Bab 5

11.1K 116 0
                                    

Sebulan sudah kejadian di Redang berlalu.Aku seperti biasa meniaga online di insta. Tiada apa yang berubah cuma Ikram tak pernah muncul sejak dia tinggalkan aku. Malah tiada satu messages apatah lagi panggilan bertanya kabar.

Aku masih tinggal dirumah Ikram,sesungguhnya aku mmg tiada tempat untuk tinggal jika bukan di rumah itu.

Saat aku melayan messages dari pelanggan,message pada whatsapp masuk.Customer aku hanya hantar messages pada dm shja.

Ku buka kiriman itu,dari Ikram tiada kata hanya sekeping gambar yg dihantar,gambar sekitar majlis pernikahannya. Meriah lebih meriah dari majlis pernikahan ku dahulu. Semua ahli keluarga nya berada di situ. Semuanya tampak bahagia,cukup menambah luka dihati ku.

Setelah aku hilang kedua ibu bapa ku,Ikram lah tempat aku meluah segala rasa. Kini Ikram juga pergi dari aku. Tanpa ku sedar air mata ku mengalir. Sungguh aku sakit,terus terus aku dikianati,sedangkan aku masih isteri.

Gambar kedua dihantar,kabur pandangan mataku melihat gambar mesra Ikram bersama isteri barunya. Hancur sehancur hancurnya hati ku melihat semua itu. Aku membalas kiriman tersebut.

Untuk apa semua nie...untuk sakitkan hati syg...kalau itu niat abg...abg dh berjaya..

Tiada balasan.

Aku bangun mengadap keluar, rumah teres ini kami beli selepas berkahwin. Bersusah payah kami kumpul duit untuk byr muka. Aku sendiri tak tahu berapa lama lagi aku dapat berteduh dirumah ini.

Aku berlalu ke dapur,mengambil segelas air dari peti sejuk. Ku pandang ke dalam peti,kosong. Sejak Ikram pergi aku terpaksa berdikari. Disebabkan aku tiada kereta,pergerakan aku agak susah.

Esk je lah beli barang dapur sikit..

Hasil meniaga online dapur juga menampung hidup aku. Setakat nak beli barang rumah tu lebih dari mampu.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now