Hasha memandang suaminya. "Kita nak pergi mana Daddy?"
Megat hanya melemparkan senyuman kearahnya. "Jom." Suaminya keluar dulu dari perut kereta menghulurkan tangan kepadanya ingin membantu dia keluar. "Bonda tahu tak yang Bunga dan Tuah ikut kita ni?"
"Tahu. Daddy dah minta izin daripada Bonda untuk bawa mereka berdua sekali. Jangan risau." Kata Megat cuba menenangkan dia. "Kita nak ke mana? Daddy masih tak nak beritahu Hasha ke?"
"Surprise. Nanti baby girl sampai sana, mesti baby girl tahu. Just follow me, okay?" Megat mengucup dahinya. Dia berjalan dahulu di depan. Manakala, mengekori belakangnya sambil menjinjing dua baby seat dimana anak kembar mereka sedang tidur dalam itu. "Daddy boleh bawa? Hasha boleh tolong."
"It's okay, baby girl. Let me handle it for you. Just relax."
"MCORP macam mana kalau Daddy ada disini?"
"Daddy dah minta Tengku tolong tengok-tengokkan sementara Daddy bawa baby girl pergi bercuti."
"Kenapa bercuti tiba-tiba?"
"It just a gift from me to you, my lil baby girl. I know percutian ini tidak dapat balas jasa baby girl yang sudi lahirkan Bunga dan Tuah untuk Daddy. Tapi, I hope you can have sometime for yourself. Just enjoy it. Okay?" Hasha berpatah balik memeluk erat tubuh suaminya. Megat Arshad Xylan, lelaki ini punyai cara tersendiri dalam menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada dia. "Bunga dan Tuah merupakan rezeki Allah untuk kita. I love you, Daddy. Thanks juga sebab sudi berikan peluang kepada Hasha untuk memegang gelaran Mama buat anak-anak Daddy."
"Don't cry, baby girl. I love you too." Megat memberikan dua baby seat itu kepada Hisyam untuk dibawa naik ke jet peribadinya dulu. Tubuh Hasha dipeluknya erat. Kucupan berlabuh diatas dahi dan kepala gadis kesayangannya yang berbalut tudung itu. "Kenapa Mama Bunga dan Tuah jadi cengeng ni? Tak malu ke dengan Bunga dan Tuah?"
Pap! "Daddy ni sengajakan. Emosi perempuan, kenalah faham."
"Bunga dan Tuah dah nak masuk setahun, Daddy masih lagi belajar untuk adapt diri dengan emosi my lil baby girl seorang ini." Megat mencuit manja hidung isterinya. Menggenggam erat tangan isterinya, mereka berjalan seiring naik ke dalam jet peribadinya.
Hasha berjalan masuk ke dalam ruang bilik tidur khas mereka berdua di dalam jet peribadi milik Megat. Bunga dan Tuah masih lagi tidur tapi sudah dipindah ke dalam babycoat. "Bunga dan Tuah ni kalau dapat tidur, memang tidak sedar apa-apa dah."
"Macam Mama dia jugalah. Baby girl kalau tidurkan mana dah sedar apa-apa."
"Mana ada?"
"Yes, you are. Dah berapa kali Daddy masuk dalam rumah sewa baby girl. Baby girl lansung tidak sedar melainkan Daddy tinggalkan notes. Betul tak?" Soal Megat berbisik di telinga isterinya. Tangan sasanya melilit kemas pinggang Hasha. Selepas bersalinkan Bunga dan Tuah, Hasha dijaga rapi oleh Bonda dia sepanjang berpantang. Setiap pantang, herba-herba dan jamu-jamu yang perlu dimakan sepanjang berpantang sangat diikut rapi oleh isterinya tanpa merungut sekalipun. Itu sangat dia hormat kerana bukan dia tidak bau jamu-jamu yang harus dimakan oleh Hasha, semuanya buat tekak dia kembang. Tapi, Bonda ada katanya memang perit nak berpantang tapi kesan selepasnya itu saat memuaskan hati. Itu Megat tidak dapat nafikan kerana bentuk badan Hasha kini sangat menggiurkan lebih dari sebelum ini. Lekuk-lekuk tubuh gadis kesayangannya itu buatkan tangan dia tidak reti duduk diam asyik nak mengusik sahaja.
"Daddy, anak-anak tengah tidur ni. Tangan tu jangan nakal sangat."
"Bunga dan Tuah nak bagi chance kepada Daddy." Hasha dah rasa seram sejuk dek tangan suaminya yang sudah nakal meliar. Walaupun begitu, dirinya juga tidak dapat menidakkan rasa rindu dibelai lelaki itu. "Sampai hotel, Hasha bagi upah dekat Daddy. Dalam ni sempit." Bisik Hasha nakal mengusik suaminya siap dengan kenyitan mata lagi.
YOU ARE READING
PAWKY
RomantizmBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...