[DUA]

12.5K 463 4
                                    

Eddy garu kepalanya yang tidak gatal. Mata pensyarahnya sudah tajam memandang kearah sahabat dia. Tubuh yang sedang lena itu sudah ditolak-tolaknya tapi tiada respon. Aduhai, Hasha ni memang sengaja cari pasal betul. Dia yang memang tidak fokus dalam kelas tadi rasa pelik apabila kuliah yang sedang berjalan tiba-tiba senyap. Semasa kepalanya dongak memandang ke hadapan puan pensyarah sudah memandang kearah mereka atau lebih tepat lagi memandang kearah Hasha.

"Kawan awak tu semalam jaga anak ke, Eddy?"

"Entahlah, Puan. Letih benar nampaknya."

"Habis saya yang mengajar awak semua di depan ni, tidak penat ke?"

"Hasha, bangunlah. Puan Diana dah nak meletup dekat depan tu." Eddy menolak tubuh sahabatnya sambil berbisik perlahan.

"Hasha Irdina Qaisara!" Pap! Buku tebal bersaiz kamus atas meja pensyarah dihentak kuat mengejutkan Hasha. "Ya, Puan?"

"Bosan sangat ke kelas saya hari ini?"

"Maafkan saya, Puan."

"Soalan saya. Jawab. Bosan sangat ke kelas saya hari ini?"

"Erk, mungkin." Jawab Hasha sedikit jujur. Kepalanya ditunduk tidak berani membalas pandangan mata si pensyarah di hadapan. Aduhai, macam manalah dia boleh tertidur di dalam kelas Puan Diana. Kantoi pula tertidur. "Kalau macam tu... awak tak fikir ke saya pun bosan mengajar kelas awak ni. Lepas ini, mungkin saya tidak perlu buat kelas lagi kerana membazir masa saya dan masa awak yang tidak menghargai ilmu lansung."

"Maafkan saya, Puan. Saya janji tidak buat lagi." Tangannya diangkat seolah sedang baca ikrar Rukun Negara seperti waktu sekolah dulu berdiri di tengah perhimpunan. "Janji awak tu boleh pakai ke, Hasha?"

"Boleh, Puan. In sya Allah. Maafkan saya,Puan." Kali ini, badannya pula tunduk 90 darjah seperti orang Jepun.

"Kalau macam itu, kelas minggu depan... saya mahu awak gantikan saya. Mengajar bab baru di hadapan kelas. Faham?"

"Tapi, Puan..."

"Ada apa-apa masalah ke?"

"Tak ada, Puan. Saya faham, Puan."

"Terima kasih, semua. Jumpa awak semua minggu hadapan. Kalau Hasha gagal terangkan bab baru minggu hadapan, awak semua..."

"Awak semua apa, Puan?" Soal Hasha terlepas kata. Melihat mata tajam puan pensyarah, dia hanya menayang sengih tidak bersalah.

"Awak semua akan ditambahkan dengan assignment dan quiz extra secara automatik."

Kelas yang tadinya senyap sudah bising dengan bisikan-bisikan tidak puas hati dengan pengumuman mengejut daripada Puan Diana. Mata rakan-rakan kelas Hasha sudah memandang Hasha dengan pandangan tidak puas hati. Puan Diana pergi meninggalkan dewan kuliah. Bunyi tumit kasut tinggi pensyarah itu semakin perlahan dan jauh tanda beliau sudah jauh. Hasha melabuhkan punggung diatas kerusinya semula. Kepala dia mendarat diatas meja.

"Kaulah punca semua ini! Pastikan kau buat betul-betul, Hasha. Kalau tidak..."

"Kalau tidak, apa? Kau jangan nak mengugut aku, Wani. Selama ini, assignment kau yang hantar tu pun bukan kau yang buat. Tapi, kau buli pakwe kau suruh dia buat. Sebab sayang... pejam mata sahaja kalau dibuli sekalipun."

"Jangan kaitkan dengan boyfriend aku kalau kau jealous dengan apa yang aku ada."

"Aduhai, semak betul minah ni. Dah, rasanya dari membazir air liur kau nak sambung tazkirah Puan Diana tadi. Alangkah lebih baiknya kau tolong aku cari bahan untuk bab baru minggu hadapan. Hah, gitu. Mudahlah aku nak mengajar di sepan sekaligus menyelamatkan kau dari kena buat assignment dan jawab quiz extra."

PAWKYWhere stories live. Discover now