[TIGA PULUH SEMBILAN]

11.1K 404 21
                                    

Kereta hitam four wheel drive miliknya yang diberikan oleh Megat diparkirkan dibawah garaj rumah keluarga Eddy. Pintu bahagian pemandu dibuka dari luar. "Tak menyabar-nyabar betul kau ni, Eddy."

"Megat mana? Kau tak datang dengan dia?" Hasha menggeleng kepala. Megat pergi ke rumah keluarga Tengku untuk membantu disana. Dia disini untuk membantu belah pengantin perempuan. Mula-mula, dia nak datang sini, dia ada minta Megat tolong hantarkan tapi Megat suruh dia bawa kereta sendiri memudahkan pergerakan dia. Pada mulanya dia tertanya-tanya juga kereta apa yang bakal dibawanya kerana kali terakhir dia ingat kereta hitam itu ditinggalkan di rumah agam Megat. Rupa-rupanya, Hisyam beritahu Megat sendiri minta bawakan kereta itu ke villa Bonda. Nak dimarahnya kepada Megat sebab dah susahkan Hisyam. Tapi, Megat tetap Megat. Rasa dirinya betul sahaja.

"Jom. Jom. Tugas kau dah menunggu." Kata Eddy menarik tangan dia keluar. "Cis, ingatkan teruja sebab rindukan aku. Tapi, rupa-rupanya nak suruh aku cepat-cepat buat kerja."

"Cepatlah. Tak sabar aku nak tunjuk bakat kau dekat saudara-mara aku. Bolehlah lepas ini, dorang upah kau."

"Ya, ya. Nah, bawa ni. Aku bawa beg lagi satu."

"Kan aku dah cakap jangan bawa banyak barang sangat. Kalau tidak cukup, aku boleh sediakan."

"Tak apalah. Aku bawa incase ada tambahan-tambahan sahaja."

Hasha mengikut langkah Eddy yang melangkah masuk ke dalam rumah. Saudara-mara serta keluarga Eddy disapanya mesra dan bersalaman dengan dia. "Cantiknya kawan kamu ni, Edrina."

"Tengoklah kawan dia. Pun cantik juga, Mak Ngah." Kata Eddy kepada mak saudara dia yang sedang memeluk erat Hasha macam tak nak lepas.  "Rasa berkenan pula nak dibuat menantu." Tambah mak saudara dia lagi.

Hasha tidak rasa selesa. Nasib baik Megat tiada sekali kalau tidak mahu pakcik seorang itu buat muka dekat Mak Ngah Eddy. "Terima kasih, makcik."

"Panggil sahaja Mak Ngah. Sama macam Eddy panggil. Cantik betul kamu ini. Sejuk sahaja hati Mak Ngah tengok kamu. Umur berapa?"

"Allahu, Mak Ngah. Nanti-nanti bersembang ya. Hasha ada tugas nak buat."

"Sabarlah sekejap. Kamu ni yang gelojoh sangat kenapa? Mak Ngah bukan nak culik kawan kamu ini. Siapa nama kamu, nak?"

"Nama saya Hasha dan sebaya dengan Eddy."

"Cincin ni kamu pakai untuk elakkan lelaki mengorat kamu ke, Hasha? Macam cincin tikam. Plastik ke?" Tanya wanita tua itu membelek jari manisnya. Dia memandang Eddy meminta tolong supaya tidak diterjah lagi dengan pelbagai soalan. 

Eddy ditempat lain pula rasa nak terlepas gelak besar. Memanglah dia ada kepada Mak Ngah dia yang Hasha ni asal dari kampung. Tapi, tak akanlah cincin bertatah berlian kecil-kecil itu dikatakan cincin tikam. "Mak Ngah, rasanya Mummy ada panggil Mak Ngah dekat dapur tu."

"Ada ke? Sekejap ya, Hasha. Mak Ngah pergi tengok Mummy Edrina nak apa dekat dapur tu."

"Tak apa. Tak apa. Hasha minta diri juga nak tolong Eddy apa yang patut."

"Ya. Nanti kita sembang lagi ya." Eddy terlepas gelak juga apabila melihat Mak Ngahnya macam susah nak lepaskan Hasha. "Berkenan betul Mak Ngah aku dekat kau, Hasha."

"Eddy, stop it." Dia tidak mahulah mak saudara sahabatnya itu terasa hati kalau mereka bercakap buruk di belakang. Eddy tetap gelak sambil memimpin tangan dia menuju keatas bilik tidur gadis itu. "Kalau aku minta tolong kau hiaskan bilik penganti sekali boleh tak?"

"Boleh. No problem. Tapi, bukan kau kata perancang perkahwinan ke yang akan uruskan."

"Aku tak nak. Aku nak dorang fokus pada dewan sahaja. Berkaitan aku, aku nak kau tolong uruskan. Itulah function kau jadi pengapit aku."

PAWKYWhere stories live. Discover now