*Maybe kalau play video lagi feel kot. Suggestion dari Aisy je. Kalau tak nak pun, tak apa. 😘
"Ya, sekejap." Hasha membetulkan tiara bunga yang ada diatas kepalanya itu. Dia memusingkan tubuhnya di depan cermin besar itu. "You look so pretty, my Lady."
"Thanks, Nicky. Can you open the door for me, while I wearing my shoes?" Kata Hasha kepada Nicky sebelum melabuhkan punggungnya dibirai katil. Sedang sibuk dia cuba menyarungkan kasut tumit tinggi pada kakinya, datang seorang lelaki melutut di depan dia dan mengambil kasut tumit tinggi itu dari tangannya. "Megat?" Terkejut dia apabila melihat sepasang mata yang dirinduinya itu ada di dalam ruangan biliknya.
"Aku terasa macam watak seorang putera kacak yang sedang menyarungkan kasut kaca buat Cinderellanya. And, Hasha... if I am a prince charming, you are my Cinderella." Terkejut dia apabila sebelum kakinya disarungkan kasut tumit tinggi, Megat mencium kakinya. Terasa berpijar mukanya dengan tingkah jejaka itu.
"What are you doing here, Megat?"
"Aku disini nak jemput pasangan aku untuk majlis malam ini."
"Pasangan?"
"Ya, Hasha Irdina Qaisara. Before kita turun ke ballroom hall, aku ada sesuatu nak cakapkan kepada kau."
"Rasanya tidak ada apa yang perlu dicakapkan lagi." Hasha bangun dari birai katil. Tapi, tubuhnya jatuh terbaring diatas katil empuknya apabila Megat menindih tubuh dia. Pandangan mereka bersatu dan entah kenapa walaupun dia ingin melarikan pandangan mereka agar tidak bertemu, matanya masih melekat pada mata milik jejaka itu.
"Lady Qaisara." Nicky cuba mendekati Hasha tetapi melihat pandangan tajam Megat, kakinya mengundur kebelakang. Pandangan jejaka itu bukan biasa-biasa. "Leave us alone, Nicky."
"Jangan, Nicky."
"Nicky, now."
"I'm sorry, my Lady." Nicky tidak berani untuk mematahkan arahan lelaki itu. Dia takut kalau dia bertindak berani, Megat seperti sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan dia meninggalkan pasangan untuk bersendirian. "Saya akan tunggu Cik Qaisara di luar. Maafkan saya, Cik Qaisara." Cepat sahaja pengawal peribadi Hasha itu meninggalkan Megat dan Hasha di dalam bilik itu.
"Megat, bangun!"
"No."
"Megat, saya cakap bangun, bangunlah! Apa yang susah sangat?!"
"I miss you, cutie pie." Hasha memalingkan muka apabila Megat cuba menyentuh pipi dia. "Jangan sentuh saya."
"Don't you miss me, Hasha?"
"Bangun, Megat. Saya nak kena pergi ballroom hall sekarang."
"You'll go with me, Hasha."
"Saya malas nak bercakap dengan awak, Megat. Saya minta baik-baik. Tolong bangun." Hasha masih cuba menolak tubuh itu dari menindih tubuhnya. Apalah sangat dengan keringat dia yang kecil dari tubuh sasa jejaka itu. "Megat Arshad Xylan!"
"Jangan menjerit, Hasha Irdina Qaisara."
"Awak ingat bila awak panggil nama penuh saya macam itu, saya akan akur kepada awak macam sebelum ini? Tidak, Megat. Tidak lagi. Hasha Irdina Qaisara yang awak kenal sebelum ini dah mati. Matinya saya, apabila awak cakap sendiri kita tidak apa-apa, hanya kontrak sugar daddy itu sahaja mengikat awak dan saya."
"Look, I'm sorry. Aku tahu apa yang aku cakap itu melukakan hati kau. Tapi, kau dah buat aku risau dengan kehilangan kau yang tiba-tiba, Hasha."
"Megat, siapa yang hilang dulu? Jawab." Megat terkedu dengan soalan yang dilemparkan Hasha. "Siapa yang tidak jawab panggilan saya? Siapa yang tidak balas mesej saya? Siapa yang janji dengan saya untuk hubungi saya semula? Siapa, Megat? Siapa?!" Air mata gadis itu mengalir diseka jarinya. Kali ini, dia membuat gadis kesayangannya itu menangis lagi dan Hasha betul-betul terluka dengan tindakan dia.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...