[TUJUH BELAS]

11.1K 475 4
                                    

Megat ketawa besar sahaja melihat gadis itu menjeling dia sambil memeluk tubuh. Pantas tangannya mencubit pipi gebu itu. Geram. Comel sangat. Lagi-lagi, masa buat muka merajuk itu. "Kau marah aku sangat ni kenapa, Hasha Irdina Qaisara?"

Hasha mendiamkan diri. Matanya masih menjeling tajam jejaka itu. Geramnya! Padahal, benda yang berlaku terang lagi bersuluh. Boleh pula Megat buat muka selamba pura-pura tidak tahu.

"Hasha Irdina Qaisara."

"Pasal Daddy pegang kuat tangan saya, belum selesai lagi. Sekarang, Daddy tambah panas saya dengan situasi sekarang."

"Aik, aku pula dipersalahkannya. Bukan tadi, kau juga ke yang merengek nak Dip Choc."

"Ya. Memanglah. Tapi, boleh je kita drive-thru. Kenapa tarik saya masuk dalam McDonald ni?"

"Kenapa? Kau nak aku dukung kau ke? Tak apa. Nanti kita nak balik, aku dukung kau."

"Daddy."

"Apa? Cuba terangkan dekat aku. Biar aku faham. Bukan dengan buat muka cemberut macam itu. Kalau comel tak apalah. Ini muka macam tapai basi."

Hasha memandang jejaka itu tidak percaya. Kurang asam. Muka dia yang comel boleh pula disamakan dengan tapai basi. Dasar! "Hasha Irdina Qaisara, janganlah buat merajuk kau tu disini. Makan. Nanti cair aiskrim tu."

"Tak nak." Gadis itu memeluk tubuh lebih erat. Menunjukkan dia memang tidak berpuas hati.

Megat yang awalnya duduk berhadapan Hasha menukar tempat duduk disebelah Hasha. Rapat. "Kenapa tukar tempat duduk?" Gadis itu bersuara menyoal tindakannya.

"Kau ni memang suka dimanjakan aku ya, Hasha Irdina Qaisara?"

"Mana ada."

"Buka mulut. Aku suap."

"Ish, tak perlulah. Orang reti makan sendiri." Hasha ingin mengambil aiskrim kon itu dari tangan Megat. Tapi, Megat sengaja mengangkat tidak membenarkan dia mencapai kon aiskrim tersebut. "Daddy~" rengek Hasha tidak puas hati tapi kedengaran manja.

"Tak nak bagi juga."

Entah macam mana Megat mengangkat tinggi sangat kon aiskrim tersebut jatuh melekat diatas kepala lelaki itu. Hasha memandang dia. Terkejut.

Kemudian, tawa kedengaran dari bibir gadis itu. "Padan muka." Kata Hasha sambil ketawa besar.

Megat terus bangun. Dia mencampakkan kon aiskrim itu ke dalam tong sampah berdekatan. Tangan Hasha ditarik. "Daddy nak pergi mana?"

"Balik." Jawab suara itu dingin.

Aik. Dia yang kacau sakat kita, kita pula yang salah. Hasha menarik tangan lelaki itu. "Kau nak ke mana lagi, Hasha Irdina Qaisara? Aku nak balik. Kau tak faham bahasa Melayu ke?"

"Tak." Jawab Hasha selamba masih berkeras menarik tangannya walaupun sebenarnya mereka tidak beranjak lansung dari situ. Tubuhnya mengikuti sahaja langkah Hasha kerana gadis itu berkeras.

"Kau nak buat apa disini?" Soal Megat melihat singki dan cermin di depan dia.

"Tundukkan kepala."

"Kenapa?"

"Tundukkan kepala. Please~" sekali lagi Megat menjadi pak turut bila Hasha masih tidak jelaskan apa yang berlaku disitu.

Hasha membuka paip. Rambut kepala Megat dicucinya dengan air. "Sejuk, Hasha Irdina Qaisara."

"Nak tahan sejuk ke? Nak biar rasa kepala tu melekit dengan aiskrim?" Soal gadis itu macam mak-mak tengah marahkan si anak. Megat membiarkan perlakuan Hasha.

PAWKYWhere stories live. Discover now