[TIGA]

12.4K 492 5
                                    

Hasha melihat papan tanda restoran sebelum melihat kearah sahabat baiknya. "Kau sure ni kedainya?"

"Ya. Kenapa?"

"Mahal?"

"Aku belanja. Kau jangan risaulah."

"Sebelum aku plan nak cari sugar daddy. Kau dag jumpa dulu ke?" Tuk! Kepala Hasha diketuk Eddy dengan buku lima. Sakit. "Kau dah kenap ketuk kepala aku? Aku tanya benda betul."

"Cukuplah pasal sugar daddy. Tak kuasa aku nak mencari sugar daddy segala. Jom. Cabut kunci kereta tu." Kunci diambil dari slot. Pintu dibuka dari dalam. Dia dan Eddy keluar sama-sama dari kereta. Tubuhnya masih kaku disitu teragak-agak mahu masuk ke dalam restoran itu atau tidak.

"Kau tercegat apa lagi dekat situ." Tangannya ditarik Eddy. Langkah gadis itu diikutinya.

Ada pelayan berdiri di depan sebaik mereka melepasi pintu kaca restoran itu yang dibuka dari dalam. "Cik, ada buat tempahan?"

"Ada. Atas nama..."

"Mereka berdua dengan saya."

"Encik Izzat. Silakan. Mari ikut saya." Pelayan itu menunduk hormat kearah jejaka yang berdiri di belakang mereka. "Dah lama sampai?" Soal jejaka itu.

"Baru sahaja. Kau dah habis kerja?"

"Awak dah habis kuliah?" Soalan Eddy dibalas dengan soalan daripada jejaka itu. "Dah. Hari ini dah habis kelas. Kenapa?"

"Maknanya, saya boleh luangkan masa lama dengan awak." Lemah lembut sahaja suara jejaka itu berbeza sekali dengan Eddy. "Kau dah tak ada kerja dekat pejabat ke sampai nak luangkan masa dengan aku dan Hasha?"

"Untuk hari ini, semua meeting dengan klien. Saya dah postpone kan ke esok. Jadi, saya ada masa sampai esok pagi untuk spend time dengan awak."

"Tapi, aku tak ada masa untuk spend time dengan kau. Kesian Hasha nanti sorang-sorang."

"Eh, tak apa. Kalau Izzat nak luangkan masa dengan Eddy, Hasha boleh balik dulu. Hasha tak kisah." Hasha cuba menjadi orang tengah.

"Dengar tu. Kawan awak cakap okay sahaja. Nanti awak balik dengan saya, saya hantar. Hasha bolehkan bawa balik kereta Edrina dulu?"

"Kau jangan nak gelak, Hasha. Izzat, aku cakapkan panggil nama aku Eddy. Bukan Edrina."

"Nama awak Edrina. Mestilah saya panggil Edrina. Kenapa nak kena sebut nama yang macam lelaki tu? Hasha, awak pun ikutkan sahaja permintaan Edrina tu."

"Hasha dah biasa panggil dia Eddy. Tak boleh nak tukar dah. Nanti korang berdua spend time sama-sama. Lepas habis lunch sekali, nanti Hasha balik."

"Terima kasih, Hasha." Ikhlas Izzat mengucapkan rasa berterima kasih kerana sahabat Edrina seorang yang memahami.

"Kalau aku bawa Hasha sekali tidak boleh ke?" Soal Eddy kepada Izzat. "Kau ni, Eddy. Izzat nak keluar berdua dengan kau. Temanlah dia. Sanggup tu dia postpone kan meeting dengan klien sebab kau. Temanlah. Sekejap je. Lagipun, Izzat pun bukan siapa-siapa. Bakal suami kau juga."

"Dengar cakap kawan awak tu, Edrina. Thanks, Hasha. Alang-alang tu kita boleh pergi cari barang hantaran. Ummi pesan suruh pergi hujung minggu ni. Tapi, kalau hari ini pun okay sahaja."

Eddy terpaksa akur. Lagipun, dia memang sudah lama pun tidak luangkan masa dengan Izzat. Maklumlah, tunangnya seorang itu jenis sibuk dengan kerja. Dan, dia pula sibuk dengan study. Bila masing-masing sibuk, komunikasi pun jarang. Ini pun nasib baik Izzat yang ajak dia keluar lepas nampak status Whatsapp yang dia tulis, 'Nak makan lamb chop! Siapa nak belanja?' Tidak sampai beberapa minit, Izzat telefon dia beritahu yang lelaki itu sudah menempahkan meja di restoran untuk mereka sama-sama makan tengah hari dengan juadah lamb chop dan steak.

=====

Hasha melambai kearah Eddy dan Izzat. Pantas sahaja kereta BMW hitam itu meluncur laju meninggalkan kawasan parkir restoran. Dia masuk masuk ke dalam kereta Myvi kuning milik Eddy. "Nak balik ke?" Soalnya sendiri.

