[SEBELAS]

11.7K 464 17
                                    

Hasha duduk diatas meja pulau sementara Eddy sedang membuka pintu ais mengeluarkan lauk-lauk bagi juadah makan malam mereka. "Hasha."

"Apa dia?"

"Kau tak masak ke?"

"Huh?"

"Soalan aku. Kau tak masak ke? Macam tak bersentuh sahaja lauk dalam rumah ni."

Belum sempat Hasha menjawab, Eddy bersuara dulu. "Kau order GrabFood ke?"

"Lebih kuranglah." Tak akan Hasha nak jawab yang dia ada penghantar makanan peribadi. Mahu terkejut beruk Eddy.

"Kau nak makan apa? Aku nak masakkan."

"Eh, Eddy ke ni? Sejak bila kau offer nak masak ni?" Selalunya yang masuk dalam rumah sewa itu, Hasha. Tapi, kadang-kadang ada juga Eddy memasak tapi jaranglah. "Practice makes perfect. Aku tak naklah nanti bila dah kahwin dengan Izzat tidak tahu bezakan gula dan garam. Aku masak ya?"

"Sure. Kau nak aku tolong apa-apa?"

"Tak apa. Kau duduk sahaja dekat situ. Teman aku. Kalau ada apa-apa aku nak minta tolong, aki tanya."

"Kau cadang nak masak apa malam ni?"

"Aku nak masakkan lauk kegemaran kau."

"Apa dia? Lauk kegemaran aku banyak. Tolak batu dan kayu sahaja."

"Tomyam santan. Tapi, kita celur bihun sahaja. Kalau ada baki lebih boleh buat lauk esok makan dengan nasi."

"Saya ikut chef sahaja."

"Bagus. Hasha, aku nak tunjukkan kau sesuatu."

"Apa dia?"

"Sekejap. Aku ambil telefon aku dekat ruang tamu sekejap." Eddy berlari ke ruang tamu mengambil telefon bimbitnya yang ada diatas sofa. Kembalinya dia berdiri di depan Hasha, dia memberikan telefon bimbitnya kepada gadis itu. "Tekan butang play."

Bulat mata Hasha melihat skrin telefon bimbit Eddy sebelum memandang kearah Eddy semula. "Mana kau dapat video ni?"

"Video ni viral dengan #couplegoals."

"Huh? Seriuslah?"

"Kau punya reaksi macam kau dalam video tu. Over sangat. Kau nak tahu tak siapa lelaki tu? Perempuan tu aku tak kenal sebab samar-samar. Tapi, macam pernah nampak. Abaikan. Sekarang, aku nak cakap pasal lelaki tu dekat kau."

"Penting sangat ke untuk aku tahu?" Hasha kalau boleh tak nak lansung tahu siapa pasangan itu kerana dia tahu siapa sebenar yang ada dalam video itu.

"Penting. Megat Arshad Xylan. Satu Malaysia tau kenal mamat ni. Bukan Malaysia sahaja. Luar negara pun kenal dia."

"Kau minat dia ke, Eddy?"

"Idoklah teman. Aku tengok video ni pun sebab Izzat tunjuk. Dia kata pasangan ni sweet dan plan nak buat persembahan tari masa majlis resepsi nanti. Jadi, waktu itulah Izzat cerita dekat aku siapa mamat ni."

"Kau setuju ke dengan plan Izzat?" Hasha cuba menukar topik.

"Sabarlah. Aku tak habis lagi cerita pasal mamat ni." Malangnya, rancangannya gagal. Eddy masih bertegas nak berbual pasal mamat nama Megat Arshad Xylan.

"Megat Arshad Xylan ni pemilik bisnes dan bangunan yang berkait dengan MCORP. Pendek hikayat, kalau kau nampak sahaja logo MCORP... itu maknanya harta mamat ni lah. Kaya dia mengalahkan keluarga Izzat tau. Tapi, yang bagusnya. Walaupun mamat ni memang lahir-lahir lagi dah disuap dengan sudu silver, dia pandai bangun atas kaki sendiri. Dia mula dari bawah kau tahu. Ada ke anak orang kaya sekarang nak jadi despatch dulu baru jadi CEO. Tak ada. Susah nak jumpa. Tahu-tahu sahaja macam dalam novel, jadi CEO terus."

PAWKYWhere stories live. Discover now