Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama...
Eddy pandang kearah Hasha dan kereta hitam four wheel drive yang terparkir di garaj rumah sewa mereka. "Janganlah pandang aku macam tu."
"Kereta siapa?"
"Megat."
"Dia bagi pinjam?" Hasha menggeleng kepala. "Dia belikan untuk kau?" Hasha mengangguk kepala.
"Kau bagi dia layanan..."
"Tak! Ish, Eddy. Kau ni sukalah fikir bukan-bukan. Dia yang bagi, kau tanyalah dia. Bukan aku yang minta."
"Ya ke kau tak minta? Bukan aku tidak tahu yang kau memang minat kereta four wheel drive ni."
"Tak. Sumpah, aku tak minta dekat dia. Dia belikan. Tolonglah percayakan aku."
Hasha melihat Eddy masih meragui jawapan dia. Mengeluarkan telefon bimbit, nombor Megat didailnya.
"Hasha Irdina Qaisara, kau dah rindu aku ke?"
"Bukanlah. Ini, Eddy nak cakap dengan Daddy."
"Cakap apa?" Hasha memasang pembesar suara dan memandang rakan serumahnya. "Eddy cakap saya minta kereta besar hitam ini daripada awak. Dia tidak puas hati dengan jawapan saya. Jadi, dia tak bagi saya masuk rumah."
"Baguslah itu. Kau tak boleh masuk rumah sendiri, meh datang rumah aku. Bilik kau ni pun kosong."
"Daddy. Tak membantunya. Esok orang ada kelaslah."
"Apa salahnya kalau pergi kelas esok dari rumah aku?"
"Eddy, kau cakaplah dengan Megat. Bagilah aku masuk rumah."
"Betul ke yang kau bagi kereta ini kepada Hasha?" Akhirnya, Eddy bersuara.
"Ya. Kenapa? Kau nak satu? Minta Tengku. Jangan minta aku."
"Tidak kuasalah. Aku cuma tertanya-tanya, apa motif kau berikan Hasha kereta ini?"
"Untuk memudahkan di ke mana-mana?"
"Tapi, dia boleh bawa sahaja kereta aku."
"Kereta engkau, kau sahajalah yang bawa. Hasha dah ada kereta lepas ini, jadi dia senang nak ke mana-mana kalau kau tiada."
"Tapi..."
"Eddy, aku tidak suka orang pertikaikan tindakan dan keputusan aku. Apa yang aku buat, lansung tidak melibatkan kau. Jadi, jangan masuk campur." Suara Megat seakan dingin.
"Apa-apa yang berkaitan Hasha, pastinya ada kaitan dengan aku."
"Siapa engkau? Hanya sahabat baik dan teman serumah dia. Bukan kakak atau adik dia."
"Daddy cukup." Hasha meletakkan panggilan itu.
Megat tercengang melihat skrin telefon bimbitnya gelap. "Hasha Irdina Qaisara." Gumamnya geram. Nombor gadis itu didail semula berulang-kali tapi tidak berangkat.
Hasha pegang tangan Eddy. "Aku tahu kau risaukan aku. Tapi, tolonglah percayakan aku. Apa yang aku minta dan perlukan hanyalah RM5000 untuk sebulan itu sahaja. Syarat yang lain itu hanya sekadar menutup mata Megat. Duit RM5000 itu pun aku bahagi separuh-separuh. Untuk Mak dan Hadha. Kalau ikutkan duit aku, aku tak mampu nak bagi sebanyak itu, Eddy."
"Tapi, kenapa kau tak minta dari aku sahaja, Hasha?"
"Hari ini, aku pinjam. Duit itu atas kau. Tapi, macam mana lepas kau kahwin? Pastinya sumber itu dari nafkah Izzat kepada kau, Eddy. Aku tiada hak atas duit itu."
"Hasha, aku boleh pinjam dari parents aku."
"Jangan. Aku dah susahkan kau banyak, Eddy. Aku tak nak susahkan kau ibubapa kau. Aku dah terhutang budi banyak dengan kau. Tak terbayar hutang itu lagi, Eddy."
"Kalau kau tidak suka aku diberikan kereta ini oleh Megat. Aku akan pulangkan. Jangan risau. Lagipun, aku tiada hak pun. Semua ini hanya seketika sahaja." Sambung Hasha lagi.
"Hasha bukan itu maksud aku."
"Tak apa. Aku faham. Aku penat. Jadi, aku masuk dulu."
"Hasha, sabar." Eddy pula memegang tangan Hasha menahan langkah gadis itu. "Aku cuma tak nak engkau kecewa. Megat bukan sembarangan orang. Dia ada auranya sendiri yang boleh buat orang jatuh hati kepadanya. Aku tak nak kau kecewa kalau bibit cinta itu mula muncul."
"Dah terlambat, Eddy. Mungkin aku baru kenal Megat. Ya, macam apa kau cakap tadi. Dia ada auranya sendiri. Malangnya, jantung aku ini... dah berdegup dengan nama Megat Arshad Xylan."
"Hasha..."
"Sorry, Eddy. Aku cuba. Aku cuba tak terlalu jatuh ke dalam. Takut nanti aku tak berdaya nak bangun."
"Jangan risau. Waktu itu, aku akan ada untuk kau." Eddy memeluk tubuh Hasha. Hasha menangis. Dia tahu dan sedar hatinya kini sudah dimiliki jejaka itu.
"Tapi, Eddy... Megat tiada kekasihkan? Kalau aku tukarkan perjanjian kami supaya dia jadi sugar daddy aku sekaligus jadi suami aku, boleh tak?" Hasha mencuba nasib bergurau. Sengaja menaikkan mood sedih itu.
"Hasha."
"Aku gurau sahaja. Dah, jom masuk. Esok kita ada kelas."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hasha sendiri di dalam bilik. Dia memikirkan apa sahaja yang berlaku di garaj tadi. Setiap kali nama itu disebutnya atau menerpa dalam fikirannya, jantung dia akan berdegup laju. "Daddy, why are you doing this to me?" Sesal bertemu dengan lelaki itu? Tidak. Tidak pernah muncul dalam fikirannya. Cuma untuk selepas ini, dia kena pastikan lelaki itu tidaj tahu rahsia hatinya nan satu itu. "Megat Arshad Xylan." Patung gebu comel yang diberi Megat itu dipeluknya erat.
Bersambung...
Maaf kalau pendek sahaja. Nampaknya hati Hasha Irdina Qaisara sudah menyebut-nyebut nama Megat Arshad Xylan. Macam mana pula denga si jejaka itu? Adakah dia juga merasakan yang sama? Atau tidak? Nantikan sambungannya.