"Apa kata kita pergi tengok wayang?" Cadangnya pada diri sendiri. Tersengih sendiri Hasha menghidupkan enjin kereta dan memasang niat untuk memandu kereta ke panggung wayang yang berdekatan sebelum pulang ke rumah sewa. Maklumlah, kalau dia balik juga bukan dia buat apa pun. Teman gaduh pergi dating. Dia nak dating? Boyfriend pun tak ada.

Akhirnya, kereta Myvi kuning itu diparkirkan di parkir atas. Memegang telefon dan purse sahaja di tangan, Hasha masuk ke dalam pusat membeli-belah. Dia mencari eskalator untuk menuju ke ruang atas dimana panggung wayang biasanya terletak.

"Nak tengok cerita apa ya?" Bercakap sendiri Hasha melihat skrin paparan masa dan filem yang akan ditayangkan. Dia sendiri pun tidak tahu nak tengok cerita apa. Sengaja berada disitu untuk meluangkan masa yang ditinggalkan sendiri. "Cerita apa, cik?"

"Cerita apa yang best?"

"Semuanya best." Hasha memandang pekerja di kaunter itu sebelum memandang ke skrin semula. "Saya pilih cerita ini lah." Jarinya menunding sahaja. "Satu sahaja?" Soalan bernas itu ingin diberikan jawapan bernas juga. Tapi, atas sikap dirinya yang ada attitude. Jawapannya yang keluar dari mulut Hasha, "Ya, satu sahaja." Tidak lupa senyuman di bibir.

Masuk ke dalam panggung nombor 4, Hasha memeluk bekas popcorn yang besar. Dia pun tidak tahu kenapa dia yang sendiri memilih kombo saiz besar. Tak apalah, tidak habis boleh bawa balik bagi kepada Eddy.

Ruang pawagam tidak ramai penonton. Hasha melabuhkan punggung pada kerusi yang dipilihnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar Whatsapp kepada Eddy mengatakan dia singgah menonton wayang sekejap sebelum pulang ke rumah. Tidak lupa menukarkan mod senyap sebelum meletakkan semula ke dalam poket seluarnya.

=====

Megat menjeling kearah bahunya yang berat. Matanya digosok tidak sangka dia boleh terlena di dalam ruang itu. Padahal, sengaja dia memilih untuk habiskan masa lunch dia disitu sebelum kembali ke pejabat. Mungkin dengan pendingin hawa sejuk dan badannya yang memang penat. Akhirnya, dia terlena dan tidak menonton lansung filem yang dipaparkan di skrin.

Jarinya selamba menyelitkan rambut gadis yang sedang lena itu ke belakang telinga. "Comel." Pujian terlepas dari bibirnya. Walaupun, suasana panggung wayang agak samar lampunya, dia masih boleh lihat wajah gadis itu. Tidak sampai hati pula dia nak mengejutkan gadis itu.

Telefon bimbitnya bergetar tanda ada panggilan masuk. "Ya, Syamsul."

"Tuan, ada meeting di pejabat dengan klien pukul 3 petang ini. Saya cuma nak ingatkan kepada Tuan kerana Rina kata dia tidak dapat hubungi nombor telefon Tuan yang lagi satu."

"Ambil saya di ruang parkir yang dekat dengan pintu keluar panggung wayang. Sekarang." Arahnya kepada orang kanan dia.

"Baik, Tuan." Panggilan dimatikan.

=====

Syamsul membuka pintu belakang buat Tuan dia. "Siapa perempuan ini, Tuan?"

"Buka pintu penumpang depan. Saya akan pandu sendiri. Cari kereta perempuan ini dan drive ke pejabat. Jumpa awak di pejabat nanti." Dia menutup semula pintu belakang dan membuka pintu depan di bahagian penumpang. Perempuan yang lena di dalam dukungan Tuan Megat dipandangnya dengan seribu tanda tanya. Tapi, bila soalannya tidak dijawab tadi. Syamsul menghormati privasi Tuan dia.

"Tapi, Tuan..."

"Jangan risau. Saya boleh pandu sendiri. Pastikan kereta perempuan ini dibawa ke pejabat. Parkir disebelah kereta saya."

"Baik, Tuan." Kereta Ferrari hitam meluncur laju meninggalkan Syamsul sendiri di situ. Nampaknya dia perlu mencari kereta perempuan itu dengan hanya menggunakan kunci yang diberikan Tuan Megat tadi. "Macam manalah aku nak cari kereta perempuan tu tadi?" Dia pun tadi lupa nak tanyakan kepada Tuan Megat nombor plat kereta perempuan itu. Jawabnya terpaksalah dia mencari sendiri kereta perempuan itu.

Bersambung...

PAWKYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang