"Morning, Daddy." Ucap Hasha sebaik melihat mata suaminya mencelik. Tiga jam juga jejaka itu tertidur diatas ribanya. Berat? Tidak terlintas lansung dalam fikirannya. Malah, masa tiga jam itu rasa sekejap sahaja buatnya menilik wajah kacak suami dia. "Morning too, baby girl. Kita tak sampai rumah lagi ke?"
"Dah, Daddy. Daddy tidur jadi Hasha tak sampai hati nak kejutkan Daddy."
"Pukul berapa dah, baby girl?"
"Nak masuk pukul 3 petang dah. Daddy cukup tidurnya?
Megat memejam mata merasai lembutnya sentuhan tangan isteri dia. "Baby girl, kita masuk ya?"
"Ya, Daddy. Mari." Hasha menarik tangannya memberikan ruang kepada lelaki itu untuk bangun. Tapi, tangannya kembali dipegang Megat. Bibir itu mengucup lembut tangannya. "Kita solat berjemaah. Daddy jadi imam baby girl."
"Sure, Daddy. Let's go, now. Nanti lambat pula Zohor kita." Bibir Megat turut tersenyum melihat senyuman yang terukir di bibir Hasha. Aduhai, baby girl... kenapa manis sangat? Bukan sahaja manis rupa tapi bibi merah jambu air itu juga turut manis melekat dibibirnya. Tidak tertahan, Megat memagut lembut bibir isterinya. Tangan sasa dia melingkar di pinggang Hasha. Lalu, tubuh genit itu ditarik rapat melekat dengan tubuh sasanya.
Hasha menarik nafas dalam-dalam sebaik bibirnya dileraikan Megat. Tangannya cepat menepuk dada sasa suaminya. "Daddy, kita dah lewat Zohor boleh pula pergi cium bibir orang."
"Kau pun balas ciuman aku. Jangan salahkan aku. Dah, jom masuk rumah. Tengok Hadha dah bercekak tunggu depan pintu tu." Jari Megat yang menunding kearah pintu membuatkan mata dia memandang kearah yang ditunjuk. Ya, adiknya itu sedang bercekak pinggang. Tapi, bukan sendiri. Ada juga Mak dan Bonda. "Daddy jawab kalau mereka tanya apa-apa."
"Tanya apa?"
"Tanya apa-apa sahaja. Daddy jawab tau." Cepat-cepat Hasha membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta menuju ke pintu rumah. Megat tidak sempat menahan langkah isterinya. Dia membuka pintu pemandu mematikan enjin.
Hasha yang ingin masuk ke dalam rumah tersenyum menunduk malu. Tapi, belum dia melangkah masuk... ketiga-tiga perempuan itu menjadi penjaga depan pintu memandang dia atas bawah. "Erk, Hasha nak masuk. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam." Salamnya dijawab Hadha, Mak dan Bonda serentak.
"Baby girl." Terkejut dia apabila tubuh Megat sudah berdiri di belakang dia. Tangan lelaki itu selamba melilit pinggangnya dari belakang. "Kenapa Mak, Bonda dan Hadha berdiri depan pintu rumah ini?"
"My lil baby girl..." Tersentak dia sendikit kerana jari Megat menyeka sesuatu di bibir dia. "Comot lipstik. Daddy ganas sangat ke tadi?" Matanya terbeliak besar memandang suaminya. Tidak sanggup dia menoleh kebelakang memandang Mak, Bonda dan Hadha. Berpijar mukanya panas kerana malu ya amat. "Red tomato." Megat pula seperti sengaja nak menyakat dia mencubit manja pipinya dan mencium pipi kiri kanan dia.
Dehemen dari belakang buatkan Hasha menoleh juga. Terlepas tawa kecilnya melihat Mak ditarik Bapa ke tempat lain. Manakala, Bonda juga diheret Abah ke ruang dapur katanya nak air panas. Akhir sekali, Joey menarik Hadha pergi minta tolong apa entah. "Guard rumah semua dah kena tarik. Jom, kita naik atas."
"Jom."
"Laju ya. Tak sabar nak sambung bercium dengan Daddy ya, macam tadi."
"Daddy. Orang nak solat Zohor. Cepatlah."
"Ya. Lepas Zohor, boleh Daddy tunaikan apa yang baby girl nak."
"Daddy ni..." Hasha terus membuka langkah menuju naik keatas bilik tetamu. Dimana bilik Megat sebelum ini sudah dihuni penghuni baru iaitu dirinya sendiri. "Nak Daddy teman?" Kus semangat dia apabila suara garau itu muncul dari belakang. Cepatnya langkah Megat mengejar langkah dia.
"Tak apa. Hasha reti mandi sendiri."
"Tak kata pun nak mandikan baby girl. Tapi, that's a good offer, baby girl."
"Daddy..." Hasha jadi beku kata apabila tangan sasa itu sudah masuk sebalik bajunya menyentuh kulit dia. Sejuk. Rasa seram sejuk itu kembali semula dan ini semua kerana satu nama. Siapa lagi kalau bukan Megat Arshad Xylan. "Yes, baby girl." Deruan hangat nafas Megat terasa menyapa cuping telinganya.
