[TIGA PULUH LAPAN]

11.3K 378 8
                                    

"Eddy!" Megat nyaris tidak terjatuh apabila tubuhnya ditolak oleh gadis kesayangannya. "Hasha Irdina Qaisara." Nama penuh gadis itu disebutnya.

"Biarkanlah dia, bro. Excited jumpa kawan. Kau sihat?" Tengku menepuk bahu dia tanda mereka bersapa. "Sihat. Kenapa kau tak cakap yang kau ada di hangar?"

"Eddy yang ajak aku datang sini. Dia kata Hasha text dia kata dalam perjalanan ke Malaysia."

"Kalau macam tu, marilah ke rumah Bonda." Puan Kamilia bersuara dari belakang. Tengku bersalaman dengan wanita tua itu yang sudah dianggapnya seperti ibu sendiri. "Bonda sihat? Bonda juga ikut Megat ke Snowster?"

"Ya. Bonda teringin nak jumpa dengan bakal menantu Bonda, jadi Bonda ikut Megat sekali. Mana Edrina?"

"Itu. Ada dengan Hasha. Habis sakanlah tu dua sahabat baik tu kalau berjumpa."

"Edrina kenal Hasha?" Kamilia tidak sangka anak kepada kawan baiknya itu mengenali rapat dengan bakal menantu dia. "Ya, Bonda. Mereka kenal masa awal semester lagi. Lepas itu, mereka sama-sama duduk dibawah satu bumbung rumah sewa rumah yang sama."

"Jadinya, tunang kamulah teman serumah Hasha?"

"Ya, Bonda."

"Edrina, Hasha. Mari. Sambung bersembang di dalam kereta. Kita ke rumah Bonda."

Edrina berjalan mendekati kawan baik Mummy nya. "Dua orang tu dah dapat jumpa memang susahlah nak berenggang." Kata Tengku yang melihat bakal isterinya sudah mengheret tangan Hasha naik ke dalam kereta miliknya.

"Megat, teman Bonda. Biarkan Hasha dengan Edrina sekejap." Kamilia memegang lengan anak terunanya menahan langkah Megat. "Tapi, Bonda..."

"Destinasi sama juga. Yang kamu nak risau sangat kenapa? Mari, ikut Bonda. Tengku bawa kereta elok-elok."

"Baik, Bonda. Tengku ikut belakang kereta Bonda." Tengku pergi kearah keretanya terus masuk ke dalam perut kereta bahagian pemandu.

Megat bermasam muka tidak puas hati kerana perlu berpisah sekejap dengan tunangnya. "Bonda, bagilah Megat naik kereta Tengku juga."

"No. Masuk."

"Tapi, Bonda..."

"Masuk, Megat Arshad Xylan." Macam budak kecil pula sampai perlu dipaksa begitu. "Fine. Megat merajuk dengan Bonda dan Hasha."

"Ingat Bonda kuasa nak melayan kamu? Memang tidaklah. Indra, ke Villa Xylan."

"Baik, Puan." Indra memandu dan Hisyam duduk dibahagian penumpang depan. Manakala, dua beranak itu duduk dibahagian penumpang belakang. Kamilia yang melihat anak sulungnya memuncung mulut sambil memeluk tubuh kononnya tidak berpuas hati memang dihiraukannya. Kuasa nak melayan. Kalau bagi muka sangat, nanti adalah lain jadinya. Rasa kasihan pula dia kepada Hasha yang terpaksa terima anaknya yang mengada-ngada itu.

Di dalam kereta Tengku, Eddy dah menjerit teruja dan suka. "Eddy, kau ni perlu ke menjerit bagai?" Pap! Hasha menepuk sahabatnya kuat. Dia pun yang dengar terkejut apatah lagi Tengku yang sedang memandu itu. "Sorry, Tengku."

"Aku dah masak sangat dengan perangai Edrina. Dia kalau teruja memang macam itu."

"Abang ni, tak membantu lansung."

"What?" Tengku berpura-pura tidak bersalah fokus pada pemanduannya.

"Kiranya Bonda Megat ke sana sebab nak ikatkan tali pertunangan kau dan Megat?"

"Yes. Can't believe, right?"

"Ya, susah nak percaya. Megat Arshad Xylan nak tamatkan zaman bujang. So, not Megat."

PAWKYWhere stories live. Discover now