"Arin, tolong aku sekejap."
"Aku tahulah hospital ini, kau punya bangunan. Tapi, perlu ke kau libatkan aku sekali dalam rancangan jahat kau ni?"
"Tolonglah. Tolong abang sendiri tidak boleh ke?" Arin pandang abang sulung dia. Pantang betul bila guna ayat yang satu itu kerana Arin sangat hormati abangnya. Tanpa, abang dia pasti hari ini dia tidak berada di dalam hospital itu sebagai doktor. "Fine. Tapi, kau jahat sangat kenapa? Dia menangis teruk tadi tau masa kau dekat dalam bilik pembedahan.".
"Apa salahnya kacau dia sedikit."
"Sejak bila kau macam ini? Tidak pernag-pernah tau kau berperangai macam ini. Selalu serius sahaja. Tapi, ini... kalau Bonda tahu kau menyakat anak dara orang. Masaklah kau."
"Perlu ke libatkan Bonda? Aku bukannya suruh palsukan kematian aku ke apa? Cuma beritahu dia yang kononnya kaki kanan aku ni kena potong."
"Aku potong betul. Baru tahu."
"Kalau kau nak sangat uruskan MCORP potonglah kaki aku. Bila-bila masa sahaja aku boleh rehat."
"Tak nak aku."
"Tak nak, buat sahaja apa yang aku minta. By the way, nama dia Hasha Irdina Qaisara."
"Binti?"
"Abdullah."
"Dia siapa, Abang Megat?"
"Nama bapa dia Abdullah. Mualaf. Kacukan. Cuba jangan serkap jarang sangat. Kalau dia status itu sekalipun, apa salahnya. Yang buat perkara itu, orang tua dia. Bukan dia. Dia tidak bersalah."
"Aku tak cakap dia macam itu."
"Tapi, aku tahu dari kau bercakap Megat Arin Xylan."
"Maafkan aku. Aku tersalah cakap." Kesal Arin dengan dirinya yang cepat menilai seseorang itu. Itu sebab dia hormat Abang Megat kerana lelaki itu tidak menghukum orang dari luar. Kenalpasti dulu perkara sebenar baru hukum.
"Panggil dia masuk."
"Sekejap."
"Cik Hasha, sila masuk."
"Saya, Doktor?" Hasha menunjuk dirinya.
"Ya, awak. Awak dan Encik Megat ini berstatus apa?"
"Isteri." Jawapan Megat sebelum Hasha.
"Isteri?" Kini, bukan sahaja Hasha melihat Megat tetapi juga Arin. "Salah ke apa aku cakap?"
"Tak, Daddy."
"Daddy?" Megat buat mata supaya Arin tidak menyoalkan perkara itu.
"Maafkan saya. Sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan Puan Hasha berkaitan suami Puan."
"Kenapa, Doktor?"
"Kaki kanan suami Puan kena potong."
Hasha yang mendengar kata Doktor itu terus jatuh terduduk diatas lantai. Air matanya yang kering tadi kembali mengalir. Bahunya terhincut-hincut menahan esakan.
Arin pandang Megat. Megat turun dari katil hospital. Dia memeluk tubuh kecil itu. "Shush. Jangan menangis."
"Kaki Daddy kena potong."
"Doktor pulangkanlah kaki Daddy semula. Tolonglah Doktor. Sambunglah, jahitlah semula. Buat apa yang patut. Saya merayu sangat-sangat Doktor." Arin yang mendengar terus tersenyum. Dia dapat lihat gadis itu menyayangi abang sulungnya. Malah, melihat tingkah Abang Megatnya, dia tahu lelaki itu juga merasakan yang sama buat Hasha.
"Saya minta diri dulu." Kata Arin meminta diri. Memberikan ruang kepada pasangan itu. Nampaknya tidak lama lagi, Bonda dia akan dapat menantu sulung serta anak perempuan pertama dalam keluarga mereka.
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...