"Aik, tadi baby girl nak cakap something kan? Kenapa senyap?"
Suaminya ini sengaja pula bertanya begitu. Kenapa? Aduh, Megat. Megat sendiri punya jawapan kenapa dia sudah membeku, terkaku dan membisu disitu. "Kesian dia kena sakat dengan Daddy. Dah pergi mandi ambil wuduk. Daddy guna bilik mandi tamu." Kata Megat mencium ubun-ubunya. Tengok itu... dia tidak sedar bila tangan jejaka itu pantas tolong mencabutkan tudungnya dari kepala. Melihat Megat keluar dari pintu bilik dengan tuala di tangan, baru Hasha boleh tarik nafas dalam-dalam.
Dia bingkas bangun mengeluarkan dua sejadah dan bentangkan. Kain pelekat dan baju melayu kosong dikeluarkan dari almari baju suaminya. Lalu, diletakkan atas katil. Jadi nanti Megat masuk bilik boleh terus bersiap sementara dia membersihkan diri.
Masuk ke dalam kamar beradunya, Megat rasa sesuatu menyentuh hatinya melihat pakaian dia yang disediakan Hasha. Walaupun, tidak lagi berdetik 24 jam... Hasha sudah pun melayani dia dengan baik. Bukan sahaja baik tapi juga perlakuan dan sentuhan gadis kesayangannya itu penuh dengan kasih, cinta dan sayang. Perasaannya terhadap Hasha Irdina Qaisara terlalu dalam.
"Daddy." Membalas pandangan mata isterinya, Megat rasa sejuk hati melihat Hasha sudah bersedia dengan telekung. "Mari, kita Zohor. Dah lewat dah ini." Dia bangun dari birai katil berdiri diatas sejadah yang di depan mengimamkan solat jemaah mereka.
Sebaik mereka sama-sama menunaikan solat jemaah bersama-sama, Megat suruh Hasha bangun mengambil al-Quran dan rehal. Meletakkan dua rehal dan al-Quran diletakkan diatas rehal, mereka suami isteri menghadap antara satu sama lain. "Baby girl."
"Yes, Daddy?"
"Kita mengaji bersama-sama. Tunggu azan Asar dah alang-alang lagi beberapa minit sahaja nak masuk Asar."
"Boleh, Daddy. Anything for you. Tapi, Hasha baca biasa-biasa sahaja. Daddy tegur ya kalau ada salah dimana-mana."
"Ya, baby girl. Sama juga dengan Daddy. Tegur sahaja. Tidak salah pun tegur menegur. Kita bersama-sama dalam proses belajar. Boleh, baby girl?"
"Are you sure, Daddy?"
"Yes, dear. I have listen you recite al-Quran before this. You know how to tarannum, right?"
"Erk. Sedikit sahaja. Itu pun lama dah belajar. Masa Form 2 dulu."
"Form 2?"
"Ya, ustazah terdengar Hasha mengaji masa stayback dekat surau sekolah. Masa itu, ustazah nak ajar taranum untuk suruh masuk pertandingan taranum wakil sekolah. Tapi, Hasha tidak dapat pergi sebab cuti masa itu."
"Tak ada rezeki. Sekurang-kurangnya, ilmu baby girl ada ini boleh kongsikan kepada Daddy. Betul tak?"
"In sya Allah, Daddy."
Melafazkan Basmallah, Hasha mengalunkan surah al-Fatihah dan kemudiannya surah al-Baqarah, tiga muka surat. Megat terpaku dengan alunan suara gadis itu bertaranum jelas dan betul tajwidnya. Kemudian, muka surat empat hingga enam disambung dia. Rasa seronok meluangkan aktiviti mengaji al-Quran antara mereka suami isteri. In sya Allah, lepas ini akan dijadikan rutin wajib buat mereka berdua setiap kali selepas solat berjemaah. In sya Allah.
Azan Asar berkumandang Megat mengambil tugas selaku imam buat isterinya mengetuai solat Asar mereka pada petang itu. Seusai menunaikan solat Asar, Megat mengalunkan doa dan diaminkan oleh Hasha. Dia memusingkan tubuh melihat isterinya melemparkan senyuman paling manis. Tangannya dihulur kepada Hasha dan gadis dicintainya itu menyambut dengan senang menyalami dan mencium tangan dia. Kemudian, Megat mencium dahi isterinya. Rasa sama yang dirasainya ketika mencium dahi Hasha sebaik melafazkan akad tadi. Syahdu. Syahdu dan terasa ada tanggungjawab yang harus dipikulnya demi kesenangan dan kebahagiaan Hasha Irdina Qaisara.
"Hasha cintakan Daddy." Ucap gadis itu kepadanya disaat bibirnya masih lagi belum terlerai dari dahi Hasha.
"Daddy juga cintakan baby girl Daddy seorang ini. Terima kasih kerana sudi jadi isteri Daddy, baby girl." Tubuh Hasha dipeluknya erat. Kasihnya buat gadis itu semakin dalam. 'You're mine Hasha Irdina Qaisara.' Bisiknya di dalam hati.
Bersambung...
YOU ARE READING
PAWKY
RomanceBergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...