[ENAM]

13.1K 487 18
                                    

"Tuan Megat, lama tidak nampak Tuan Megat datang ke sini. Sedang ada event besar ke?"

"MCORP akan adakan majlis makan malam. Jadi seperti biasa saya nak awak siapkan satu pakaian untuk saya malam ini. Saya juga amanahkan Hasha kepada awak untuk sediakan dia bagi majlis malam ini."

"Hasha, kenalkan Malina. Malina, Hasha." Hasha menghulur tangan bersalaman dengan wanita yang cantik bergaya itu. "Sekejap ya. Ada perkara penting saya nak bincang dengan Daddy."

"Daddy?" Malina pelik dengan panggilan yang keluar dari mulut Hasha kepada Megat.

"Mummy, kenapa? Daddy cuma nak Mummy cantik untuk majlis malam ini. Lagipun, inilah masanya Daddy kenalkan Mummy kepada semua orang siapakan sebenarnya kekasih Daddy." Hasha memandang kearah Encik D. Dia merapatkan tubuhnya dengan lelaki itu. Kakinya dijingkit sedikit dan tangannya mencampai cuping telinga Encik D. Selamba dia menarik menyamakan paras mereka. Payah jadi budak pendek ni. "Encik D dah buat tabiat ke panggil saya Mummy tiba-tiba?" Bisiknya geram. Malina sudah tersenyum-senyum memandang kearah mereka.

"Malina, saya amanahkan Hasha kepada awak. Nanti dalam pukul 5 petang. Saya akan jemput dia. Makeover dia dari atas sampai bawah."

"Baiklah, Tuan Megat."

"Encik D. I mean, Daddy. Janganlah tinggalkan saya sendiri disini. Teman, please..."

"Malina tak makan orang. Kau percayakan dia sahaja macam mana aku percayakan dia. Aku pergi sekejap sahaja." Tangan sasa itu mengelus lembut pipi dia. "Daddy gonna miss you, Mummy." Ayat itu disebut kuat sehingga dia terasa panas pipinya. Malah, selamba sahaja Encik D mendaratkan bibir di dahinya sebelum berlalu pergi.

"Ikut saya, Cik Hasha." Malina mengiringi dia dengan senyuman. "Awak dah kenal lama Daddy, Malina?" Soal Hasha ingin tahu. Dia kalau boleh nak tahu nama Encik D. Asyik dari jumpa semalam dia memanggil lelaki itu dengan nama Encik D atau Daddy. Itu pun atas paksaan lelaki itu. Kalau ikutkan hati dia mati hidup semula dia tidak panggil Daddy.

"Maksud Cik Hasha, Tuan Megat ke?"

"Ya. Tuan Megat." Hasha tidak dapat sembunyikan senyuman kerana dia berjaya mendapat tahu nama lelaki itu. "Lama tidak lama juga. Masa awal Tuan Megat jadi CEO MCORP."

"MCORP?"

"Bukan ke Cik Hasha, kekasih Tuan Megat? Tak akan Cik Hasha tidak tahu tentang MCORP."

"Megat suka mengelak bila saya tanya dia pasal kehidupan sebenar dia. Malah, hari ini baru saya tahu nama dia ada Megat. Tidak sangka yang dia sebenarnya bukan orang yang biasa-biasa."

"Jadi, Cik Hasha kenal nama Tuan Megat dengan nama Arshad? Saya kenal Tuan Megat dengan nama Xylan pada awalnya kerana nama hujungnya itu memberitahu dia bukan calang-calang orang bukan sahaja di Malaysia tapi juga diluar Malaysia."

"Ya." Hasha tidak sangka yang soalannya itu akan menberitahu dia nama penuh Encik D atau nama sebenar lelaki itu ialah Megat Arshad Xylan. "Cik Hasha suka warna apa? Kalau boleh saya nak dandankan serta peragakan Cik Hasha dengan warna kegemaran Cik Hasha sendiri. Melambangkan siapa sebenar Cik Hasha."

"Saya suka warna biru. Terima kasih, Malina. Saya suka dengan konsep idea awak. Sangat menarik."

"Jangan begitu, Cik Hasha. Saya yang sepatutnya berterima kasih kepada Cik Hasha kerana memberikan peluang kepada saya untuk menghiaskan bakal Mrs. Xylan bagu majlis malam ini." Senyuman Hasha kelat. Dia rasa rendah diri. Malam ini dia hanya menjadi plus one Megat. Bukannya kekasih atau seangkatan dengan itu. Dia masih lagi berpijak pada bumi. Tahu akan kedudukan dia yang sebenarnya. Megat, bukan calang-calang nama keturunan. Ditambahkan pula dengan nama Xylan. Walaupun, dia kurang ambil tahu tentang berita semasa Malaysia dengan adanya media sosial dia tahu siapa sebenar keluarga Xylan yang dipandang tinggi dan hormat oleh orang kebesaran.

PAWKYWhere stories live. Discover now