[EMPAT BELAS]

11.5K 441 11
                                    

"Cantiknya. Lawa-lawa ni nak ke mana?" Eddy muncul di depan pintu dia.

"Aku nak keluar sekejap. Mungkin aku balik lewat sikit."

"Kau tak buat benda bukan-bukan kan, Hasha?"

"Maksud kau?"

"Kelab malam?"

"Allahu. Minta jauh semua perkara itu. Aku tak tergamak lagi nak jual badan sebabkan terdesak nak pakai duit."

"Sorry, Hasha. Aku cuma risau sahaja. Kalau kau perlukan pertolongan aku, jangan segan beritahu. Jangan sorokkan apa-apa daripada aku."

Hasha tersenyum. Dia berdiri di depan Eddy. Kedua-dua tangan sahabatnya itu digenggam. "Terima kasih. Ya, aku ada sorok satu perkara daripada kau. Tapi, buat masa ini, aku tak ready lagi untuk jelaskan perkara sebenar kepada kau. Tapi, aku janji." Hasha mengangkat tangan seolah sedang berikrar. "Aku janji. Aku akan beritahu kau semuanya bila tiba masanya."

"Ya. Jaga diri."

Pon! Pon! "Dah sampai dah. Aku gerak dulu ya, Eddy. Bye."

"Bye." Hasha terus masuk ke dalam kereta Range Rover hitam milik Megat yang dipandu Hisyam.

Eddy melepaskan semula langsir yang diselaknya. Hatinya risaukan Hasha tapi dia tahu yang Hasha tak akan buat perkara yang bukan-bukan. Dia juga harapkan apa yang difikirnya baik-baik sahaja.

======

"Maaf, Cik Hasha. Tuan Megat dah pulang ke rumah. Jadi dia tunggu Cik Hasha dirumahnya sahaja." Kata Hisyam sebaik meninggalkan kawasan rumahnya.

Hasha memandang Hisyam. "Kenapa Daddy balik awal? Bukan dia kata ada urusan di pejabat ke dan minta saya temankan."

"Tuan Megat kata dia nak balik rumah. Lebih selesa buat kerja."

"Kalau Hasha suruh Abang Hisyam hantarkan Hasha semula mesti Abang Hisyam tak hantarkan?"

"Sorry, Cik Hasha."

"Tak apalah. Hasha faham."

Suasa kereta hanya diceriakan dengan suara penyampai radio. Hasha memandang kearah luar tingkap. Dia bosan. "Abang Hisyam, Hasha nak tanya soalan boleh tak?"

"Saya cuba jawab kalau saya tahu, Cik Hasha."

"Janganlah bercik-cik bagai. Panggil Hasha sahaja. Sebab Hasha pun dah bahasakan Abang Hisham dengan Abang Hisyam."

"Yalah, Cik Hasha."

"Tengok tu. Panggil Cik lagi. Buang Cik tu."

"Ok, Hasha. Hasha nak tanya soalan apa?" Hisyam tidak sangka yang gadis kecil ini boleh tahan peramahnya. Macam manalah Tuan Megat boleh layan celoteh Hasha?

"Hasha nak tanya... pasal Daddy."

"Kenapa dengan Tuan Megat?"

"Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu pula, Abang Hisyam ni. Maksud Hasha, tak akan Abang Hisyam tak boleh beritahu Hasha siapa Megat Arshad Xylan sebenarnya."

"Pasal kehidupan peribadi Tuan Megat, Hasha kena soal Tuan Megat sendiri. Abang Hisyam tak ada hak untuk menceritakan."

"Sedikit je, Abang Hisyam. Dia anak tunggal ke? Ada adik? Berapa orang?" Hasha dah macam makcik kepoh jaga tepi kain orang. Ingin tahu latar belakang jejaka itu.

"Kita dah sampai, Hasha."

"Terima kasih, Abang Hisyam." Hasha memandang ke hadapan. "Ini rumah Daddy? Abang Hisyam silap rumah ya?"

"Ya, rumah Tuan Megat. Tak. Tak akan dah kerja lama Abang Hisyam boleh tak ingat mana satu rumah Tuan Megat. Mari masuk. Tuan Megat dah tunggu Hasha di dalam."

PAWKYWhere stories live. Discover now