[TIGA PULUH ENAM]

11.4K 386 12
                                    

Hasha tersedar dari lena. Terkejut dia apabila melihat wajah jejaka itu sedang senyum rapat dengan muka dia. "Morning, baby girl." Ucap Megat kepadanya. Dia menekup muka. Malu. Tangan kanan jejaka itu menarik tangannya dari menekup muka. "What's wrong baby girl? Am I not handsome for you?"

"No. It just... nothing. Morning too, Daddy."

"I wish we can be like this every morning. Bangun pagi aku akan sentiasa disapa dengan wajah gadis kesayangan aku."

"Erk, sorry." Hasha bangun kerana baru sedar dia tidur berbantalkan lengan sasa jejaka itu. "It's okay, baby girl." Kepalanya ditolak perlahan semula baring diatas lengan Megat. Dia ingin bangun tapi wajah Megat berada di depan dia. Tangan sasa itu mengusap lembut pipi dia. "How I wish I can taste this lip, baby girl." Jari lelaki itu berpindah mengusap bibirnya. Jantungnya berdebar laju hanya Allah sahaja yang tahu. "Hasha nak pergi bilik mandi."

"Awal lagi. Just stay in bed with me, baby girl." Terkedu dia apabila bibir Megat mendarat diatas dahi dia. "But, Daddy..."

"Stay, please. Five minutes."

"Okay." Terkejut dia apabila Megat selamba menekap muka diatas perutnya. "Daddy."

"Aku nak baring sekejap sahaja. Lima minit. Tidak buat apa-apa pun." Hasha diam. Dia bukan rasa tidak selesa tapi dia cuma rasa pelik kerana mereka berdua tidak ada hubungan apa-apa yang halal sehingga membenarkan mereka tidur diatas katil yang sama. Walaupun, mereka tidak berbuat apa pun.

"Megat Arshad Xylan." Terus tegak duduk tubuh Megat apabila mendengar suara bondanya diluar pintu bilik gadis kesayangannya. "Don't tell her." 

"Huh?"

"Open the door and tell her, I'm not here."

"But, you're here?"

"Hasha Irdina Qaisara. Don't ask more. Later, I'll explain. Cepat buka pintu tu, sebelum Bonda terjah masuk." Hasha mengikut sahaja kata Megat, turun dari birai katil menapak kearah pintu. Dia rasa nak tergelak melihat Megat yang kelam kabut cuba mencari port baik untuk menyembunyikan diri. Tapi, kenapa jejaka itu ingin menyembunyikan diri?

"Hasha sayang." Bonda menyapa dia mesra. "Bonda, selamat pagi."

"Hasha ada nampak anak bertuah bonda tak? Tadi Bonda pergi ke bilik tamu dia, dia tiada."

"Bilik tamu?"

"Semalam kamu dah tidur. Bonda naik atas kejutkan Megat untuk masuk ke dalam bilik tamu tidur sana. Tidak manis pula kalau dia dalam satu bilik dengan kamu. Kalau kamu berdua dah berkahwin, tidak apa jugalah. Ini baru status bertunang."

"Bertunang?"

"Ini mesti Megat tidak jelaskan apa-apa kepada kamu, bukan? Ya, kamu dah jadi tunangan Megat. Bukan Bonda tidak mahu kahwinkan kamu berdua tapi Bonda tunggu suami Bonda, Abah Megat selesaikan urusan dia dulu. In sya Allah, kalau tiada aral melintang selepas selesai majlis kawan kamu dan kawan Megat, majlis kamu berdua pula akan menyusul." Bonda mengusap kepalanya lembut melayaninya tidak ubah seperti anak sendiri. Walaupun, pengenalan mereka tidak sampai lagi tempoh 24 jam. "Kamu ada nampak Megat?" Hasha jadi tidak tahu sama ada ingin menipu bakal ibu mertuanya ke tidak. Tapi, sebagai anak yang baik, dia mengangguk kepala. Jarinya menunding kearah langsir balkoni. "Dasar anak bertuah."

Megat semakin berdebar apabila dia dengar ada derapan kaki melangkah kearahnya. Langsir diselak oleh seseorang dan alangkah terkejutnya dia melihat Bonda dia berdiri mencekak pinggang di hadapannya. "Bonda..."

"Tak perlu nak Bonda sangat. Kamu ini memang sengaja nak jatuhkan air muka Bonda kan? Ada ke patut buat perangai tidak cukup siap, menyelinap masuk bilik anak dara orang."

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang