Bab 63

11.2K 171 24
                                    

Shah menanti sesuatu keluar dari mulut Amar ataupun Daus. Namun keduanya hanya diam,tanpa bicara. Shah yakin Alia ada bersamanya pagi itu. Dia sendiri memegang tangan Alia. Tapi tiada seorang pun percaya kata katanya. Tiba diparkir pejabat,Shah keluar.

"korg berdua ikut naik jgk..."

Suara Shah sedikit keras.

Shah berjalan masuk ke pejabat, dia tidak mempedulikan setiap ucapan dan teguran dari pekerjanya. Otaknya masih mencari jawapan tentang Alia. Kenapa wanita itu hilang. Tiba di meja Suhaila dia menegur.

"su...i taknak siap pun dtg kacau i....siapa pun....."

Shah masuk ke biliknya. Menghempas punggung dikerusi. Menanti Daus dan Amar masuk mengadapnya. Setelah mereka masuk Shah bangun.

"daus.....alia ada kan pagi tu..."

Shah bertanya.

Namun Daus sekadar menunduk, mulutnya terkunci rapat.

"amarrrr....alia ada kan masa sy dekat hosp..."

Amar juga tidak menjawap.

"aku tnya....knp korg diammmm.....mana Alia...."

Suara Shah lantang,Suhaila pun boleh mendengar.

Amar dan Daus masih sama,tidak bergerak langsung. Berdiri tegak. Shah sudah hilang sabar. Dia menumbuk muka Daus,hingga lelaki itu hilang kestabilan,hampir jatuh. Namun dia berdiri semula,tidak berganjak dari tempatnya.

"mana aliaaaaa...aku tnya mana aliaaaaa......"

Shah sudah tidak mampu bersabar lagi.

"kau ada kat situ daus...mana alia pergi......aku dengar suara alia...aku rasa sentuhan alia...aku pegang tangan alia....mcm mana semua org boleh ckp alia takde......kau tau alia ada..."

Dia menendang Daus,hingga lelaki itu jatuh berlutut. Sebiji penumbuk hinggap dipipi Daus,darah mengalir dari hidung lelaki itu. Namun Daus tetap sama,diam tanpa kata.

"aku tanya mana aliaaaa...knp korg diam...."

Shah menghampiri Amar,lelaki itu baru beberapa tahun bekerja dengan Shah,berbanding Daus yang sudah bersama Shah ketika sekolah lagi. Daus diupah menjaga Shah oleh Dato Zamri.

"mana aliaaaa...."

Amar tidak bergerak. Tubuh kebelakang ketika Shah menumbuk perutnya. Dia mahu tahu dimana Alia. Dia sudah tidak peduli apa yang jadi. Selagi mereka tidak bersuara,selagi itu dia akan membelasah mereka. Tumbukan kedua menumbangkan Amar,terbaring menahan kesakitan. Shah menarik baju Amar.

"mana Aliaaaaa...manaaaaaa..."

Shah bagai dirasuk. Pekerjanya diluar semua menikus,bunyi suara dan tumbukan Shah jelas hingga ke luar. Suhaila lekas menelifon Dato Zamri.

Shah menumbuk muka Amar,lelaki itu mengerang kesakitan.

"bagitahu aku mana aliaaaa...."

Shah menarik kerusi dihadapan mejanya,ketika dia mengangkat kerusi itu. Dato Zamri muncul.

"ya allah Shahhh...bawak mengucap....knp nie...."

Terkejut melihat Amar dan Daus sedemikian rupa.

"papa jgn masuk campur....biar shah selesaikan mereka..."

Shah mengangkat kembali kerusi itu.

Dato Zamri menghampiri Shah,kerusi ditangan Shah di ambil.

"knp sampai mcm nie....benda boleh berbincang..."

"diorg taknak bgtau Shah kat mana alia......"

"daus...mana alia....."

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now