"Duchess, do you want anything?" Soal pramugari yang bertugas di dalam jet peribadi milik bapa Hasha dan Hadha itu kepada Puan Zarina. Puan Zarina menggeleng tanda tidak mahu. Tangannya dipegang Hasha dan Hadha. Kedua-dua puterinya melihat kearah dia dengan senyuman. "Kenapa anak-anak Mak, pandang Mak macam itu?"
"Mak okay tidak? Kalau Mak belum bersedia, kita boleh pulang semula ke Malaysia."
"Mak okay. Cuma Mak sudah lama tidak ke sana.Kali terakhir disana, kamu masih kecil dan Hadha masih dalam perut Mak." Tangan kedua-dua puterinya diusap lembut. Siapa sangka kedua-dua anaknya memilik hati yang baik seperti suami dia. Malangnya, keluarga mereka terpaksa berpisah kerana ibu mertuanya yang tidak suka akan diri dia. Tapi, untuk mengatakan dia menyesal bertemu dan berkahwin dengan Venze, lansung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kalau dia tidak menemui Venze, dia tidak akan diberikan rezeki dua orang puteri iaitu Hasha dan Hadha.
"Bapa perlukan Mak. Jadi, Hasha dan Hadha akan temani Mak. Mak jangan risau."
"Bagaimana dengan kuliah kamu, Hasha?" Dia risaukan tentang pembelajaran anaknya satu itu. Di Malaysia, mereka hidup seperti tidak cukup wang untuk menampung pembelajaran tapi hakikatnya, anak-anak dia merupakan keturunan beraja kerajaan Snowster, pekan kecil yang terletak di United Kingdom. Walaupun kecil, kerajaan itu tetap menjadi tunjang utama buat negara Eropah terkenal itu. "Hasha sedang cuti semester, Mak. Ada 4 bulan cuti. Hadha pun begitu."
"Ya, betul cakap Kak Hasha itu. Mak jangan risau. Bapa pasti seronok kalau tahu Mak ke Snowster sekarang ini. Sudah lama Mak dan Bapa tidak bertemu. Kali terakhir, Hadha ingat Bapa singgah di rumah kampung masa Hadha berumur darjah 2. Selepas itu, mana pernah Hadha berjumpa dengan Bapa. Hanya berhubung melalui telefon sahaja dan kadang-kadang, Kak Hasha sahaja jadi orang tengah untuk Hadha."
"Maafkan Mak..."
"Mak, jangan cakap begitu." Hasha dan Hadha berkata serentak tidak mahu Mak mereka menyalahkan diri atas apa yang sudah berlaku. Lagipun, mereka perlu bersyukur kerana masih mempunyai bapa. Orang lain diluar sana, ada yang sudah tiada ibubapa sejak kecil. Ini membuktikan yang mereka adalah insan bertuah.
"Lady Hasha, there is someone calling you. He want to talk to you."
"Who is it, Nicky?"
"I don't know. She just ask me to give the phone to you."
"Mak, Hadha. Hasha jawab panggilan itu sekejap ya." Kata Hasha lantas bangun mengambil telefon bimbitnya yang ada pada Nicky lalu dilekap pada telinga.
"Hello."
"Kau kenal Megat?"
"Ya, saya. Cik ni siapa ya?"
"Aku kekasih Megat dan aku nak minta engkau jangan berani-berani lagi ganggu atau kacau dia. Faham?!"
"Cik dah salah faham. Saya dan..."
"Jangan beralasan lagi. Kalau kau bukan siapa-siapa kenapa di dalam telefon dia simpan nombor kau atas nama Baby? Kau ingat aku bodoh? Ingat pesan aku."
"Cik, saya minta maaf ya. Cik baru sahaja bergelar kekasih Megat bukan isteri dia. Jadi, Cik tiada hak lansung nak menghalang saya untuk tidak menghubungi dia. Lagipun, selama saya mengenali Megat, tidak pernah pula dia beritahu yang dia sedang ada kekasih. Cik fahamkan apa maksud saya?"
"Kau memang kurang ajarkan, perempuan?!"
"Saya akan bersikap kurang ajar kalau orang yang biadap macam Cik bercakap kasar dengan saya. Kalau betul Cik ini kekasih Megat, Cik jangan risau. Saya bukan perampas hakmilik orang. Tapi, kalau Cik bukan kekasih Megat. Saya rasa saya patut bagi amaran dekat Cik supaya jangan nak berangan tinggi sangat dan..." Hasha melihat skrin. Dia sudah agak itu ialah nombor Megat sendiri. "Jangan langgar hak privasi orang dengan suka hati membuka atau memegang telefon Megat. Jelas, Cik?" Sambung Hasha.
YOU ARE READING
PAWKY
Любовные романыBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...