[SEPULUH]

13.5K 469 22
                                    

Hasha memandang kearah Rina yang sedang berdiri di luar pintunya. Kemudian, dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Orang yang dicarinya tidak pula kelihatan. Matanya kembali fokus kepada setiusaha Megat. "Cik Hasha cari siapa?"

"Mana Boss Kak Rina?"

"Oh. Tuan Megat, masih berada di Jepun. Dia bagi Kak Rina kunci rumag sewa Hasha. Maaflah sebab Kak Rina main masuk sahaja."

Hasha tidak tahu nak balas apa hanya tersenyum sahaja. Dia mendongak melihat jam diatas dinding. "Kak Rina buat apa depan rumah Hasha? Ada apa-apa masalah ke?"

"Ya. Kak Rina nak minta tolong Hasha."

"Pukul 1 pagi macam ini? Tolong apa? Kak Rina tak berpakat yang bukan-bukan kan dengan Boss Kak Rina?"

Rina masih menayangkan muka serius lansung tidak terusik. Walaupun, dia terkejut juga kerana Hasha sudah memandang dia. Hasha tidak boleh tahu yang dia itu bakal dibawa terbang ke Jepun. "Tak. Mari, Hasha."

"Dah lewat dah ni, Kak Rina. Esok sahajalah kita keluar ya?"

"Hasha tak percaya Kak Rina?"

"Bukan tak percaya. Tapi, ambil langkah berjaga-jaga. Walaupun, Hasha baru kenal Daddy. I mean, Boss Kak Rina tu tidak sampai seminggu lagi. Tapi, perangai dia memang tidak boleh dijangka. Hasha rasa Kak Rina lebih kenal siapa Boss Kak Rina itu."

"Hasha panggil Tuan Megat apa tadi?" Rina rasa ingin tahu. Bukan telinganya tidak dengar apa yang baru terlafaz dari bibir gadis itu. Tapi, dia ingin mendapat kepastian.

"Hasha panggil dia Boss. Kenapa, Kak Rina?"

"Rasanya telinga Kak Rina dengar huruf D. Daddy? Seriuslah, Hasha?"

"Kak Rina, stop it." Hasha rasa mukanya merah. Kenapa dia rasa pelik pula bila orang tahu yang dia gelarkan Megat sebagai Daddy? Dia menekup mukanya dengan tangan apabila setiusaha lelaki itu melepaskan tawa. "Kak Rina, cukuplah. Janganlah gelak kuat sangat. Nanti jiran tanya pula."

"Comel betul Hasha ni. Patutlah Tuan Megat berkenan. Hasha packing-packing ya."

"Packing? Packing untuk apa?"

"Kita ke Jepun."

"Huh? Jepun?! For what?"

"Tuan Megat arahkan Hasha ke sana segera. Kalau dalam masa 24 jam Hasha tidak sampai ke sana, Kak Rina akan dipecat." Rina cuba menipu Hasha. Tipu sunat.

"Pecat? Tak akanlah Daddy nak buat keputusan macam tu sekali? Hasha ni baru sahaja dia kenal. Kak Rina mesti dah lama kerja dengan dia. Tak akan Daddy nak pecat Kak Rina macam itu sahaja?"

"Sekejap, Kak Rina. Hasha packing." Hasha berlari memanjat tangga menuju ke biliknya. Rina menekup mulut cuba tahan tawa. "Naif juga Hasha ni rupanya. Ingatkan tadi dia tidak percaya. Tak sangka pula menjadi plan B aku."

"Dah siap. Jom, Kak Rina. Nanti kalau kita lambat, Kak Rina kena pecat. Lagi cepat Hasha jumpa Daddy, lagi cepat benda ni selesai. Tahulah Hasha nak ajar Daddy macam mana bila jumpa dia nanti."

Rina pandang Hasha atas bawah. Gadis itu masih lagi dalam pakaian tidur sepasang. Comel sahaja baju tidur corak itik kuning tersarung di tubuh Hasha. "Hasha nak pergi macam ni je ke?"

"Allahu. Sekejap ya, Kak. Sorry." Hasha meletakkan beg galasnya di tepi pintu. Lalu, memanjat senula naik keatas untuk menukar baju. "Eh, Hasha. Sekejap. Hasha bawa ini sahaja ke?"

"Cukuplah Kak. Bukannya Hasha kena berkampung dekat negara Jepun tu kan? Hasha naik sekejap tau. Sekejap sahaja. Nak tukar baju."
Rina memberikan beg galas Hasha kepada Indra.

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang