Hasha duduk bersila di depan tingkap bilik dia. Langit yang sedang mendung dipandangnya menarik. "Kau pun nak menangis ke awan?" Soalnya kepada awan yang mungkin tidak akan menjawab soalan dia itu. Hatinya rasa sayu. Tubir matanya yang terasa panas akhirnya mengalir jua. Kakinya dipeluk dan kepalanya menunduk. Bahunya terhincut-hincut kerana menangis teresak-esak. Telefon bimbitnya yang bernyanyi dari tadi dibiarkan. Tidak ingin menjawab atau bercakap dengan sesiapa tika ini.Dia cukup menyesal apabila paginya tadi disapa dengan suara Hadha yang tidak malu meminta duit daripadanya. Walhal, dua hari lepas sudah dia masukkan RM700 ke dalam akaun adiknya itu. Apakah tidak cukup RM700 itu dibuat belanja untuk sebulan? Susah sangat ke untuk berjimat? Bila disuruh kerja, tidak mahu. Lepas itu, tayang muka tidak malu meminta duit daripadanya yang bukannya dalam jumlah sedikit.
Sebaik dia menolak permintaan Hadha tadi, beberapa minit kemudian telefonnya bernyanyi dengan panggilan daripada maknya yang berada di kampung. Orang tua itu berkata lembut meminta tolong daripada dia untuk masukkan duit belanja kepada Hadha kerana Mak hanya punya sedikit wang sahaja. Wang untung biasa masuk sudah digunakan untuk bayar kos menambah stok kedai runcit.
"Mak, Hadha nak guna duit untuk apa?" Kalau boleh Hasha tidak mahulah Mak dia tahu pasal RM700 tempoh hari.
"Katanya ada program dengan rakan kelas. Jadi, dia perlu membayar duit yuran sebanyak RM300. Kalau kamu tidak asa banyak, hulurkan separuh dulu. Boleh adik kamu bayar duit pendahuluan, sementara dua hari ini Mak carikan baki RM150 tu. Boleh, Hasha?"
"Program apa, Mak?"
"Maaflah Hasha kalau Mak dah menyusahkan kamu."
"Mak, janganlah cakap macam itu. Hasha akan masukkan duit dalam akaun Hadha nanti. RM300 ya, Mak?"
"Masuklah lebih sedikit. Biar dia boleh buat belanja. Nanti Mak ganti balik."
"Tak perlulah sampai ganti balik. Mak, sihat?"
"Duit kamu, kenalah Mak ganti balik. Sihat orang tualah, Hasha. Tapi, jangan risau. Mak baik-baik sahaja. Masih kuat nak uruskan kedai runcit. Lagipun, kalau tak buka satu hari kedai runcit mak, budak-budak dekat kampung ni ketuk-ketuk pintu cari aiskrim batang 30 sen tu."
"Hahahaha. Ni mesti geng Semat kan?"
"Ya. Siapa lagi?"
"Balik nanti tahulah Hasha cari Semat tu. Suka betul dia datang kedai runcit Mak."
"Ada juga teman Mak disini. Dia pun kadang-kadang bila tak ada buat apa, tolong Mak di kedai ni. Mak bagilah juga upah RM5 sehari."
"Patutlah. Ada fulus. Memang lajulah kaki dia menyinggah kedai Mak hari-hari. Tolong ada makna tu, Mak."
"Terima kasih, Hasha. Nanti suruhlah Hadha rajin-rajin telefon Mak. Asyik Mak sahaja yang telefon dia. Bila telefon, dia kata sibuk. Jadi, mak tidak tahu bila masa sesuai boleh telefon adik kamu itu."
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...