Shah meminta Amar membawanya pulang ke pejabat sebentar,ada urusan yang harus dia selesaikan. Hari ini semuanya akan selesai. Dia nekad. Hatinya juga harus dijaga. Telifon menelifon adiknya.
"amani...abg nak amani balik rmh mama...petang nie kita setel semua benda..."
Shah tidak menyangka Amani juga tahu semua tentang Aslinda. Kerana itu dia terpaksa melibatkan Amani.
Dia menelifon Linda. Wanita itu harus diajar. Dia punca segala masalah hidupnya.
"syg..tgu i kat rumah mama...i odw balik..ada hal nak bincang."
" pasal majlis kawen kita ke..."
"ye...i nak setel semua terus..."
Shah letak tanpa menanti jawapan Aslinda.
Tiba diperkarangan pejabat, Suhaila sudah menanti mereka. Semua yang diminta oleh Shah dihulurkan pada Daus. Shah membuka tingkap. Dia memandang Suhaila.
"su...u yang bagi kunci pada mama i kan..."
Shah bertanya.
Suhaila terkejut.
"siapa lagi yang ada simpan kunci kondo tu selain u...."
"sy minta maaf en.shah..datin sarah ugut saya..saya terpaksa.."
Suhaila menundukkn wajahnya.
Memang salahnya,Shah sudah berpesan dia tidak mahu Suhaila menyimpan kunci kondo itu. Tapi sengaja dia menyimpan sekirangnya terjadi sesuatu.
"bukan i pesan u jgn simpan kunci ke..."
"ye en.shah...sy salah....sy simpan sbb takut apa2 jadi..."
"i ada urusan sekarang...esok u jumpa i..."
Shah menaikkan tingkapnya.
Shah tidak memandang Suhaila,biar wanita itu rasa bersalah.
"kita balik sekarang..lepas tu aku nak korang sambung cari Alia...sampai jumpa..."
Shah memberi arahan.
Kereta bergerak menuju ke banglo Dato Zamri. Shah sudah nekad,mama harus tahu semuanya. Siapa Aslinda yang dipuja selama ini.
Namun hatinya masih rusing,ke mana sahaja Alia melarikan diri. Gambar yang dihantar oleh Seri dipandang. Cantik Alia dihias begitu. Walaupun agak seksi,namun Alia kelihatan ayu. Entah kenapa hatinya mudah jatuh cinta pada Alia. Sedangkan sudah berpuluh wanita muncul dalam hidupnya. Sedikit perasaan sayang pun tiada. Namun Alia lain.
Tiba sahaja dirumah. Kereta Amani sudah terparkir. Kereta papa sahaja yang tiada,memang sebolehnya dia tidak mahu papanya ada. Kereta Aslinda belum kelihatan. Shah melangkah masuk. Kelihatan mamanya sedang menonton tv. Jika ikut hatinya mahu saja dia terus berterus terang. Namun dia harus bersabar, Aslinda harus ada bersama.
Shah naik menukar pakaian. Selesai bersiap,Shah turun ke bawah. Amani sedang menghadap telifon. Mama dan Aslinda sedang minum petamg dimeja.
"mama,linda jom bincang..."
Shah memanggil mereka.
Setelah mama dan Aslinda duduk. Amani meletakkan telifonnya disisi meja. Sekadar menanti apa tindakan abangnya. Wajah Aslinda dipandang jijik. Wanita itu tidak layak dilayan sebaik itu.
"shah nak bincang apa..."
Datin Sarah bertanya.
"shah nak tahu..apa yang mama sorok dari shah..."
Shah memulakan pertanyaan. Suaranya masih dikawal.
"sorok apa shah..."
"pasal alia...mama kata alia serang mama...tapi mama tipu shah kan..."
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...