[DUA PULUH LIMA]

10.1K 431 15
                                    

Sebulan sudah berlalu dan Hasha masih lagi tidak dapat menghubungi Megat. Malah, yang peliknya juga Indra seakan-akan lesap hilang bersama tuannya. Hasha malas mahu menyusahkan orang, tidak mencari juga. Lagipun, dia sekarang ada masalah yang perlu dia fikirkan dahulu. "Nicky, let's go."

"Yes, my Lady." Nicky menekan loceng rumah besar yang dinamakan sebagai Teratak Keluarga Bahagia itu. "Do you want me to take umbrella for you, my Lady?"

"It's okay, Nicky. I just want to meet Hadha, right now." Dia sudah menelefon adiknya tetapi tidak berjawab-jawab. Dia jadi risau. Pagi tadi, dia ke kampus universiti Hadha dan dia menemui lelaki bernama Joey yang mengaku sebagai kekasih adiknya. Hasha kagum juga melihat budi bahasa lelaki itu yang agak lembut dan tenang, sangat berbeza dengan adiknya. Tapi, tidak mahu berbicara lebih, dia menyoalkan keberadaan Hadha. Nasib baik Joey memberitahu dimana keberadaan Hadha dan akhirnya dia terpacak di depan rumah besar ini.

Keluar seorang gadis remaja berbadan dua mendekati pagar. "Assalammualaikum, boleh saya tahu. Hadha Irwana Qaisdha, ada?"

"Ada. Dia di dalam pejabat. Cik ni siapa ya?"

"Saya Hasha, kakak kepada Hadha."

"Hasha? Kakak kepada Kak Hadha?" Soal Yana ingin mendapat kepastian. 

Hasha mengangguk mengiyakan. Terkejut dia apabila tubuhnya dipeluk gadis itu tiba-tiba. "Miss, sila lepaskan tubuh Cik Qaisara." Hasha mengangkat tahan menahan langkah Nicky yang ingin menarik tubuh gadis remaja itu agar menjarakkan kedudukan mereka. "It's okay, Nicky.'

"Maaf, Kak Hasha. Yana cuma excited sebab akhirnya dapat juga bertemu dengan orang yang dah banyak menabur jasa dan budi ke teratak ini."

"Saya tidak faham." Jujur Hasha yang memang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh gadis remaja bernama Yana itu. "Kak Hadha kata, teratak ini sudah dibeli atas nama dia dan kakak dia. Sebab, kakak dia yang paling banyak membantu dalam mendapatkan teratak ini."

"Saya masih tidak faham. Maaf."

"Tak apa. Aku akan terangkan dekat kau." Suara Hadha mencelah dari belakang. "Joey telefon aku. Dia kata kau cari aku."

"Kenapa kau tak pergi kelas hari ini, Hadha?"

"Jangan nak membebel dekat aku. Yana, kamu boleh pergi. Kak Hadha ada benda nak bincang dengan Kak Hasha."

"Baiklah. Yana buatkan air untuk tetamu kita."

"Jangan, Yana. Awak tu berbadan dua. Pergi berehat. Suruh orang lain tolong bancuhkan air."

"Baiklah. Yana masuk ke dalam dulu." Yana berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga disitu. "Mari. Aku akan terangkan dekat kau apa yang berlaku."

"Nicky, let's go."

"Yes, my Lady." Nicky menunduk patuh. Hadha memandang wanita yang berdiri disebelah kakak sulungnya. Tidak pernah pula dia melihat gerangan wanita itu. "Aku akan kenalkan siapa dia dekat engkau. Tapi, kau kena jelaskan kepada aku dahulu tentang teratak ini, Hadha."

"Nampaknya, sudah tiba masanya kau tahu perkara sebenar." Hasha mengikut langkah adiknya masuk ke dalam ruang teratak.

"Silakan duduk. Buat sahaja macam rumah sendiri kerana teratak ini milik engkau juga."

"Apa maksud engkau dengan teratak ini milik aku juga? Budak perempuan tadi pun ada kata yang sama. Aku tidak faham."

"Kau mesti sangkakan duit yang selama ini aku minta, aku belanjakan kepada perkara dan benda yang bukan-bukan. Ya, itu memang aku ada katakan. Tapi, sebenarnya tidak. Aku guna duit engkau untuk dapatkan teratak ini. Selamatkan Yana dan budak-budak yatim lain yang ada di dalam teratak ini."

PAWKYWhere stories live. Discover now