala dan terus berlari masuk ke dalam bilik mandi ingin membersihkan diri.
"Mandi cepat. Aku tunggu kau."
"Tunggu bawah."
"Tak nak. Aku tunggu kau disini." Kata Megat tapi tidak kedengaran Hasha kerana sudah diselangi dengan bunyi pancuran air.
Megat diluar duduk diatas birai katil milik gadis itu. Dia yang baru ingin mengeluarkan telefon terhenti langkahnya apabila mendengar suara Hasha sedang menyanyi dalam bilik mandi. "Not bad." Pujinya. Tidak sedar terlalu asyik mendengar nyanyian gadis itu.
Tidak sampai 10 minit, Hasha keluar dari bilik mandi hanya berkemban dengan tuala. Mulutnya masih menyanyikan lagu Queen yang dinyanyi oleh Loren Gray. Lagu kesukaannya. Tuala kecil lagi satu diguna untuk keringkan rambut ikalnya. Saat dia mendongakkan kepala, matanya bersabung dengan mata Megat. "Daddy?"
"Daddy!" Hasha baru sedar. Kembali lari masuk ke dalam bilik mandi. Tapi, mungkin sebabkan lantai bilik mandi yang licin, tubuh Hasha tidak stabil tergelincir.
Megat berlari pantas mendapatkan tubuh itu. Rasa nak gugur jantungnya melihat Hasha yang nyaris sahaja jatuh. "Jangan sentuh saya." Hasha tolak tubuh itu tidak rapat dengan dia. Tapi, tubuh sasa Megat memang macam batu kerikil lansung tidak terusik.
Megat membantu gadis itu berdiri semula. Dia mengambil tuala lebih di ampaian kecil dan meletakkan atas bahu Hasha. Menutup bahagian atas gadis itu. Menutup mata menahan pandangannya yang nakal, dia mengambil tuala kecil gadis itu dan mengeringkan rambut Hasha. "Saya boleh buat sendiri."
"Jangan bergerak, Hasha Irdina Qaisara. Jangan risau. Aku dah tutup mata. Kalau kau nak selamat, berdiri sahaja. Faham?"
Diam. Hasha tidak membalas soalannya. "Faham ke tidak, Hasha Irdina Qaisara?"
"Faham."
"Good girl."
"Daddy."
"Apa?" Tangan sasa itu masih menggosok rambutnya menggunakan tuala kecil.
"Daddy tidak nampak apa-apa kan?"
"Kau nak jawapan jujur ke tidak?"
"Jawapan mana yang lebih selamat dan sedap didengar?"
"Tak. Aku tidak nampak. Sekilas pandang sahaja. Rezeki."
Pap! Hasha menepuk bahu lelaki itu. Darar lelaki suka ambil kesempatan dalam kesempitan. "Wah, kau dah berani ya tangan-tangankan aku, Hasha Irdina Qaisara?"

ANDA SEDANG MEMBACA
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...