"Kak, aku call kau ni nak beritahu yang aku dah habis duit. Kau boleh tak bank-in kan dekat aku? Nak pakai beli buku ni." Telefon yang melekap ditelinganya tadi dipandang. Kalau adiknya itu berdiri di depan dia memang rambut panjang budak tu, dah dia tarik biar tercabut botak. Padan dengan muka. Tapi, malangnya budak itu jauh dari pandangan mata dia. "Kak, kau dengar tak?"
"Dengar." Nadanya sudah kedengaran bosan. Walhal, pihak disebelah sana lansung tidak menyedari intonasi suaranya. "Berapa?"
"RM500 cukup je kot untuk minggu ni."
"Minggu?"
"Ya. Buku nak kena bayar dalam 200 lebih, baki 300 mana cukup nak tanggung belanja makan pakai aku."
"And, kau fikir aku cop duit?"
"Fine. RM400. Please, aku terdesak sangat dah ni."
"Tengoklah kalau aku rajin, aku transferkan ke akaun kau."
"Bye." Panggilan ditamatkan oleh adiknya. Hasha buat muka. "Siapa?"
"Siapa lagi kalau bukan budak tu."
"Sampai bila kau nak biar dia naik lemak, Hasha. Kau bukannya kerja jadi majikan, kau kerja setakat kuli je. Ada juga duit kau nak guna duit belanja dan pelajaran kau." Eddy dah mulakan tazkirah seperti biasa jika dia mendapat panggilan daripada Hadha. Telingannya pun hanya ditadahkan sahaja. Kalau nak dipatahkan pun kata-kata sahabatnya itu, pasti dia tidak menang. Jadi, jalan terakhir yang ada hanyalah duduk dan dengar.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni, Hasha?"
"Dengar. Eddy, kau nak air tak?"
"Bagus juga. Aku memang dahaga pun ni."
"Mana tak dahaga, kalau dari tadi mulu asyik nak membebel sahaja." Gumamnya perlahan. "Aku dengar, Hasha." Empunya tuan mendengar pula kata dia. "Sekejap, aku ke dapur."
Hasha bangun dari sofa dan berjalan kearah dapur membiarkan Eddy sendiri duduk menghadap televisyen melayan drama Korea. "Kaulah ni, habis aku termiss apa yang jadi tadi."
Eh, dia pula dipersalahkannya. "Rewind sahaja kebelakang pakai remote TV tu, cik kak. Bukan susah pun." Jawabnya dari dapur. Tangan Hasha lincah menyediakan milo ais kaw untuk dirinya dan Eddy. Kembali dia semula ke ruang tamu dengan dua mug ditangan. "Satu untuk kau dan satu untuk aku."
"Pergh, siap ada milo tabur. Terima kasih."
Hasha mengangguk sambil mata menghadap kehadapan fokus pada TV menyertai Eddy menonton drama Korea. "Hasha."
"Hmm, apa dia?"
"Sampai bila Hadha asyik nak minta duit dengan engkau je ni? Dia tak nak pi cari kerja sendiri ke? Asyik duk nak menyusahkan kau sahaja."
"Eloklah dia minta dekat aku. Kalau dia pi minta dekat mak aku, lagilah aku tidak sedap hati. Dia bukan fikir pasal mak aku yang dah sepatutnya berehat sahaja di rumah tu. Mak aku pun ada kedai runcit kecil depan rumah tu pun sebab dia suka berniaga. Kalau tidak, dah lama aku suruh mak aku berhenti sahaja. Bapa aku tu pun, dia layankan sahaja karenah mak aku."
"Bapa kau masih disana?"
"Tak tahulah nak balik bila. Kadang aku kesian juga dekat mak aku yang seorang dekat kampung tu. Bila suruh ikut bapa aku, dia tidak mahu. Katanya lagi selesa duduk di kampung." Hasha mampu melemparkan senyum walaupun berat.
"Tak apalah. Biasalah orang tua, dia nak juga tempat membesar dia jadi rumah dia."
"Sekejap. Tadi, kita cakap pasal adik kau. Kenapa kau pergi ubah topik ke mak dan bapa kau ni?"
"Eh, perasan pula kau ya. Aku malaslah nak fikir pasal budak tu sekarang. Minggu lepas baru aku masuk RM1000 dekat akaun dia sebab bapa yang suruh. Dah, hari ini boleh buat muka tidak malu minta lagi RM500. Katanya untuk buku."
