Jam menunjukkan pukul 7 malam. Alia berjalan ke surau,dia ingin solat dahulu sebelum ke bilik Shah. Supaya di tidak perlu meninggalkan Shah banyak kali. Selesai solat Alia berjalan ke bilik Shah. Pintu ditolak. Terkejut Alia,Datin Sarah masih ada di situ.
Datin Sarah bangun. Dia berjalan melintasi Alia. Wajah Alia dipandang.
"sama je kan. Takde pun anak sy sedar....jadi sy tak perlukan awak.. "
Datin Sarah menegur Alia.
"daus....ingt pesan saya...."
Datin Sarah berlalu pergi meninggakkan bilik Shah.
Alia berjalan menghampiri Shah,lelaki itu masih terbaring tidak sedarkan diri.
Daus menghampiri Alia.
"maaf Alia ...Alia tak boleh jaga bos lagi...Datin taknak Alia ada dekat sini..."
"daus....bg alia peluang mlm nie je...."
Alia menahan sebak dihatinya.
"maaf alia....tolong pergi....sy tak boleh buat apa2..nie arahan bos...apa2 terjadi sy kena ikut arahan dari keluarga dia.."
Daus menarik Alia menjauhi Shah.
"tolong lah daus...alia merayu....malam nie je....alia janji..esk pagi2 alia pergi....tolong lahhhh..."
Alia melutut merayu pada Daus.
"alia jgn mcm nie...sy ikut arahan sahaja...."
"daussss...mana alia nak pergi....alia takde tempat dah..bg alia jaga Shah mlm nie je....tolong lah aliaaa...bg alia peluang sekali....tolong kesian dekat alia..."
Air mata Alia mengalir.
"tapi pagi pagi esok alia kena pergi...takut Datin dtg..."
"terima kasih dauss...."
Alia bangun,dia berjalan menghampiri Shah. Tangan Shah dia pegang.
"shah...bangun lahhhh....alia perlukan shah....mana alia nak pergi shah.....alia takut.....tolong alia shah...shah syg alia kan....kalau shah syg alia...bangun lah.....kesiankan alia shah...."
Air mata mengalir membasahi pipi Alia.
"shah...kalau alia kena pergi ...janji dengan alia...shah akan sedar. Shah kena sihat balik mcm dlu..."
Wajah Shah dibelai,Alia meletakkan kepalanya pada lengan Shah. Dia menangis semahunya. Tangisannya cukup untuk didengari sesiapa dalam bilik itu. Hatinya kecewa. Dia mengharap Shah bangun dan mempertahankannya.
Daus juga menahan sedih. Kasihan benar dia pada Alia. Entah dimana silapnya,nasib Alia semalang itu. Dia sendiri tidak dapat membantu. Arahan Datin terpaksa dia ingkar,hanya kerana kasihan pada Alia.
Alia melepaskan segala kesedihannya, lengan Shah menjadi tempat dia menangis. Sedih membayangkan dia terpaksa pergi dari Shah. Bagaimana jika Shah mencarinya. Alia terlelap dilengan Shah,tangannya masih menggenggam erat tangan Shah.
Subuh itu,Shah tersedar dari lenanya yang panjang. Tangisan Alia kedengaran jelas pada pendengarannya. Shah mengerakkan jarinya,terasa seperti keras. Perlahan lahan dia mengerakkan,mungkin kerana sudah lama tidak bergerak. Shah membuka mata,terasa ada sesuatu disebelahnya,di berpaling pelahan. Dia yakin itu Alia. Dia cuba memanggil,namun suaranya tidak keluar.
Alia tersedar bila terasa ada pergerakkan pada tubuh Shah. Terkejut Alia melihat mata Shah terbuka.
"shahhh.....shah dah sedar ke....nie alia...."
"aaaaliiaaa..."
Tergagap gagap Shah menyebut nama Alia. Masih kekok kerana baru sedar dari tidurnya yang panjang.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...