Bab 51

9.8K 143 9
                                    

Sudah enam bulan berlalu, kehidupan Alia sudah banyak berubah. Sepanjang dia berada disini tiada siapa yang mencarinya. Dia selesa dengan kehidupan barunya. Alia menolak troli yang penuh dengan cadar kotor, sambil ketawa bersama rakan kerjanya lain. Dari satu bilik ke bilik yang lain.

Selepas dia lari dari Dev,Alia ke Terengganu. Saat itu hanya Amir yang berada dalam ingatannya. Disebabkan itu dia meminta Seri memberinya wang lebih. Dia menceritakan semua yang terjadi pada Amir. Namun tempat kerja Amir sudah cukup pekerja. Selamatlah Amir kenal ramai orang disitu. Akhirnya Alia mendapat kerja di pulau tersebut,walaupun berlainan resort dengan Amir.

Sudah hampir 6 bulan Alia bekerja sebagai housekeeping di resort itu. Hampir semua pekerja di situ menjadi kawannya. Resort itu antara yang paling mewah dipulau itu. Alia tidak kisah kerja apa pun,asalkan dia punya duit dan tidak menyusahkan orang. Sengaja Alia meminta kerja di Pulau Redang itu. Dia tahu mustahil untuk sesiapa mencarinya.

"aliaaa...bilik last jom.....lepas nie boleh rehat.."

Raihan gadis itu lebih muda darinya dua tahun. Namun Alia tidak membenarkan dia memanggilnya dengan panggilan kakak.

"ok ok..."

Alia mengikut sahaja.

Raihan dan Alia menuju ke bilik bilik yang telah dikosongkan. Mereka ditugaskan berdua. Kerana kerja tersebut tidak sesusah mana. Lagipun pukul 8 pagi lagi sebahagian pelawat sudah keluar untuk pulang,feri akan berlepas pada pukul 9 pagi. Dan feri ke dua akan berlepas pada pukul 11.30pagi. Jadi Alia harus menyiapkan bilik supaya tetamu yang tiba dari Kuala Terengganu pada pukul 1130 nanti dapat terus masuk ke bilik.

Sejak bekerja di situ,Alia belum pernah keluar dari pulau tersebut. Dia takut jika orang orang Dev menjumpainya. Dia yakin mereka mencarinya. Segala keperluannya sekadar dikirim pada kawan kawannya atau Amir sahaja. Telifon bimbitnya juga ada lah pemberian dari Amir. Lelaki itu banyak membantunya.

Jika shift Alia habis petang, dia lebih suka melayan kawan kawannya bermain bola tampar dipantai. Sesekali dia ikut main. Jika semua lelaki Alia sekadar menjadi penonton.  Petang itu,Alia sudah siap menukar pakaian. Dia berjalan ke gelanggang di hadapan resortnya. Kelihatan Amir dan kawan kawannya sedang bermain. Alia duduk melihat mereka.

Amir berhenti main,memberi peluang pada yang lain. Dia duduk disebelah Alia.

"jom jalan..."

Amir mengajak Alia.

"tak boring ke jalan kt pantai....hari hari kita buat aktiviti nie..."

Alia tertawa.

"dengan Alia,buat benda sama seumur hidup pun tak boring..."

Amir cuba mengambil hati Alia. Sudah berpuluh kali dia meluah rasa,namun ditolak Alia.

"jom..."

Alia bangun mengikuti Amir.

Mereka jalan beriringan dipantai. Tangan Alia dicapai,sengaja dia memegang Alia walaupun cintanya ditolak. Tapi Alia masih mahu melayannya.

"kalau kita kawen..kita buat wedding tepi pantai nak.."

"sape nak kawen....alia taknak..."

"kenapa..alia bukan ada siapa2 pun kan...apa salahnya...."

"amir..kan alia dh cakap banyak kali....alia dh serik..alia tak mungkin jatuh cinta lagi..."

Alia menarik tangannya.

Amir melepaskan tangan Alia,dia tidak mahu memaksa Alia. Dia tahu Alia kecewa. Sejauh ini dia membawa diri.

Mereka berjalan hingga ke Sari Pacifica Resort,antara resort mahal di situ. Alia menguis pasir dikakinya. Pemandangan di situ cantik. Amir mencuit Alia.

"kenapa..."

Alia bertanya.

Amir sekadar menunjuk dengan mulutnya sahaja. Alia melihat apa yang cuba disampaikan Amir.

Sekumpulan photographer berkumpul disitu. Banner yang tergantung menunjukkan iklan mencari pasangan pengantin untuk dijadikan model mereka.

"jom alia...nak kawen betul alia taknak..kawen tipu tipu pun ok jgk.."

Amir mengajak Alia.

Alia sudah ketawa mendengar bicara Amir. Lelaki itu tidak pernah putus asa. Alia melihat Amir menghampiri mereka. Bersungguh dia ingin mencuba. Amir melambai tangan padanya. Alia bangun menuju ke arah Amir.

"jom pilih baju..."

Amir menarik tangan Alia.

Terkejut Alia,dia ingat Amir main sahaja. Tidak sangka lelaki itu serius.
Sepasang baju dipilih oleh Amir. Alia mencuba dress tersebut. Alia keluar dari bilik persalinan, Amir yang menanti terpegun melihat Alia. Seorang wanita meminta Alia duduk untuk di makeup. Tidak sampai 15minit Alia sudah siap,kerana makeup simple sahaja. Alia dan Amir berjalan ke arah yang diminta oleh photographers itu . Malu juga kerana banyak mata yang memandang.

Sesi bergambar bermula,Ali dan Amir mengikuti setiap arahan mereka. Pelamin mini yang disediakan sebagai sebahagian dari prop juga memjadi tempat persandingan mereka. Amir kelihatan seronok. Alia hanya tersenyum,memenuhi impian lelaki itu. Selesai menukar pakaian,Alia lihat Amir sudah pun duduk melihat gambar mereka. Setelah semua selesai,Amir mengajak Alia melepak di gerai kecil di tengah tengah pulau itu.

"nak tgk gambar "kawen" kita..."

Amir sengaja menyebut ayat kahwin itu.

"diorg bagi ke...ingat kena beli...."

"diorg bagi..sebab kita jadi model free untuk projek diorg..."

Amir menghulur telifonnya pada Alia.

Gambar gambar itu sangat cantik. Walaupun belum diedit. Nampak sempurna sahaja.

"amir hantar dekat alia k..."

Amir sangat bahagia dengan gambar itu. Dia tidak berhenti tersenyum.

Alia sekadar mengangguk. Malas dia melayan perasaan, dia tahu hakikat sebuah perkahwinan. Dia telah menempuhnya. Sekadar cantik pada gambar,tapi penuh dengan dugaan. Alia sudah menutup pintu hatinya. Cukup Ikram dan Shah menghancurkan hatinya. Mereka mempermainkan cintanya. Hidupnya sekarang lebih membahagiakan. Pada Alia,bahagianya bukan untuk bersama sesiapa. Hanya dirinya sahaja.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now