"Buku apa? Dia nak tengah semester dah. Buku kalau awal semester, boleh lagi aku percaya."
"Aku tanya, dia bagi jawapan itu. Kalau aku tak bagi... nanti bapa call suruh juga aku masukkan duit ke dia. Aku tak naklah mak dan bapa yang kena keluarkan duit untuk pembelajaran kami berdua."
Eddy rasa kasihan melihat sahabatnya itu. Hasha anak sulung kepada dua beradik sahaja tapi disebabkan sikap boros Hasha, Hasha seperti sedang menanggung 8 orang adik yang sedang belajar ke universiti. "Kalau ikutkan pengiraan aku. Hadha dah minta kau RM2500 untuk bulan ini sahaja. Belum lagi aku kira dari masuk awal semester hari itu, mahu duit tu kalau kumpul dah boleh beli sebiji kereta."
Kring! Kring! Telefon bimbit Hasha bernyanyi tanda ada panggilan masuk. Dia melihat Eddy selepas melihat skrin telefonnya. "Siapa?"
"Bapa." Tidak mahu bapanya menunggu, Hasa menekan punat hijau menjawab panggilan.
"Hasha." Suara garau itu sudah lama tidak dia bersua muka hanya berhubung melalui telefon sahaja.
"Ya, bapa?"
Hasha tahu pasti adiknya sudah mengadu domba dulu kepada Encik Herman sebelum bapanya itu menelefon dia. "Hadha beritahu bapa yang dia perlukan duit belanja untuk beli buku. Kenapa kamu tidak berikan duit kepada dia? Sudah habis ke wang belanja yang bapa berikan kepada kamu minggu lepas? Hasha, berpada-padalah belanja kamu itu."
"Bukan-"
"Jangan berdalih lagi mencipta alasan. Masukkan sahaja duit yang Hadha mahukan ke dalam akaun dia. Jangan pula sampai dia menelefon mak kamu di kampung. Dia sedang sibuk dengan kedai runcitnya. Jangan susahkan mak kamu. Bapa tiada disana."
"Baiklah, bapa. Bapa sihat?"
"Aku sihat sahaja. Kamu tu sahaja yang boleh aku percayakan tengok-tengokkan mak kamu dan Hadha, Hasha. Janganlah tahu berfoya-foya sahaja."
"Tapi, bapa-"
"Jangan cipta alasan lain, Hasha. Bapa minta diri dulu. Punya urusan yang ingin diuruskan."
"Assalammualaikum, bapa."
"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. Hasha mencampakkan telefon bimbitnya ketepi disisinya. Kepalanya didongakkan bersandar disofa. Serabut! Serabut otak dengan adiknya yang kuat berjoli itu. Mentang sahaja bapa jarang pulang ke Malaysia, senang betul naik kepala menghabiskan duit. Bila habis, minta lagi. Si bapa pun turutkan sahaja.
Telefon bimbitnya diambil semula. Nasib baik sahajalan teknologi sekarang memudahkan dia untuk melakukan urusan bank tanpa perlu menapak ke bank. Klik sahaja terus masuk ke dalam akaun adiknya duit sebanyak RM500 seperti yang dipinta Hadha sebentar tadi.
"Kau bagi duit dekat Hadha?"
"Bapa suruh. Aku sebagai anak turutkan sahaja. Nanti tak bagi, meroyan pula anak emas seorang itu."
"Kau ada duit belanja tak untuk bulan depan?"
"Cukuplah. Kalau tidak cukup... aku makan nasi, telur dengan kicap sahajalah. Simple, senang dan sedap."
Eddy menepuk bahu Hasha. "Kau jangan nak acah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sangat. Lauk dan benda frozen ada sahaja dalam peti ais tu. Kalau nak, guna sahaja. Tak ada ini aku punya, itu kau punya. Sama-sama kita punya. Faham?"
"Faham. Syukur sangat Allah anugerahkan aku kawan merangkap teman rumah yang baik dan pemurah macam kau, Eddy."
"Hari ini aku tolong kau, esok lusa aku susah. Kau pula tolong aku. Apa ada hal. Tidur awal. Esok ada kelas." Eddy menekat punat merah pada remote TV. Skrin TV gelap tanda gadis itu memang arahkan dia masuk ke bilik dan tidur. Mahu tidak mahu, Hasha angkat juga kaki masuk ke dalam bilik tidurnya sendiri yang terletak bersebelahan bilik Eddy.
Bersambung...
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...