Indra berjalan kearah keretanya semula. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi bahagian pemandu, dia mendail nombor Cik Hasha. Sejak dari awal pagi tadi, dia menghubungi gadis itu tetapi tidak berangkat. Sewaktu dia sampai ke universiti gadis itu, kelihatan suasana lengang. Apabila ditanya, rupanya sekarang mahasiswa lagi sedang musim cuti semester. Apabila dia melaporkan perkara itu, Tuan Megat mengarahkan dia untuk membawa Hasha ke Jepun hari ini juga. Malangnya, kelihatan rumah sewa gadis itu kosong tidak berpenghuni kerana kereta Myvi kuning milik teman serumah Hasha juga tidak ada. "Assalammualaikum, Tuan Megat."
"Bagi saya bercakap dengan Hasha."
"Maafkan saya, Tuan. Tapi, nampaknya Cik Hasha tidak berada di rumah pagi ini. Malah, Myvi kuning juga tidak ada di dalam garaj rumah."
"Cari dia sampai dapat. Cari teman serumahnya untuk tahu dimana keberadaan Hasha waktu ini." Arah Megat dengan suara tegas. "Baiklah, Tuan."
Indra membuat panggilan pada nombor Eddy, teman serumah Hasha. "Assalammualaikum, Cik Eddy."
"Ya, siapa bercakap?"
"Ini saya Indra, pengawal peribadi Cik Hasha."
"Pengawal peribadi? Sebulan kau hilang, hari ini baru nak cari Hasha semula. Kenapa?"
"Erk, saya boleh jelaskan apa yang berlaku buatkan saya hilang sementara. Tapi, buat masa ini saya kena cari Cik Hasha dulu. Itu arahan Tuan Megat."
"Cakap kepada Megat, Hasha dah mati."
"Apa maksud Cik Eddy yang Cik Hasha dah mati?"
"Beritahu itu sahaja kepada Tuan kau." Kata Eddy tegas terus mematikan panggilan. Indra pula terpinga-pinga melihat skrin telefonnya yang gelap. Mahu tidak mahu, dia kena laporkan hal ini juga kepada majikannya. "Tuan."
"Bagaimana?"
"Cik Eddy beritahu yang Cik Hasha dah mati."
"WHAT?!" Megat yang sedang duduk bermesyuarat terus berdiri kerana terkejut. "Excuse me, Sir. Can we postpone our meeting for today." Hisyam mengambil langkah meminta klien mereka untuk meninggalkan ruang pejabat itu.
"Maafkan saya, Tuan. Saya cuba bertanya baik kepada Cik Eddy dimanakah keberadaan Cik Hasha dan dia cuma minta saya sampaikan kepada Tuan yang Cik Hasha sudah mati." Megat meraup kasar rambutnya. Dia mematikan panggilan Indra. Nombor telefon Hasha didail berulang kali.Tidak berjawab. "Just answer my call, Hasha Irdina Qaisara. Please." Rayunya berharap.
"Hasha! Just take my call!" Amuknya rasa risau. Tidak mungkin Hasha mati.
"Hisyam kerahkan semua tenaga untuk cari dimanakah keberadaan Hasha. SEKARANG!" Arah dia kepada orang kanannya sebaik Hisyam melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
Punggungnya dilabuhkan di kerusi. Dia risau. Adakah panggilan semalam berkali-kali yang tidak dijawabnya itu mengatakan bahawa Hasha dalam bahaya? Dan, dia pula tidak mengangkat hanya kerana tidak bersedia untuk bercakap dengan gadis itu. "Baby, I'm sorry."
Berpuluh kali panggilan dibuat pada nombor Hasha dan masih juga tidak berjawab. Lalu, dia mendail nombor Tengku, sahabat baiknya merangkap tunang kepada rakan serumah Hasha. "Bro, lama tidak dengar berita."
"Bagi aku nombor Eddy. Ada benda aku nak cakap dengan tunang kau."
"Dia ada dengan aku. Penting sangat ke? Sekejap, aku pasang loudspeaker. Dah."
"Eddy, Hasha mana."
"Hasha tak ada." Jawab Eddy dengan nada dingin. Dia memandang kearah tunangnya tidak puas hati.
"Dia tak ada, dia dimana?"
"Aku tak tahu."
"Eddy, tolong beritahu aku dimana Hasha sekarang. Penting. Ada benda aku nak jelaskan kepada dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...