Eddy menggeleng kepala melihat sahabatnya itu seperti di dalam dunia sendiri. Tadi, selepas mereka habis kelas bersama pensyarah, Hasha mengajak dia ke perpustakaan untuk mencari sesuatu. Tetapi, sebaik mereka melabuhkan punggung di kerusi, gadis itu bagai di dalam dunia sendiri. "Megat!"
"Mana?!"
"Shush..." Mahasiswa yang ada di dalam ruang perpustakaan itu menjeling kearah Eddy dan Hasha yang membuat bising. Hasha menunduk dan memohon maaf kepada pengunjung-pengunjung perpustakaan disitu. "Eddy, kau ni kenapa?" Tanyanya perlahan kepada teman serumahnya itu.
"Kau tanya aku pula kenapa. Kau yang patut tanya diri sendiri, kau kenapa? Rindukan sugar daddy kau ke?"
"Mana ada." Hasha mengalihkan pandangan. Tidak mahu Eddy meneka lebih hatinya. Nanti banyak lagi yang terungkai. "Tadi, aku sebut nama Megat sahaja. Laju sahaja kau bangun dengan mata meliar mencari-cari."
"Aku risau, Eddy. Lepas dia ke Jepun hari itu, sampai hari ini dia tidak hubungi aku."
"Mungkin kerja dia terlalu banyak. Jadi, dia tidak ada masa untuk hubungi kau. Nanti, bila dia dah ada masa terluang sedikit. Dia akan hubungi kau."
Hasha melihat skrin telefon bimbitnya. Dari awal lagi, dia tidak sedap hati dengan kepemergian lelaki itu ke luar negara. Walaupun, atas urusan kerja sekalipun, dia masih rasa risau. Kenapa hatinya terlalu risau? "Dia tidak tipu aku kan, Eddy?"
"Hasha, janganlah dengar sangat bisikan-bisikan jahat dalam kepala engkau itu. Lagipun, bila kita fikir macam-macam memang hati ni senang berbolak-balik. Sudah. Moga baik-baik sahaja keadaan Megat disana." Eddy mengusap bahunya cuba menenangkan rasa hatinya. "Sekejap. Kau tunggu dalam kereta. Aku nak call Megat sekejap."
"Tapi, Hasha..."
"Sekejap sahaja. Kalau dia tidak angkat, aku tak akan kacau."
"Aku tunggu kau dalam kereta." Eddy mengalah menggalas beg galasnya berlalu pergi dari situ. Memberi ruang kepada Hasha untuk bersendirian seketika.
Hasha mendail nombor Megat. Dia berharap sangat lelaki itu akan mengangkat panggilannya. "Please, Daddy. Angkat call Hasha." Rayunya perlahan. Mengharapkan lelaki di Jepun itu dapat dengari rintihan rindunya.
Senyumannya terukir bila pihak sana menjawab. Tapi, cuma seketika kerana suara itu merupakan suara mesin mengatakan panggilannya tidak diangkat. "Jangan menangis, Hasha. Please, jangan menangis." Hasha mendongakkan kepalanya keatas menahan dari tubir matanya yang panas itu mengalirkan mutiara jernih. Kesan apakah ini yang sudah Megat Arshad Xylan lakukan kepada dia? Buatkan hatinya penasaran begitu.
Dia bangun mengemaskan buku-buku diatas meja itu masuk ke dalam beg galasnya. Kakinya melangkah keluar dari perpustakaan. Dia duduk di bangku untuk menyarungkan kasut sneakernya. Tiba-tiba, ada seseorang berdiri di depan dia. Kepalanya cuba melihat siapakah gerangan itu. "Lady Qistina."
"Nicky! What are you doing here?" Tegak tubuhnya berdiri terkejut dengan gerangan wanita itu yang sudah lama dia tidak jumpa. "There is someone calling you." Nicky menghulurkan telefonnya kepada dia. Sebab dia ingin cepat meninggalkan perpustakaan, dia tertinggal telefonnya diatas meja. Nasib baik wanita itu menjumpainya dulu. Hasha melihat skrin, terpa nama Mak yang menghubungi dia. Sangkanya, Megat menghubungi dia semula.
"Assalammualaikum, Hasha."
"Waalaikumussalam, Mak."
"Kamu ada jumpa Nicky, Hasha?"
"Ya, dia ada depan Hasha ni, Mak."
"Boleh kamu balik ke kampung sekarang, Hasha? Ada benda penting Mak nak bincangkan dengan kamu."
YOU ARE READING
PAWKY
Roman d'amourBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...